Selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi Tallisya akan berpindah ke kampung halaman suaminya, Mohd Zulhisyam di Pulau Tioman, Pahang sekali gus meninggalkan kehidupan di bandar.
Tallisya atau Allisya Tahir, 24, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk menjalani kehidupan di kampung memandangkan Pulau Tioman adalah salah satu destinasi kegemarannya sejak dahulu. "Sebagai isteri tempatnya di sisi suami, jadi saya kena ikut suami ke Pulau Tioman. Lagipun buat masa sekarang saya memang tidak bekerja dan boleh menikmati keindahan pantai setiap hari. "Sebenarnya Pulau Tioman memang lokasi kegemaran saya dan tak sangka pula bertemu jodoh dengan orang sana," katanya.
Tambah Tallisya yang juga anak sulung penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah, sekiranya dia mempunyai sebarang tawaran di Kuala Lumpur, ia bukan masalah untuk berulang-alik memandangkan Pulau Tioman turut mempunyai akses kapal terbang yang tidak mengambil masa lama.
|
pearl.silver replied at 22-11-2022 11:33 PM
Ikut laki balik tioman. Laki tu kje mende kt tioman?
Kje bawa tourist snorkeling?
AcikBuncit replied at 22-11-2022 10:24 PM
Penyanyi ke dia.. Xpnh dgr pn.. Apa lagu popular anaknye
sleepandream replied at 23-11-2022 12:11 AM
tioman better la dari redang
TerataiMelur02 replied at 23-11-2022 01:02 AM
Yeke?baru bercadang nak ke redang bila dah buka nanti
rayna_raynes replied at 23-11-2022 01:04 AM
Jatt datang tak majlis anak dia?
sofea86 replied at 23-11-2022 02:54 AM
Suami dia, Anak tokey Salang Indah klu xsilap...rindunya Tioman ..xpernah bosan ke Tioman...
Kancilkering replied at 23-11-2022 06:07 AM
duduk mersing pun best ini kan lagi duduk tioman……
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
4-6-2023 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.102051 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.