CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Shuib Mohon Netizen Jangan Pertikai Kenapa Pilih Watie

1-12-2022 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10039| Komen: 79

Description: Shuib Sepahtu mohon keputusan menjalinkan hubungan rapat dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah tidak dipertikaikan.
Shuib Sepahtu mohon keputusan menjalinkan hubungan rapat dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah tidak dipertikaikan.

Anggota kumpulan Sepahtu beranggapan tidak salah membuat pilihan kerana dirinya lebih tahu baik atau buruk setiap keputusan dilakukan.

Katanya, dia tidak akan sesekali merosakkan kehidupannya dengan anak-anak.

Foto: IG

"Insya-Allah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya.

"Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.


"Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan.

"Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin," katanya kepada BH Online.



Bagi penyampai radio Suria FM itu, dia faham peminat mengambil berat mengenai dirinya dan anak-anak.

Namun, pintanya, janganlah berlebihan memandangkan banyak hati perlu dijaga.

Shuib berkata, dia yakin orang luar pasti menyangka keputusan mengenali hati Watie dilakukan kerana keinginannya sendiri.

Sedangkan, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia mendahulukan ibu dan anak-anak, manakala keinginan diri jatuh nombor tiga.



"Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka.

"Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.

"Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka," ujarnya lagi.



Shuib berkata, dia dan Watie kini sedang dalam fasa mengenali hati budi bersama ibu dan anak-anaknya.

Sementara itu, mengulas dakwaan bakal menamatkan zaman duda dengan Watie pada Mac tahun depan, Shuib berkata, tiada sebarang perancangan dibuat dan perjalanan ke arah perkahwinan masih jauh.



"Belum ada perancangan dan rasanya macam jauh lagi perjalanan ke arah itu. Ini kerana saya mahu pastikan anak-anak terima kehadiran Watie dahulu.




"Perkenalan dalam tempoh dua hingga tiga bulan belum cukup untuk menilai Watie. Namun, Alhamdulillah hubungan kami berjalan lancar, anak-anak dan mak pun suka dengannya," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 1-12-2022 05:49 PM
Nanti sebelum puasa kahwinlah tu
Quote Cekgushilla 1-12-2022 05:51 PM
Ye ke kenal 2-3 bulan je dgn watek ni
Dasar ko kan shuib
Quote menjad 1-12-2022 06:17 PM
Ko yg nak kawen soh netizen bagi green light pulak. Nmpk nau yg ko pilih tuh dah tersasar jauhhhhh. Dok kona sana kona sini. Nak nmpk suci.  Ehhhh lantak ko lah sueb
Quote ekselen 1-12-2022 06:48 PM
Kawen la cepat2..pening tgk muka ko ngan story yg sama kuar setiap ari...
Quote Sunkiss8999 1-12-2022 06:57 PM
Soeb pilih watie..sebab tek besar..suara seksi dan manja..soeb miang
Quote imanjannah 1-12-2022 07:09 PM
kahwen je la Eb
Quote selipar_hijau 1-12-2022 07:17 PM
Korang jgn la pertikai sbb itu je yg sesuai ngn muka dia. Takkan la korg harapkan anna jobling, amelia henderson, intan najuwa pulakk
Quote Hoola 1-12-2022 07:22 PM
Kawen je lahhhhhhh
Pndai2 ko la
Sapa pun xkisahhhhhhhhhhh
Quote red_velvet 1-12-2022 07:55 PM
Edited by red_velvet at 1-12-2022 07:58 PM

Pwrlu ke setiap kali wat statement mesti  nak justify "saya hanya memikirkan kepentingan anak2 n ibu saya dulu bila kapel dengan watetek ni".. halah halah.. makin banyak cakap makin nampak bimbo , makin nampak ko yang hadap nenen besar tu .. kalau mak ko suka janda anak 5 jual kuih petang2 kat kampung ulu sana takkan ko suka jugak kan semata2 sebab mak ko suka . ... Cakap je lah ko yg dah berkenan sangat watetek sampai mak ko n anak2 pun terpaksa terima ..setelllll.... Ingat acik porum tak tau ke ko fetish badan cam watetek ni... Dulu rajin like gambo seksi2 kat ig kan.. helehhhhh ... Nak kawen kawen je lah... Ko bukan hensem punnn...manis pun tidak, apatah lagi hensem ... Kesaahhhhhhhh lak netizen ngan ko
Quote inspektoremos21 1-12-2022 07:59 PM
Siall je melekat nama watetek tu kahkahkahh
Quote clara_nur 1-12-2022 08:14 PM

baru skodeng IG watie ni..
amboi komen2 netizen kemain laser naaaa..
biaq pilaaa shuib pilih dia pon..
Quote Lagubestbest 1-12-2022 08:31 PM
Sunkiss8999 replied at 1-12-2022 06:57 PM
Soeb pilih watie..sebab tek besar..suara seksi dan manja..soeb miang

selera membuak gak la tuk unboxing yang ni.
Quote clarizsa 1-12-2022 08:35 PM
Yelah dia kan duda , sukahatilah dia nk pilih sapa pun
Bukannya dia ceraikan bini semata sbb angau kt betina sundal ke kan
Ok je shuib kawin je dgn pilihan hati
Quote greantea 1-12-2022 08:37 PM
Dah tgk watie tanpa mekap ke belom soeb?
Quote virgocircus 1-12-2022 08:38 PM
Lantak kamu..asalkan kamu bertanggungjawab.
Quote pujanggacinta 1-12-2022 09:47 PM
Watetek body bontot dah nak serupa kimKardashian
Quote ezacbee 1-12-2022 09:53 PM
Kawen la cepat. Yg kesah sgt warga FB je.
Quote mawardia 1-12-2022 09:54 PM
We ols x pertikaikan pun kau pilih watie tu
We ols tau kenapa kau pilih dia Ib.
Quote makadek 1-12-2022 09:55 PM
Wati tetek cau pet mbam ntot lebau kan

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.120758 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top