Anna Jobling nampaknya semakin menempa nama dalam industri seni tanah air apabila memaklumkan dia kini menerima tawaran dari syarikat terkenal untuk merakamkan lagu. Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata, buat masa ini terdapat tiga syarikat rakaman yang tampil memberikan tawaran, namun perkara tersebut masih dalam proses perbincangan.
Bahkan, ia terlalu awal untuknya membuat keputusan. “Manager saya ada bagitahu, ada tiga syarikat rakaman yang agak besar namanya melamar saya untuk merakamkan lagu. “Tapi semuanya masih dalam perbincangan pihak pengurusan saya. Lagipun kalau tanya pendapat saya, saya masih belum bersedia. “Saya dapat tawaran menyanyi tapi masih terlalu awal untuk saya buat keputusan,” katanya.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
4-6-2023 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.076342 second(s), 33 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.