Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ketahui Sebab Sakit Ketika Membuang Air Kencing

29-9-2015 03:53 PM| Komen: 29

Oleh Izzah Abbasy

Jangan ambil mudah jika anda sukar atau rasa sakit ketika membuang air kecil. Segeralah berjumpa dengan doktor mahupun pakar. Buang rasa malu dan cari jalan penyelesaian untuk merawat rasa sakit ini.

Rasa sakit ketika membuang air kecil seperti yang diterangkan oleh MedLine Plus ialah sebarang rasa yang dialami ketika mengeluarkan urin samada rasa kesakitan, ketidakselesaan dan rasa seperti terbakar.



Rasa sakit ketika mengeluarkan urin adalah keadaan yang paling biasa yang disebabkan oleh berlakunya jangkitan pada salah satu struktur di dalam saluran kencing anda samada di urethra, pundi kencing, ureter dan buah pinggang.Dan adakalanya sakit semasa kencing boleh menjadi tanda keadaan serius yang lain.

Jangkitan Saluran Air Kencing


  • Jangkitan saluran kencing adalah jangkitan yang berlaku pada mana-mana bahagian di dalam saluran kencing, tetapi yang paling memberikan kesan ialah pada urethra dan pundi kencing.

  • Punca yang paling biasa berlakunya jangkitan pada saluran kencing adalah apabila bakteria Escherichia coli memasuki tubuh anda melalui urethra, kemudian membiak di situ dan bergerak ke pundi kencing.

Golongan wanita adalah lebih cenderung untuk mempunyai jangkitan pada saluran kencing berbanding lelaki. Gejala jangkitan pada saluran kencing termasuklah:



  • Kerap membuang air kecil
  • Sakit semasa kencing
  • Mengeluarkan kuantiti yang sedikit ketika membuang air kencing
  • Tekanan perut
  • Keletihan
  • Demam

Kebiasaanya jangkitan saluran kencing boleh dirawat dengan pemberian oral antibiotik dan gejalanya akan hilang dalam tempoh 1 hingga 2 hari. Tetapi jika jangkitan telah merebak pada buah pinggang,anda mungkin akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan cecair intravena dan pemberian antibiotik.

Batu Karang

  • Batu karang adalah terdiri dari mineral-mineral kecil dan keras yang banyak yang terbentuk di dalam pundi kencing akibat kristal di dalam air kencing.
  • Kristal terbentuk apabila urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing dan bertukar kepada kepekatan yang berlebihan.

Ada beberapa keadaan yang menyebabkan urin tidak dikosongkan sepenuhnya dari pundi kencing anda. Keadaan ini termasuklah:

  • Pembesaran prostat
  • Pundi neurogenic
  • Kawasan lemah di dalam pundi kencing
  • Radang pundi kencing
  • Batu karang
  • Dan alat-alat perubatan yang tertentu seperti kateter

Gejala berlakunya batu karang ialah:



  • Sakit di bahagian bawah perut
  • Sakit semasa kencing
  • Kerap kencing
  • Kesukaran membuang air kecil
  • Kebocoran air kencing
  • Darah dalam air kencing



Biasanya batu karang yang bersaiz kecil boleh dikeluarkan dengan mudah iaitu dengan memperbanyakkan pengambilan air.

Tetapi jika saiznya besar, biasanya ia akan dikeluarkan  melalui satu proses yang dipanggil cystolitholapaxy, di mana batu tersebut dipecahkan dengan menggunakan laser atau alat perubatan lain.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, batu karang juga dikeluarkan melalui prosuder pembedahan. Chlamydia adalah jangkitan kelamin yang paling  biasa berlaku di Amerika Syarikat menurut laman web Medline Plus. Ia terjadi hasil daripada jangkitan bakteria Chlamydia trachomatis, dan risiko jangkitan boleh meningkat apabila bertambahnya bilangan pasangan seksual.

Gejala chlamydia lebih biasa berlaku dalam kalangan lelaki dan termasuk rasa sakit dan terbakar ketika membuang air kecil dan rasa sakit di buah zakar.

Dalam kalangan wanita pula, gejalanya termasuklah sakit semasa membuang air kecil, sakit semasa melakukan hubungan seks, keputihan dan sakit di bahagian dubur. Chlamydia boleh dirawat dengan oral antibiotik.

CARI Infonet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
16
Marah
11
Terkejut
14
Sedih
17
Lawak
19
Bosan
13
Komen: 29
Komen

Previous : Kek Milo Microwave 3 Minit

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote monreyes 23-1-2019 02:03 PM
pernah juga kena once in a while...
saya pompuan so doc kata tu mmg perkara biasa...
so far doc bagi garam lemon tu je ....bancuh n minum....
n doc pesan bykkan minum air barli and kelapa....
d best medicine katanya...

Lain-lain Komen

Quote nzd33 7-6-2014 10:21 PM
tq for your info..
Quote wing08 7-6-2014 10:36 PM
urt ? urine tract infection?

sms kencing, ada rasa panas dan sakit? dan kamu ada demam tak?
Quote hazwanhanif90 20-8-2015 07:28 PM
Kencing kotor..leps kencing sakit dah dua mnggu mc nie..skrng kepla skit loyer2 bdn bise2..skit apa kah ini...
Quote nhuser 20-8-2015 08:47 PM
hazwanhanif90 replied at 20-8-2015 03:28 AM
Kencing kotor..leps kencing sakit dah dua mnggu mc nie..skrng kepla skit loyer2 bdn bise2..skit apa  ...

Jumpa doc lah. Perhaps uti or bladder infection, klu lambat boleh kena kidney infection
Quote nhuser 20-8-2015 08:49 PM
Minum cranberry juice daily boleh tolong dlm cegah uti
Quote lasimjumadi 17-1-2018 07:27 PM
Saya alami gejala apabila kencing terasa pedih pada kemaluan...air kencing sedikit...mcm mna nk atasi masalah tsbt... apa cara perubatan yang boleh utk menangani keadaa mcm mni
Quote ipes2 17-1-2018 07:49 PM
lasimjumadi replied at 17-1-2018 07:27 PM
Saya alami gejala apabila kencing terasa pedih pada kemaluan...air kencing sedikit...mcm mna nk atas ...

bagi pada sy:
umur
jantina
status perkahwinan
sejak bila sakit
ada darah ke tak dalam urine
ada nanah tak

jwb yg ni dulu
Quote noazinur 25-2-2018 01:12 AM
sy dtg haid bln 12.2017.22hb..n dtg haid pd 22hb jgk pd bln january 2018..tp skrg sy blm dtg haid wlupun dh 25hb..dn sy ada mslh kerap kencing n rasa sakit msa nk kencing.dn hri tu penah ada bercak darah cair kluar..knp dgn sy?
Quote noazinur 25-2-2018 01:16 AM
noazinur replied at 25-2-2018 01:12 AM
sy dtg haid bln 12.2017.22hb..n dtg haid pd 22hb jgk pd bln january 2018..tp skrg sy blm dtg haid wl ...

sy sd brkhwin dn ada ank dua.sy ada mslh kerap kencing dh 2weeks
Quote zasssssss 9-3-2018 12:05 PM
saya ada mengalami sakit selepas kencing....bukan semasa kencing...pasatu sakit bahagian bawah dan area pinggang...

dah pergi doktor memang confirm ada jangkitan kuman kencing dan dah amik antiobitok zinnat 250gm...masalahnya berulang bila antiobiotik abis...adakan saya perlu admit untuk pemeriksaan rapi oleh doktor?
Quote ipes2 10-3-2018 06:25 AM
zasssssss replied at 9-3-2018 12:05 PM
saya ada mengalami sakit selepas kencing....bukan semasa kencing...pasatu sakit bahagian bawah dan a ...

wahhh, pakai Zinnat!! apahal overkill sangat doc u tuh? cakap kat dia, nak tengok lab results urine test awak; bacteria gergasi mana yg beri awak UTI ni sampaikan kena guna Zinnat. Tell him/her that. Kalau dia tak mahu beri, bagi sy address klinik nya dan sy akan tulis formal letter requesting it. I am a practising hospital doctor, registered in UK, Ireland and Malaysia and my request will be a legal letter from a fellow Medical Practitioner and it CAN NOT be refused. It has to be answered.
Quote zasssssss 13-3-2018 02:17 PM
ipes2 replied at 10-3-2018 06:25 AM
wahhh, pakai Zinnat!! apahal overkill sangat doc u tuh? cakap kat dia, nak tengok lab results urin ...

sebetulnya memang saya kena makan antibiotik or not? sebab dari result urine test tu doc ckp memang confirm jangkitan kuman kencing...and she asked me amik zinnat selama 5 hari dan ada beberapa ubat lain utk lawas kencing dan sakit perut....
Quote ipes2 13-3-2018 06:09 PM
zasssssss replied at 13-3-2018 02:17 PM
sebetulnya memang saya kena makan antibiotik or not? sebab dari result urine test tu doc ckp meman ...

ye memang lah jika UTI kena lah mkn antibiotics tapi tak lah yg kuat kuat sgt
UTI ni pada dasarnya selalunya bacteria yg takde lah kuat sgt..
biasanya wanita yg kena
kerana urethra mereka pendek
juga genitalia mereka lembab
also jarak dgn anal area dekat
juga trauma dari sexual intercourse bagi mereka yg sexually active

biasanya Trimethoprim aje dan minum air byk2 agar kencing kerap so that kuar semua bacts tadi
di sini, kami bagi trimethoprim tu pon 3 hari je

zinnat ni cefuroxime
kita cuba reserve dan guna utk infections yg teruk2 aje di western hemisphere ni
tapi jika u dah on it, habiskan lah course nye
memang gerenti lah clear UTI u tu nnt
malah, maybe bacts dalam usus u pon mati beramai2 jugak sebb this is a strong antibiotic

Quote jenglut 13-3-2018 09:19 PM
ipes2 replied at 13-3-2018 06:09 PM
ye memang lah jika UTI kena lah mkn antibiotics tapi tak lah yg kuat kuat sgt
UTI ni pada dasarny ...

Memang mengarut doc skrang ni
Bodo2 kan org
Elok la Dr Ipes sedarkan kepala diorg
Quote ipes2 13-3-2018 09:53 PM
jenglut replied at 13-3-2018 09:19 PM
Memang mengarut doc skrang ni
Bodo2 kan org
Elok la Dr Ipes sedarkan kepala diorg

ni macam overkill lah jenglut, macam bunuh semut dgn tukul.
sini kami guna cefuroxime ni dalam kes kes septicaemia, bacterial meningitis, dan as combinations dalam renal infection yg teruk2.
dan kami guna hanya bila microbiologist dah grow dah the organism dari specimens yg di ambil dari pesakit  dan confirm bahawa organism tu tak resistant to cefuroxime. cef ni boleh clear out byk good organism yg kita berguna utk kita kat usus kulit genitalia etc
Quote zasssssss 14-3-2018 09:14 AM
ipes2 replied at 13-3-2018 06:09 PM
ye memang lah jika UTI kena lah mkn antibiotics tapi tak lah yg kuat kuat sgt
UTI ni pada dasarny ...

thanks Dr Ipes for the explanation...sekarang baru jelas.....doc tu siap ckap kalo dlam masa 2 hari mkn zinnat tp still tak ok..kena dtg balik hospital dan mintak utk admit..katanya nak masukkan antibiotik guna injection plak....takut saya dengar....

Alhamdulillah sekarang dah ok.
Quote ipes2 14-3-2018 05:46 PM
zasssssss replied at 14-3-2018 09:14 AM
thanks Dr Ipes for the explanation...sekarang baru jelas.....doc tu siap ckap kalo dlam masa 2 har ...

alhamdulillah zassssss
Quote maltrex 29-3-2018 11:04 AM
zasssssss replied at 14-3-2018 09:14 AM
thanks Dr Ipes for the explanation...sekarang baru jelas.....doc tu siap ckap kalo dlam masa 2 har ...

Hai,nak tanya...awak last sekali macammana ye boleh ok?saya pun ada masalah macam awak.dah g hospital,klinik tapi x baik juga.
Quote zasssssss 29-3-2018 11:09 AM
maltrex replied at 29-3-2018 11:04 AM
Hai,nak tanya...awak last sekali macammana ye boleh ok?saya pun ada masalah macam awak.dah g hospi ...

hai.......saya just amik antiobiotik yg doc kasi, minum ubat lawas kencing (bancuh ngan air)..lepas tu minum air putih bnyk2....alhamdulillah buat masa ni dah ok...

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.136468s Gzip On
To Top