CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

14 Sesat Dalam Hutan Ketika Konvoi Motosikal, Seorang Maut Kerana Sakit

25-1-2023 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 691| Komen: 2

Description: Seramai 14 anggota kumpulan Persatuan Pengembara Trabas (ITA) dilaporkan tersesat di kawasan hutan di Nagari Banja Loweh di Sumatera Barat selepas menyertai aktiviti konvoi Ahad lalu.Menurut CNN Indon ...
Seramai 14 anggota kumpulan Persatuan Pengembara Trabas (ITA) dilaporkan tersesat di kawasan hutan di Nagari Banja Loweh di Sumatera Barat selepas menyertai aktiviti konvoi Ahad lalu. 

Menurut CNN Indonesia, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya memindahkan semua anggota komuniti motosikal itu petang kelmarin, namun seorang daripada mereka dilaporkan sudah meninggal dunia.


SEORANG maut selepas konvoi motosikal tersesat di hutan Nagari Banja Loweh di Sumatera Barat.-AGENSI

Koordinator Pos Kawalan Pasukan SAR, Robi Saputra berkata, pihaknya segera menghantar pegawai untuk melakukan pencarian selepas menerima laporan mengenai anggota komuniti motosikal yang sesat di dalam hutan pada waktu tengah malam Ahad lalu.

“Petugas berjaya menemukan mereka pada hari Isnin kira-kira pukul 2.00 petang waktu tempatan.

“Semua mangsa dipindahkan dari tempat kejadian tetapi malangnya seorang meninggal dunia kerana sakit. Mayat ahli berusia 60 tahun itu sudah dibawa ke Hospital Suliki untuk dituntut keluarga,” jelasnya.


Usaha mencari anggota konvoi motosikal yang sesat di dalam hutan itu melibatkan pegawai SAR, Polis Suliki, Badan Pengurusan Bencana Wilayah, bomba dan penduduk.

Menurut laporan yang diterima pasukan SAR, anggota (ITA) berkonvoi untuk melakukan aktiviti luar di kawasan hutan Banja Loweh dan merancang pulang pada sebelah petang.

Bagaimanapun, hujan lebat melanda kawasan itu menyebabkan mereka terpaksa berteduh dan gagal mencari jalan keluar dari hutan apabila keadaan bertukar gelap menjelang malam.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 25-1-2023 01:00 PM
60 tahun gegehh nk konvoi?adoyai roy roy hati kau kewwassss..
Quote babynina30 25-1-2023 11:12 PM
mamajawie: 60 tahun gegehh nk konvoi?adoy ...
mamajawie: 60 tahun gegehh nk konvoi?adoy ...


U tgk tak drama baru ex kawan u . Hehe. Sakan rasokan ablasa kali kr patjuta

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.067877 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top