CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Wanita Ditinggalkan Tunang 3 Hari Sebelum Nikah Sebab Minta Geran Tanah Sebagai Mas Kahwin

1-12-2022 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2313| Komen: 15

Description: JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang menyatakan bahawa dia ditinggalkan tunangnya tiga hari sebelum pernikahan mereka berlangsung, lapor ...
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang menyatakan bahawa dia ditinggalkan tunangnya  tiga hari sebelum pernikahan mereka berlangsung, lapor laman berita Tribunnews hari ini.


Menurut wanita dikenali sebagai Yessy itu, semua persiapan perkahwinan sudah disempurnakan bahkan, undangan perkahwinan juga telah selesai diberikan kepada tetamu.

“Gambar buku nikah, baju kahwin, gambar praperkahwinan, wang belanja, pakaian pengiring serta undangan ke majlis,” kata Yessy.

Menurut wanita itu, rakan-rakannya juga telah menganjurkan majlis ‘bridal shower’ seminggu sebelum majlis sepatutnya berlangsung.

Namun kata Yessy, tunangnya memilih untuk membatalkan perkahwinan tiga hari sebelum majlis pernikahan mereka.

Foto: tiktok

“Berbahagialah agar hancurnya hati saya tidak sia-sia. Terima kasih November. 2021 datang membawa bahagia, 2022 pergi meninggalkan duka,” kata Yessy.

Video tersebut menjadi tular namun, bekas tunang Yessy tampil menjelaskan keadaan sebenar yang membawa kepada terputusnya ikatan pertunangan tersebut.

Dia menerusi akaun TikTok @hokcay22 berkata, perkahwinan mereka dibatalkan kerana Yessy berubah fikiran dan meminta mas kahwin berupa geran rumah.



“Pihak perempuan yang membatalkan perkahwinan, bukannya pihak lelaki. Katanya, kalau mahu kahwin dengannya perlu ada geran rumah. Jika tiada (geran rumah), lebih baik batalkan sahaja perkahwinan,” ujar lelaki berkenaan.



Tambah @hokcay22, dia akhirnya akur untuk melepaskan Yessy kerana memilih ibu bapanya berbanding wanita itu. 

Dia juga meminta netizen agar tidak salah faham mengenai kisah antara dia dan Yessy. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 1-12-2022 08:15 PM
patutnya tunjuk payslip jusa c minus tentu geran tanah tu tak laku
Quote matjerk 1-12-2022 10:26 PM
Mohon juru bahasa tlg terjemahkan whatsapp tu. Esp yg ada perkataan batin tu. Lain pulak aku pikir ni
Quote matjerk 1-12-2022 10:29 PM
"Org tua aku ngebesarin aku, ngedidiki aku, ngeyekolahin aku, ngasik aku makan....." kata perempuan.

Abih tu yg laki tu sape pulak nge nge kan dia?

Quote KamikuP 2-12-2022 09:16 AM
Ni caprut seperti arisan menunggu giliran - ujar Inul
Quote airmineral 2-12-2022 09:18 AM
matjerk: "Org tua aku ngebesarin aku, n ...



hahahahaha nge nge nge
Quote Potpouri 2-12-2022 09:20 AM
Bagi jelah geran rumah tu.
Quote prince_marhaen 2-12-2022 09:23 AM
Betina yindon hidup dalam berangan...bayangkan semua nak ikut impian dia... hujung-hujung padan muka kau kena dump..ada laki nak kat kau pun kira bagus lah... jenis kawin acah-acah nak compete tunjuk dekat media sosial kan... sekali tak jadi pun buat content...butooo
Quote greantea 2-12-2022 09:27 AM
byk tgk sinetron. tu y hidup dalam angan2
Quote Dwdrum 2-12-2022 09:38 AM
Cari saja lelaki kaya.... Prolly rumah itu saja lelaki itu ada... minta rumah sebagai security bond lelaki itu pun confuse kahwin sebab apa  
Quote che-cikL 2-12-2022 09:42 AM
berita caprut.jpg
Quote rosedemon 2-12-2022 10:31 AM
kahkah dedua bingai
Quote darkness 2-12-2022 10:58 AM
Dia yg putuskan tunang, salahkan lelaki konon ditinggalkan 3 hari sebelum nikah. Dasar penipu. Dalam wsp konon palinglah baik bagus skali buat konten salahkan org lain pengadu domba media sosial
Quote Cassieopeia 7-12-2022 01:53 PM
tetiba minta geran tanah ke? kalau cakap dr awal rasanya awal lagi laki tu cabut..
Quote orkidorkido 7-12-2022 02:10 PM
Geran tanah? Boleh blahhh hehe
Quote clarizsa 7-12-2022 02:16 PM
Ruginya segala persiapan sia sia

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.087024 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top