CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Wanita Terkejut Suami Mati Ditembak 9 Tahun Lalu Muncul Dalam Video Iklan Restoran

24-1-2023 08:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2242| Komen: 24

Description: Seorang wanita di Britain mendakwa melihat suaminya makan di sebuah restoran baru-baru ini walaupun lelaki itu sudah meninggal dunia sembilan tahun lalu, lapor akhbar New York Post.Lucy Watson mengula ...
Seorang wanita di Britain mendakwa melihat suaminya makan di sebuah restoran baru-baru ini walaupun lelaki itu sudah meninggal dunia sembilan tahun lalu, lapor akhbar New York Post.

Lucy Watson mengulas mengenai video iklan online  yang dikongsi oleh restoran Spice Cottage di Westbourne, West Sussex pada 16 Januari lalu.



Daily Mail

Ketika bertanya mengenai usia rakaman itu, Watson berkata, dia melihat anak lelaki dan suaminya dalam video tersebut walaupun lelaki itu meninggal dunia pada 2014.

Restoran berkenaan sebaliknya menyatakan bahawa video itu dirakam seminggu sebelum ia disiarkan.

Restoran yang ditubuhkan pada 1994 itu menyiarkan video bersama kapsyen bermaksud: “Tahun baharu, suasana baharu!

“Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kami bekerja keras untuk menjadikan pengalaman menjamu selera di sini lebih diingati,” jelas kapsyen berkenaan. 


Situasi membingungkan itu membuatkan pengguna media sosial tertanya-tanya dan berkongsi teori mereka mengenai kemungkinan apa yang berlaku.



Bagaimanapun, tiada ulasan lanjut diberikan kedua-dua pihak berhubung siapa lelaki itu sebenarnya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 24-1-2023 11:05 PM
anak dia pon meninggal ke
Quote Belibis 24-1-2023 11:08 PM
Mastika versi britain..
Quote PanadolExtend 24-1-2023 11:18 PM
Pelanduk dua serupa kah?
Quote dua_chzy 25-1-2023 12:15 AM
Frasa 'my late husband and his son' ni pun dah confusing.

Mungkin acik ini weng.
Quote pinggan 25-1-2023 12:31 AM
Misterinya. Mungkin dia kawen duda & ada anak lelaki. Sbb tu dia kata "his son". Bukan our son
Quote tumpanglalu74 25-1-2023 01:28 AM
• Lucy Watson insisted the man was her husband, music journalist Harry Doherty
• Mr Doherty died from cirrhosis of the liver in 2014 following years of drinking

https://www.dailymail.co.uk/news ... es-promo-video.html

Mana ade mati kene tembak la bahalol!  Dia kata "I can see my husband in the first shot (of the video)" so ko teros kata hasben dia mati kene tembak.
Quote che-cikL 25-1-2023 01:39 AM
tumpanglalu74 replied at 25-1-2023 01:28 AM
https://www.dailymail.co.uk/news/article-11671103/EXCLUSIVE-Widow-insists-late-spouse-Indian-restau ...

Ternyata, terang lagi bersuluh budak2 Cari ni bebal bengap belaka. Ingat tadi mungkin budak Kosmo yg tulis tu bodoh gak, sekali tengok budak Kosmo tu tak de pun tulis mati ditembak pun.

Screenshot_2023-01-25-01-35-54-89_40deb401b9ffe8e1df2f1cc5ba480b12.jpg
Quote adm7 25-1-2023 01:44 AM
Hahaha dah lama bgtau kebanyakan warga cari tak cerdik
Quote zuuu 25-1-2023 02:52 AM
tumpanglalu74 replied at 25-1-2023 01:28 AM
https://www.dailymail.co.uk/news/article-11671103/EXCLUSIVE-Widow-insists-late-spouse-Indian-restau ...

Apahal teruk sanggat level pemahaman wartawan cari ni???aq ingatkan kes ketchup jadi kicap tu dh cukup teruk dah
Quote she 25-1-2023 03:02 AM
Teda lembaga penapisan ke untuk reputz cari nih?
Quote tikusmontok 25-1-2023 05:13 AM
tumpanglalu74 replied at 25-1-2023 01:28 AM
https://www.dailymail.co.uk/news/article-11671103/EXCLUSIVE-Widow-insists-late-spouse-Indian-restau ...

Wartawan cari ni sama kelas ngan acik kepam yg baca pork kat botol mc cormick tu ka?
Quote LadyCarefree 25-1-2023 05:39 AM
tumpanglalu74 replied at 25-1-2023 12:28 AM
https://www.dailymail.co.uk/news/article-11671103/EXCLUSIVE-Widow-insists-late-spouse-Indian-restau ...

Hahahahaha serupa porumer tuduh makcik tu gila seban sebut anak lelaki suami. LOLLL
Quote slyfynx 25-1-2023 07:32 AM
Wanita Terkejut Suami Mati Ditembak 9 Tahun Lalu Muncul Dalam Video Iklan Restoran


Tajuk ikut suka kau je kan.
Dah la itu je yang ko taip sendiri
Yang lain semua copy paste.
Quote KamikuP 25-1-2023 10:57 AM
Jadi yg makan itu hantu kokesen kah?
Quote Travelo 25-1-2023 10:58 AM
muka sama ni ada 7 org dalam dunia..
Quote lo_la 25-1-2023 12:40 PM
Lol! Terhibur dgn level reporter ini.
Quote SedihPedih 25-1-2023 12:45 PM
so alex, si anak lelaki ni masih hidup tak? dh viral ni he ols tak clarify apa2 ke?
Quote kepompong 25-1-2023 12:53 PM
doppelganger
Quote kepompong 25-1-2023 12:53 PM
eh selalunya tak boleh send your post is less than 10 bytes ke apa. Arini boleh la pulak

Lihat semua komen(24)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.114893 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top