Kian rancak tembusi pasaran muzik Indonesia, Kugiran Masdo sebenarnya berdepan liku sukar dan pelbagai insiden sulit untuk menjual karya serta tawan hati peminat di seberang.
Kumpulan dianggotai Ali Sariah, Putuceri, Azham Ahmad, dan Asmawi itu belajar 1,000 satu hal untuk menembusi pasaran di sana yang mana bukan mudah artis luar mampu diterima baik. "Kalau nak cakap dapat ke Indonesia itu, memang banyak momen seronok. Tapi, banyak juga kejadian di belakang tabir yang orang tak tahu. Betullah bukan senang untuk kita masuk ke pasaran orang lain. "Apa yang kami lalui sepanjang enam bulan selepas sempadan dibuka, bergerak sendiri memang liku-likunya susah. Boleh guna tiket sebagai artis indie, tapi likunya lebih besar sebab kami sendiri pernah laluinya di Malaysia.
"Disebabkan itu, kami perlu ikat kerjasama dengan label rakaman besar kerana tak nak lalui kepayahan berulang itu. Kami akan kongsi insiden kepayahan itu suatu hari nanti," kata Ali selaku vokalis.
|
sangbara2020 replied at 6-12-2022 02:45 PM
rasanya kalau hat ni korg nak kelim...hambekklahh
sangbara2020 replied at 6-12-2022 02:45 PM
rasanya kalau hat ni korg nak kelim...hambekklahh
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
2-4-2023 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.088999 second(s), 45 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.