Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Perkampungan Melayu Di Pulau Cocos Australia

18-9-2015 10:58 AM| Komen: 70

Oleh Izzah Abbasy

Kepulauan Cocos (Keeling) di Australia sangat terkenal dengan pusat pelancongannya kerana mempunyai pantai yang cantik dan merupakan tempat bercuti yang paling menenangkan.



Seakan tidak percaya, ada sebuah perkampungan Melayu di Australia. Sukar kiranya, Melayu boleh menempatkan kehidupan di situ. Jom, kita ketahui dengan lebih lanjut kebenaran atau sejarah masyarakat Melayu yang mendiamai kampung Melayu di Kepulauan Cocos (Keeling) Australia.


 

 








Katanning merupakan sebuah pekan kecil yang dihuni hampir 500 orang masyarakat melayu yang berasal dari Pulau Cocos. Juga terdapat beberapa orang Melayu yang berkahwin dengan masyarakat Cocos asalnya dari Indonesia, Singapura dan juga Malaysia.

Komuniti lain yang tinggal di sini seperti biasa, orang putih, mereka yang berkulit hitam, orang cina, Burma, dan lain-lain yang hanya kecil jumlahnya. Kawasan ini masih didominasi oleh masyarakat orang putih tempatan. Mengikut perangkaan jumlah penduduk di sini, difahamkan mencecah hampir 5000 orang sahaja.

Masyarakat Melayu yang berasal dari Pulau Cocos ini kebanyakannya sudah menetap di sini hampir 40 tahun dan lebih. Tetapi hubungan mereka bersama masyarakat di pulau masih erat. Bahasa, adat dan juga cara hidup tidak lari jauh dengan suasana di Cocos, cuma jarak rumah dan juga luas daratan yang membezakannya.

"Tak hairan lah jika aku berada di masjid ada orang dari sini yang menegur aku kerana dia hanya menonton video khutbah hari raya yang aku bacakan. Video  sambutan hari raya di Pulau Cocos dahulu juga sudah tersebar di sini. Sangat kuat ingatan mereka.
- Petikan asal oleh penulis

Sebuah masjid tersergam indah di Katanning ini juga hasil tangan masyarakat Melayu Cocos yang tinggal di sini. Sangat teruja apabila melihat papan tanda perasmian masjid itu yang disempurnakan pada tahun 1981 oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama Malaysia.

Terdapat juga sebuah madrasah di belakang masjid ini yang digunakan sebagai kelas pengajian anak-anak masyarakat Melayu  setiap kali hujung minggu. Penggunaan bahasa Melayu Cocos masih menjadi bahasa utama di sini.

Walaubagaimanapun anak-anak melayu di sini sudah tidak lagi bertutur bahasa melayu bersama ibu bapa mereka. Mereka masih memahami bahasa melayu tetapi tidak mampu menjawab dengan  baik. Maka berlakulah perbualan unik antara hang tuah dan Robin Hood.

Terdapat golongan veteran di sini yang sudah risau memikirkan nasib bahasa Melayu Cocos suatu hari nanti. Adakah mampu anak cucu mereka sekarang yang berhidung penyet mampu bertutur bahasa Melayu.

Penulis bangga apabila masih ada masyarakat Melayu yang boleh hidup di Negara orang lain dengan baik dan masih mengamalkan budaya Melayu. Bak kata pepatah, "Tak Kan Hilang Melayu Di Dunia". - Cari Infonet


















Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
8
Terkejut
4
Sedih
1
Lawak
5
Bosan
15
0
0
Komen: 69
Komen

Previous : Tubuh Lelaki Yang Membuatkan Wanita 'Cair'

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote ashraf5587 5-11-2015 01:48 PM
Nak pergi sini lalu australia ke?

Lain-lain Komen

Quote MissNigga 28-2-2013 10:42 PM
cocos... christmas island.... tempat buangan nasionalist negara jaman jaman dulu
Quote Elle_mujigae 28-2-2013 10:52 PM
Owhh.......baru tahu....
Quote Artemesiaa 28-2-2013 10:55 PM
Harap mereka terus berpegang teguh pada jatidiri dan asal usul mereka walaupun dah lama ditempat orang.
Quote sehLemahAbang 28-2-2013 10:55 PM
ambo pong baru tawww, huahuahua...
Quote Acong 28-2-2013 11:33 PM
harap suatu hari dpt melawat sini.....
Quote kizuna80 28-2-2013 11:58 PM
wahhh macam nk gie sini jah
Quote ninja boy 1-3-2013 01:51 AM
mau saja menetap di sini boleh kah
Quote lonso 1-3-2013 07:37 AM
boleh tak keje situ ngaja bahasa melayu... boleh dijadikan peluang pekerjaan.............
Quote aTiKah_aYuNi 1-3-2013 07:45 AM
x ku sangka.....
Quote cuki 1-3-2013 09:14 AM
Quote amyainsamad 1-3-2013 09:19 AM
Quote abby_R 1-3-2013 09:54 AM
pernah masuk majalah 3 dulu pasal melayu kat pulau cocos nih
Quote supernaturalee 1-3-2013 10:03 AM
"Komuniti lain yang tinggal di sini seperti biasa, mat saleh, mat hitam, mat cina, mat Burma, dan lain-lain yang hanya kecil jumlahnya.

Mereka masih memahami bahasa melayu tetapi tidak mampu menjawab dengan  baik. Maka berlakulah perbualan unik antara hang tuah dan Robin Hood."


bagus ayatnya...komikal
Quote kivio 1-3-2013 11:13 AM
bleh tunjuk petanya???
harus lawat..
Quote atreyu05 1-3-2013 11:15 AM
boleh mengajar bahasa melayu kek sini
Quote intandanial 1-3-2013 11:47 AM
supernaturalee posted on 1-3-2013 10:03 AM
"Komuniti lain yang tinggal di sini seperti biasa, mat saleh, mat hitam, mat cina, mat Burma, dan la ...


hehehe..mudah pahamm
Quote shakirajefrydin 1-3-2013 12:27 PM
macam org2 indonesia yg buat perkampungan kat malaysia lah ni?
Quote HannahMontana 2-3-2013 12:31 AM
ninja boy posted on 1-3-2013 01:51 AM
mau saja menetap di sini boleh kah

boleh kalau berani...

ko cari spouse di sana..

ko hidup disana..

ko akan merasa  tinggal disana.

coconut man
Quote rospinki 2-3-2013 11:51 AM
Located at 1030S 10540E, the island is a quadrilateral with hollowed sides, about 19 kilometres (12 mi) in greatest length and 14.5 km (9.0 mi) in extreme breadth. The total land area is 135 square kilometres (52 sq mi), with 138.9 km (86.3 mi) of coastline. The island is the flat summit of a submarine mountain more than 4,500 metres (14,800 ft) high,[31] the depth of the platform from which it rises being about 4,200 m (13,780 ft) and its height above the sea being upwards of 300 m (984 ft).[32] The mountain was originally a volcano, and some basalt is exposed in places such as The Dales and Dolly Beach, but most of the surface rock is limestone accumulated from the growth of coral over millions of years.[33] "The summit of this mountain peak is formed of a succession of tertiary limestones ranging in age from the Eocene (or Oligocene) up to recent reef-deposits, with intercalations in the older beds of volcanic rocks."[34]
Steep cliffs along much of the coast rise abruptly to a central plateau. Elevation ranges from sea level to 361 m (1,184 ft) at Murray Hill. The island is mainly tropical rainforest, of which 63% is National Park.
The narrow fringing reef surrounding the island can be a maritime hazard.
It is 2,600 kilometres (1,600 mi) northwest of Perth, Western Australia, 500 km (310 mi) south of Indonesia, 975 km (606 mi) ENE of the Cocos (Keeling) Islands, and 2,748 km (1,708 mi) west of Darwin, Northern Territory. Its closest point to the Australian mainland is 1560 km from the town of Exmouth, Western Australia.[citation needed]
The climate is tropical, with heat and humidity moderated by trade winds.

Lihat semua komen(70)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.152018s Gzip On
To Top