Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

23-9-2015 07:15 PM| Komen: 12

Oleh Fyruz Hanna



Mengapa kita menutup mata ketika kita tidur?

Mengapa kita menutup mata ketika menangis?


Dan mengapa kita menutup mata ketika kita memikirkan mereka yang dicintai? Semua kerana dari mata turun ke hati, semua kerana mata, mulanya mainan cinta. Saat hati telah terpaut, bagaimana rasanya untuk menidakkan cinta pada seseorang. Jom kenali bagaimana seseorang yang betul-betul cintakan kita luahkan pada kita.


  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  • Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur, take care, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan aku CINTA padamu, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  • Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu C kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu C kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS good luck untuk memberi semangat kepada kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  • Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar jauh dimata, dekat dihati?
  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut Kamu akan menyesal melakukannya!



Apa Reaksi Anda...

Bagus
14
Marah
23
Terkejut
16
Sedih
32
Lawak
14
Bosan
14
Komen: 12
Komen

Previous : [Tanya Diri] Sempurnakah Anda Sebagai Pasangan?

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote L211 26-9-2015 07:01 PM
ada je.. tp dia bakal bernikah januari depan.. huhuhu

Lain-lain Komen

Quote belita 12-4-2013 12:02 PM
Pernah...

But I did not love him
Quote redd_07 13-4-2013 10:18 AM
belita posted on 12-4-2013 12:02 PM
Pernah...

But I did not love him

erk...kalau camtu cam mana cara terbaik nak cakap yang I did not love him...?

Quote belita 13-4-2013 11:06 AM
redd_07 posted on 13-4-2013 10:18 AM
erk...kalau camtu cam mana cara terbaik nak cakap yang I did not love him...?

Takde cara terbaik. Dia sendiri tahu n nampak I did not love him the way he hoped I would. And I never said 'I love you' to him. He was an angel though. Always there for me. Dunno where he is now. Where ever he is,  I hope he is happy with someone who loves him back.
Quote redd_07 13-4-2013 11:10 AM
belita posted on 13-4-2013 11:06 AM
Takde cara terbaik. Dia sendiri tahu n nampak I did not love him the way he hoped I would. And I n ...

hoping the best for him....sian dieeeer.....
Quote belita 13-4-2013 11:24 AM
redd_07 posted on 13-4-2013 11:10 AM
hoping the best for him....sian dieeeer.....

Him tu saper? Lelaki dlm citer I ni ke? I have no regrets lah redd. I tried but I just couldn't love him more than just a fren. He's a nice guy. He deserves to have a gurl who loves him back.

Tapi tu citer lama lah redd......
Quote redd_07 13-4-2013 02:43 PM
belita posted on 13-4-2013 11:24 AM
Him tu saper? Lelaki dlm citer I ni ke? I have no regrets lah redd. I tried but I just couldn't lo ...

him tu lelaki dalam citer die la....hmmmm......

Quote belita 13-4-2013 05:43 PM
redd_07 posted on 13-4-2013 02:43 PM
him tu lelaki dalam citer die la....hmmmm......

ohhh.....

ingat dalam citer you ....
Quote shop_girl 16-4-2013 04:43 PM
Part simpan sms dia yg dah berkurun tu mmg btul. best baca sms dolu2 di kala rindu. lol.
Quote Queen_Of_Purple 24-9-2015 12:37 PM
Sekali je rasa cinta
Quote gibrana 24-9-2015 10:11 PM
cinta sy x pernah berbalas
Quote fly_in_d_sky 25-9-2015 04:39 PM
jangan biarkan anda bertepuk sebelah tangan ...
Quote L211 26-9-2015 07:01 PM
ada je.. tp dia bakal bernikah januari depan.. huhuhu

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.177099s Gzip On
To Top