CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Hakikatnya Kami Tak Nak Naikkan Harga, Tapi Pelanggan Tak Faham' - Peniaga Makanan

25-1-2023 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1955| Komen: 56

Description: Terpaksa menaikkan sedikit harga makanan, malah ada dalam kalangan pengusahanya mengurangkan jumlah tenaga kerja bagi memastikan kelangsungan perniagaan.Ia antara dilema perlu ditempuhi peniaga makana ...
Terpaksa menaikkan sedikit harga makanan, malah ada dalam kalangan pengusahanya mengurangkan jumlah tenaga kerja bagi memastikan kelangsungan perniagaan.

Ia antara dilema perlu ditempuhi peniaga makanan tempatan berikutan harga bekalan bahan mentah tidak menunjukkan tanda penurunan sejak tahun lalu.


Pengurus sebuah restoran di Sentul, Mohamed Kasim Sulaiman Ali, 30, berkata, pada hakikatnya, pengusaha sepertinya tidak mahu meningkatkan harga jualan.


Gambar hiasan - Foto: Blog Puan Hazel

Namun, katanya, bekalan barangan mentah seperti ayam, telur, sayur, bawang dan pelbagai lagi semakin meningkat menyebabkan pengusaha kedai makan tersepit.

"Harga juadah sebenarnya tidak boleh naik berterusan. Jika naik harga, pelanggan marah, kami juga yang susah. Lain jika di sesebuah kawasan, hanya ada sebuah kedai makanan ada, mungkin kami boleh naikkan harga.


"Namun, di kebanyakan kawasan penempatan penduduk, ramai yang mengusahakan kedai makan. Jika kami naikkan harga, pelanggan akan ke kedai lain. Kami tidak mahu pelanggan lari, kami berusaha sedaya mungkin untuk menarik pelanggan.

"Namun, mungkin ada pelanggan yang tidak memahami dilema yang kami hadapi akibat peningkatan kos bahan mentah. Kerana itu, kami terpaksa naikkan harga jualan makanan," katanya.

Menurut Mohamed Kasim, jika dibuat perbandingan harga antara Disember tahun lalu hingga Januari ini, harga bahan mentah semakin meningkat.

Contoh, katanya, pada Disember tahun lalu, sepapan telur dibelinya pada harga RM10.40 berbanding Januari iaitu RM12.30. Ia kenaikan RM2.10 sepapan.

"Malah, sebelum ini, bekalan telur senang diperoleh, namun kini ada masanya kami langsung tidak memperoleh bekalan telur.

"Bahan masakan seperti sayur dan bawang juga semakin mahal. Bagi seguni bawang, harga sekilogram ialah RM22 berbanding sebelum ini iaitu antara RM16 hingga RM17.50 sekilogram.

"Pada masa sama, ramai yang mengatakan sotong di kedia mamak mahal sedangkan harganya sama di mana-mana kedai sekalipun.

"Sotong dijual berdasarkan saiz. Sotong segar kami beli di pasar dan harganya memang tinggi," katanya.

Wartawan: Jika saya mengambil juadah iaitu sotong, nasi, sayur serta teh ais, berapa anggaran harganya?

Mohamed Kassim: Harga sotong ikut saiz, ada yang RM20, RM18, RM14, RM10.

Contoh, abang ambil sotong yang berharga RM14, campur sayur, nasi dengan teh ais, maka harga kiraan keseluruhannya adalah RM19. Itu untuk harga tahun ini.

Tahun lalu, sotong saiz yang sama kami jual RM10.

Mohamed Kassim menjelaskan, harga bekalan mentah di pasar basah juga berbeza berbanding sebelum ini.

"Kini untuk harga lauk-pauk siap dimasak, puratanya dinaikkan 50 sen berbanding tahun lalu. Contoh, bagi juadah nasi, ayam, sayur dulu berharga RM6, namun kini dijual pada harga RM7.

"Ini kerana, harga sayur naik 50 sen begitu juga harga ayam yang meningkat 50 sen. Air tak naik harga kecuali yang menggunakan susu. Insya-Allah kami cuba untuk memberikan harga terbaik kepada pelanggan.

"Cadangan saya kepada kerajaan, mohon kurangkan harga bekalan barangan mentah makanan. Tolong lakukan kawalan harga barang mentah.

"Kami perlu beli barangan pada harga tinggi, namun terpaksa mengekalkan harga jualan makanan siap," katanya.

Berkaitan cadangan pihak tertentu supaya memboikot peniaga, Mohamed Kassim berpendapat ia bukan langkah terbaik kerana membeli di kedai adalah paling mudah, terutama bagi mereka yang sibuk bekerja.

Selain kawalan harga, Mohamed Kassim berkata, kerajaan perlu faham dengan kemampuan pelanggan.

"Jika gaji pekerja meningkat, maka sesuai jika harga makanan meningkat sedikit. Dalam hal, ini, ada asas untuk menaikkan gaji pekerja.

"Ramai pelanggan yang mengadu harga makanan mahal, malah tidak mahu berkunjung lagi dan saya terpaksa terangkan berkaitan peningkatan kos bahan mentah dan lain-lain, malah peniaga juga tersepit.

"Namun, saya kasihan juga kepada ramai pelanggan kerana semakin ramai yang menempah roti canai kosong kerana ia murah iaitu RM1.20 sekeping, begitu juga roti telur iaitu hanya RM2.20 sekeping," katanya.

Kata Mohamed Kassim, untuk mengurangkan kos operasi, dia terpaksa memberhentikan pekerja.

Menurutnya, tahun lalu, restoran diuruskannya memiliki 15 kakitangan, namun tahun ini, hanya tinggal lapan.

"Ia bagi mengurangkan kos operasi seperti gaji, tempat tinggal, permit kerja dan sebagainya yang majikan perlu tanggung.

"Waktu operasi juga dipendekkan. Jika dulu tutup antara jam 12 tengah malam hingga jam 2 pagi namun kini, kami beroperasi setakat sehingga jam 11 malam saja," katanya.

Pada masa sama, katanya, peniaga makanan juga tidak boleh membeli minyak masak paket dan perlu membeli minyak masak botol yang lebih mahal harganya.

Selain itu, katanya, sebelum ini, seguni beras 50 kilogram berharga RM120 dan terkini harganya ialah RM134.

Kerana itu, katanya, pihaknya terpaksa menaikkan harga sepinggan nasi kosong daripada RM1.50 tahun lalu kepada RM2 tahun ini.

Sementara itu, di Pulau Pinang, pemilik Lomaq Coffee, Shamsul Munir Safini, 39, pula berkata, kenaikan harga bekalan makanan mentah cukup dirasai, namun operasi perniagaan perlu diteruskan kerana ia adalah sumber rezeki.

"Peniaga makanan kini tertekan kerana tidak dapat menaikkan harga makanan dan terpaksa berdepan pelbagai isu kenaikan kos.

"Peniaga juga kecewa dengan pembekal yang kerap menggunakan sentimen kadar tukaran wang asing yang menyebabkan kenaikan berkenaan," katanya.

Selain itu, katanya, barang kawalan seperti minyak, telur dan beberapa barang lain sering tiada di pasaran.

"Peniaga makanan sendiri tidak jelas dengan apa yang berlaku serta punca masalah ini," katanya yang berniaga di Seberang Jaya, Perai.

Menurut Shamsul Munir, setiap pengusaha sepertinya berusaha menjana ekonomi tempatan dengan perniagaan.

Bagaimanapun, keadaan 'kucar-kacir' membabitkan harga barangan dan pelbagai lagi boleh meruntuhkan ekonomi peniaga itu sendiri.

Shamsul Munir berkata, kerajaan perlu lebih tegas dengan pembekal terutama pemain industri ayam, minyak dan sebagainya kerana mereka umpama memperkotak-katikkan peniaga makanan yang mengharapkan bekalan daripada mereka.

"Bekalan barangan mentah mengalami kenaikan antara 20 peratus hingga 40 peratus. Bagi pengusaha makanan pula, tidak boleh naikkan harga dengan banyak, puratanya sekitar lima peratus saja.

"Namun, ada juga yang perlu dinaikkan harga kerana harga bahan mentah mahal. Contoh, tahun lalu, saya jual itik salai masak lemak pada harga RM15.90 dan tahun ini harganya dinaikkan kepada RM17.90.

"Ada kira-kira 30 juadah dijual di Lomaq Coffee dan kebanyakannya hanya mengalami sedikit kenaikan harga, sekitar lima peratus sahaja. Ini supaya pelanggan tidak terasa terbeban," katanya.

Sementara itu di Johor, pengusaha Restoran Awang Kitchen di Masai, Suryani Mohd Radzi, 27, berkata, kenaikan harga barangan makanan mentah menyebabkan peniaga sepertinya serba salah.

"Walaupun kami peniaga, kami juga pengguna. Oleh itu, kami faham dengan beban yang ditanggung pengguna. Sebagai peniaga restoran, kami cuba mengawal harga sebaik yang mungkin supaya tidak membebankan pelanggan kami.

"Pada masa sama, kami juga meletakkan harapan tinggi supaya kerajaan dapat memperkenalkan mekanisme bagi mengawal harga barang agar ia dapat dinikmati oleh semua peringkat pengguna, pengeluar dan peniaga," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 25-1-2023 01:26 PM
Yang aku pelik time harga barang trun xde sekor peniaga pun nk trun kan balik harga makanan. Mungkin ade segelintir. Tp mmg susah. Korg memnjg naik x trun kn rege. Patut peniaga cmni lingkup. Gomen dh try trun kn bahan mentah korg asyik la maintain rege baru korg. Pastu slh kn gomen lg. Aduyaii. Mmg bangsat peniaga cmni.
Quote noor2 25-1-2023 01:27 PM
Pelanggan  tahu komplen je......masakla sendiri bawak bekal dari rumah...jimat pun jimat, kebersihan pun terjamin...
Quote renko 25-1-2023 03:43 PM
Mulotkoyak replied at 25-1-2023 01:26 PM
Yang aku pelik time harga barang trun xde sekor peniaga pun nk trun kan balik harga makanan. Mungkin ...

bila orang xdatangsuma dah xlaku

mula la meratap hiba buat video tiktok
puihhh

Quote prettyuglybabe 25-1-2023 03:48 PM
bila orang dah tak makan luar, mula la kata kena sihir
Quote Travelo 25-1-2023 03:53 PM
noor2 replied at 25-1-2023 01:27 PM
Pelanggan  tahu komplen je......masakla sendiri bawak bekal dari rumah...jimat pun jimat, kebersihan ...

betul tu...
Quote KamikuP 25-1-2023 04:41 PM
Koser meolls nak mkn mahal2 kat restoran apooo...
Quote she 25-1-2023 04:51 PM
Macik ajelah masak tuk komer
Komer bawak barang basah aje
Pastu kita kelah ramai2 tepi tasik Putrajaya nan permai panas terik hangit kulit T20
Quote ladybugz 25-1-2023 05:06 PM
baik jual air. harga air kat cafe mencecah harga satu meal dah tu pun ramai duk membeli tealive jugak yg bijak. takyah susah2 nak masak2 bagai.
Quote ifanonline 25-1-2023 05:07 PM
sudah tiba masanya rakyat malaysia masak kat rumah...susah sangat ke nak masak?
Quote syitaeyqa 25-1-2023 05:18 PM
masa barang turun harga, takde pulak harga makanan turun. kdg pelik. teh o pun cecah sampai rm2. padahal berapa sgt la kos secawan teh o panas tu.
Quote mejaputih 25-1-2023 05:43 PM
Harga minyak masak dah turun...tajde 0un trurunkan harga .pdhla ari tu naikkan harga sebb harga minyak masak dah naik.
Quote mrsmommy 25-1-2023 06:20 PM
Mestilah sume pung rakyat kene tanggungggg ????‍????????‍????
Quote stingerpressor 25-1-2023 06:28 PM
Edited by stingerpressor at 25-1-2023 06:29 PM
ifanonline replied at 25-1-2023 05:07 PM
sudah tiba masanya rakyat malaysia masak kat rumah...susah sangat ke nak masak?


Kheunz? Pelik aku perhatikheun... macam satu bebanan besar pulak kena masak....kalau setakat nasi kerabu(the works) main campak campak bahan pun boleh siap....

Antara nak atau tak nak je....

Tapi on the other hand...aku percaya ibu ibu serta isteri isteri kita dalam board ini suker masak ipan...cuma yg tak boleh handle...the preparation and the aftermath(cleaning)

Syukurler macam aku ada pinoy tetek besar yg dah bersama aku for a good 8yrs lebih now....dia ler yg siapkheun bahan....dia ler yg clean up the mess after that....

Masak nya aku ler 15-20minits cengplang cengplong, at most dah siap.....

Kaka rosipinki terbeliak mata kagum dgn aku pastinya....ko tak kagum sama keww ipan?
Quote pooh~key 25-1-2023 06:35 PM
Pinoy tetek besar tersenyum sinis sister.

IMG_6150.JPG
Quote ajinomotonosuga 25-1-2023 07:02 PM
Pung Pang pung Pang komplen penuh gak kedai tunggu bazar ramadan nanti ..biiiiiiising tp beli gak

Menteri pun bodoh .tau komplen je ini itu..idea abukkkk tarak

Sabo je Ler dah dok dgn masyarakat mental yer dak
Quote Abc246 25-1-2023 08:42 PM
Kesian kat semua pihak. Hakikat nya inflasi di negara kita makin teruk
Quote spy_caridotdot 25-1-2023 08:54 PM
"Kini untuk harga lauk-pauk siap dimasak, puratanya dinaikkan 50 sen berbanding tahun lalu. Contoh, bagi juadah nasi, ayam, sayur dulu berharga RM6, namun kini dijual pada harga RM7.


"Ini kerana, harga sayur naik 50 sen begitu juga harga ayam yang meningkat 50 sen. Air tak naik harga kecuali yang menggunakan susu. Insya-Allah kami cuba untuk memberikan harga terbaik kepada pelanggan."

Ok, harga sayur naik 50sen, harga ayam naik 50sen.. so guna semua 1ikat sayur dan sekor ayam tu ke utk lauk seorang pelanggan sampai kena naik dari rm6 ke rm7?  
Quote sharlenetexas 25-1-2023 08:56 PM
ifanonline replied at 25-1-2023 05:07 PM
sudah tiba masanya rakyat malaysia masak kat rumah...susah sangat ke nak masak?

Ipan masak kat rumah ke?

Quote krustykrab 25-1-2023 08:57 PM
Ontah la nak..kalau nk marah² kt penjual, cer imbas balik harga tahun 80an dgn skrg.
Benda dh blh agak..

Lihat semua komen(56)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.113570 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top