CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

‘Pung Pang Pung Pang Tolak Mercedes Tapi Hari Ni Pakai Kasut LV Harga RM5 Ribu’, Disindir Netizen, Ini Respon Anwar Ibrahim

30-11-2022 07:27 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 10816| Komen: 188

Description: Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan menolak untuk menggunakan kenderaan mewah jenis Mercedes Benz S600 sebagai pengangkutan rasmi telah mendapat perhatian dan pujian r ...


Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan menolak untuk menggunakan  kenderaan mewah jenis Mercedes Benz S600 sebagai pengangkutan rasmi telah mendapat perhatian dan pujian ramai.

Menurut Anwar, beliau memilih untuk menggunakan aset kerajaan yang sudah sedia ada untuk kegunaan rasmi hariannya.

Jelas Anwar lagi, dia ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan sebagaimana amalan pentadbiran terdahulu. Katanya pembaziran itu termasuklah membeli permaidani dan mengubahsuai pejabat.

Selain tidak ingin mengambil gaji sebagai Perdana Menteri, ramai yang mengagumi langkah dan sifatnya yang sering memikirkan cara untuk berjimat dan bersederhana.


Namun, ada juga segelintir pihak yang sering mencari kesalahan Ahli Parlimen Tambun itu sehingga beliau menjawab dakwaan supaya tiada fitnah yang ditimbulkan pada masa akan datang.

Dalam satu ciapan di Twitter, seorang netizen membuat kenyataan dipercayai berbaur sindirian dengan mengatakan walaupun Anwar telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 atas urusan rasmi, namun beliau dilihat mengenakan kasut jenama Louis Vuitton (LV) yang berharga kira-kira RM5,500.

“Pung pang pung pang tolak S600 Mercedes, pakai capal..hari ni dah upgrade ke kasut berharga lebih daripada RM5,500..masyukk PM #KitaBoleh,” sindir individu terbabit.

Kenyataan individu itu tular dan menerima pelbagai maklum balas daripada kalangan netizen lain sehinggalah ia tiba ke pengetahuan Anwar sendiri.

Namun dakwaan itu disangkal oleh Anwar dengan menyatakan bahawa kasut tersebut sebenarnya merupakan hadiah pemberian Sultan Johor pada dua tahun lalu.

Ujarnya, rakyat mempunyai hak untuk mempersoal segala perkara yang berkaitan dirinya namun jangan sampai membawa fitnah kepada umum.


“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” kata Anwar membalas kenyataan tersebut.


Difahamkan, Anwar turut memakai kasut tersebut semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 10 pada 24 November lalu. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 30-11-2022 01:43 AM
Acik2 forum pun pakai kasut, henbeg puluh2 ribu.

Quote Tunan 30-11-2022 01:44 AM
Bodohnya lag yg komen tu
Murah kot 5000 tu
Quote doubleharmonic 30-11-2022 02:34 AM
rega sampai 5500 macam gitu jah kasut nya?
Quote sukacactus 30-11-2022 04:56 AM
Takat 5k utk kasut/beg takde la mahal mana pun
Bkn menteri pun mampu tu
Quote bakingsoda 30-11-2022 06:20 AM
patut tmjamaika yg reply tweet tu baru tercirit tukang pitenah
Quote eizarz 30-11-2022 06:27 AM
camna tmj boleh tau size kasut pm,adakah dia tanya size kasut dulu sebelum beli utk bagi hadiah
Quote eyansss 30-11-2022 06:36 AM
eizarz replied at 30-11-2022 06:27 AM
camna tmj boleh tau size kasut pm,adakah dia tanya size kasut dulu sebelum beli utk bagi hadiah

pa tmj akan call pm anwar tanya saiz...  perkara tu biasa je...
Quote eyansss 30-11-2022 06:37 AM
pastu netizen tu bangang sangat kenapa…  buat la apple to apple punya comparison…
Quote margo20 30-11-2022 06:48 AM
Kalau anwar tu duduk rumah flat bole la kau persoalkan ni dh sah sah la dia mmg kaya
Quote 3chanceno 30-11-2022 06:50 AM
eizarz replied at 30-11-2022 06:27 AM
camna tmj boleh tau size kasut pm,adakah dia tanya size kasut dulu sebelum beli utk bagi hadiah

Nie hadiah dari Soltan J bukan tmj...tak sabar tunggu balas tweet dari tmj, tu pun kalau dia nak layan
Quote mojarean_X 30-11-2022 06:52 AM
Beza betul komen2 di sini banding ngan koleksi burberry pak mael
Quote me12345 30-11-2022 06:53 AM
Rumah banglo pun lebih drpd satu..jd banduan dan takde jawatan berpuluh tahun pun leh hidup selesa sah sah lah kaya...politician..tak yahlah nk kaji capal dia...
Quote mahalnya 30-11-2022 07:06 AM
Mail lambong hari2 flex baju mahal nerakazen kata,xpa la dia PM
Quote kitmal 30-11-2022 07:11 AM
lebih helok dari baju yang mail pakai..netizen ok sajo
Quote kelana36 30-11-2022 07:13 AM
Dia kan dah declare harta dia banyak mana, suka hati dia la nak pakai apa, mahal ker murah...  yang dia tak nak, guna duit rakyat ...
Quote alesandra 30-11-2022 07:19 AM
3chanceno replied at 30-11-2022 06:50 AM
Nie hadiah dari Soltan J bukan tmj...tak sabar tunggu balas tweet dari tmj, tu pun kalau dia nak l ...

tmj bagi kasut kat mb johor yg skrg ni kan?aku ingat lagi onn hafiz tu xplain itu hadiah  pun still org mencerca lagi
Quote 3chanceno 30-11-2022 07:31 AM
alesandra replied at 30-11-2022 07:19 AM
tmj bagi kasut kat mb johor yg skrg ni kan?aku ingat lagi onn hafiz tu xplain itu hadiah  pun stil ...

Bagus jugak dia balas tweet tu, takkan nak bohong pulak gunakan nama Soltan J  agak2 lah nak buat bahan kebencian pun. Dia pun dah declare harta dia bukan cam orang lain.

Kalau tmj dah balas, sila tepek di sini ya
Quote asudau 30-11-2022 07:33 AM
pakailah kasut bata macam atuk M

biar la dia, nak pakai apa pun asalkan jangan songlap duit cukai rakyatkan
Quote 3chanceno 30-11-2022 07:33 AM
kelana36 replied at 30-11-2022 07:13 AM
Dia kan dah declare harta dia banyak mana, suka hati dia la nak pakai apa, mahal ker murah...  yang  ...

Nie betul...at least dia walk the talk lah pasal declare aset..

Lihat semua komen(188)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.100717 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top