CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kaki Kanak-Kanak Melecur Semasa Dijaga, Pengasuh Didenda RM5000

3-2-2023 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 445| Komen: 1

Description: Kuala Lumpur: Seorang pengasuh didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana menyebabkan kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan melecur semasa menjaganya.
Kuala Lumpur: Seorang pengasuh didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana menyebabkan kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan melecur semasa menjaganya.

Hakim Izralizam Sanusi turut memerintahkan remaja berusia 20 tahun itu dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan RM1,000 tanpa cagaran dan melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat selama 36 jam dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.


Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda berkenaan.


Gambar Hiasan

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mendedahkan kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan melecur pada bahagian kaki kirinya.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Brickfields, di sini, pada 10 pagi, 11 April 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan kesalahan itu serius kerana mangsa adalah kanak-kanak.

Peguam Azamuddin Abd Aziz yang mewakili tertuduh memohon hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dan khidmat masyarakat dengan alasan anak guamnya menyesal atas perbuatannya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap apabila pengadu iaitu ibu mangsa membuat laporan polis berikutan terdapat kesan lecur pada kaki kiri anaknya semasa mengambil kanak-kanak itu di rumah pengasuhnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abc246 3-2-2023 10:13 PM
Sedih la bila baca kes melibatkan dera baby ni. Tak boleh jaga, jangan la jaga huhu

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-6-2023 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.064291 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top