Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Golongan Wanita Yang Haram Dikahwini

23-9-2015 04:47 PM| Komen: 1

Oleh Izzah Abbasy

Kenali asal usul keturunan kita adalah menjadi kewajipan agar tidak mendapat susah di masa hadapan.

Jom, ketahui wanita yang haram dikahwini. Perkara ini bukanlah perkara yang boleh dibawa ringan.

GOLONGAN WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
  •     Sebab ada hubungan nasab dan keturunan.
  •     Sebab penyusuan.
  •     Sebab persemendaan.
  •     Sebab Musrikah dan kafir

 
Larangan sebab Nasab dan Keturunan
  1.     Ibu, Nenek dan ke atas
  2.     Anak perempuan dan ke bawah
  3.     Adik beradik perempuan seibu sebapa
  4.     Adik beradik perempuan sebapa
  5.     Adik beradik perempuan seibu
  6.     Adik beradik perempuan kepada ibu (emak saudara sebelah ibu) dan ke atas
  7.     Adik beradik perempuan kepada bapa (emak saudara sebelah bapa) dan ke atas
  8.     Anak perempuan daripada adik beradik perempuan seibu sebapa dan ke bawah
  9.     Anak perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
  10.     Anak perempuan daripada adik beradik sebapa
Larangan Sebab Penyusuan
  •     Kanak-kanak lelaki yang menyusu kepada seorang perempuan sebanyak lima kali atau lebih sedangkan umurnya kurang daripada 2 tahun
  •     lbu susu dan ke atas
  •     Adik beradik perempuan sesusu dan ke bawah
  •     Emak saudara kepada ibu susuan dan ke atas
  •     Bekas isteri anak lelaki sesusuan

Larangan Sebab Persemendaan
  •     Emak mertua dan ke atas.
  •     Anak tiri perempuan dan anak-anaknya hingga ke bawah apabila sudah bersetubuh dengan emaknya.
  •     Menantu perempuan, anak-anaknya dan ke bawah.
  •     Isteri bapa (nenek) dan ke atas.

Larangan Sebab Permaduan (hanya sementara)
  •     Adik beradik perempuan kepada isteri, iaitu haram dimadukan dua beradik dalam satu masa.
  •     Mengumpulkan anak saudara dengan emak saudara dalam satu masa, iaitu adik beradik perempuan kepada bapasamada yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.
  •     Isteri juga haram dimadukan dengan adik beradik perempuan kepaada ibunya baik adik beradik emaknya yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.

Larangan Sebab kafir
  •     Wanita bukan Islam, kecuali Ahli Kitab, iaitu mereka beragama dan Nasrani yang asli. dan mereka beriltizam dengan agama serta kitab mereka yang asli.
  •     Perempuan ditegah sama sekali berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam, walau pun Ahli Kitab yang asli.

Larangan Sebab lsteri Orang
  • Perempuan yang masih menjadi isteri orang

Larangan Sebab Iddah
  • Perempuan yang bercerai dengan suaminya atau kematian suaminya dan masih dalam iddah.

Semoga perkongsian ini dapatlah menjadi rujukan kita kelak. Mohon uar-uarkan kepada rakan dan saudara anda. - CARI Infonet 


Sumber info : ammar blog

Apa Reaksi Anda...

Bagus
10
Marah
20
Terkejut
6
Sedih
12
Lawak
19
Bosan
29
Komen: 1
Komen

Previous : Macam Mana Nak Padankan Pakaian Warna Cerah

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote mattzzx 2-7-2015 02:10 PM
info yang berguna......

Lain-lain Komen

Quote mattzzx 2-7-2015 02:10 PM
info yang berguna......

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.406714s Gzip On
To Top