CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mayat Lelaki Terbaring Di Tempat Letak Kereta, Ada Luka Di Kepala

25-1-2023 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 784| Komen: 4

Description: Seorang lelaki tanpa identiti ditemui tidak sedarkan diri di tempat letak kereta berhadapan premis perniagaan di Jalan Penjaja di sini pada malam Selasa.Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komision ...
Seorang lelaki tanpa identiti ditemui tidak sedarkan diri di tempat letak kereta berhadapan premis perniagaan di Jalan Penjaja di sini pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Ismail Dollah berkata, orang awam menemui lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu dan bertindak memaklumkan kepada polis pada kira-kira pukul 8 malam.



Mayat tanpa identiti ditemui orang awam di tempat letak kenderaan berhadapan premis perniagaan di Jalan Penjaja Batu Pahat, pada malam Selasa.- Foto Polis

"Lelaki berkenaan disahkan telah meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan daripada Hospital Sultanah Nora Ismail ( HSNI) yang datang sejurus dimaklumkan tentang kejadian itu.

"Susulan daripada itu, seorang warganegara asing berusia 43 tahun yang dilihat cuba melarikan diri dari tempat kejadian telah berjaya ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bangunan berhampiran sebelum diserahkan kepada polis.


"Pasukan forensik daripada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor telah hadir membantu menjalankan siasatan di tempat kejadian dan hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan cedera di bahagian kepala mangsa," katanya melalui kenyataan pada Rabu

Menurut beliau, hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan berhampiran dan rakaman video yang dibuat oleh saksi awam yang kebetulan berada di tempat kejadian, menunjukkan ada berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek sebelum mangsa ditemui mati.

"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa di bawa ke HSNI untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hmmlantakko 25-1-2023 05:20 PM
warga asing ke? tu la  Malaysia ni dah banjir dgn warga asing pati bermaharaja lela. takde ke menasio menteri/ mp ke yg bersuara ttg kebanjiran warga asing esp yg haram tak legal ni? serabukkk laaahhh
Quote felinecat 25-1-2023 06:26 PM
Warga tempatan katenye tp kene bunuh dgn warga asing.baca kt metro
Quote Abc246 25-1-2023 09:15 PM
Lambakan warga asing
Quote downiey 28-1-2023 01:52 PM
tlg la hapuskn wrga asing ni weyh kt bumi malaysia

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.705592 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top