CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Piala Dunia Qatar 2022: Penyokong Jepun Kutip Sampah, Tunggu Selepas Perlawanan Untuk Bersihkan Stadium

22-11-2022 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 930| Komen: 9

Description: Penyokong Jepun dilihat membantu membersihkan stadium pada Piala Dunia Qatar 2022.
Penyokong Jepun dilihat membantu membersihkan stadium pada Piala Dunia Qatar 2022.

Ia berlaku selepas aksi perlawanan pembukaan antara Qatar dan Ecuador di Stadium Al Bayt, Qatar, pada Ahad.


Negara matahari terbit itu menerima pujian pada kejohanan lalu, apabila menunggu selepas perlawanan untuk membersihkan stadium.

Amalan itu berterusan di Qatar dengan menunjukkan mereka melakukan kerja dengan baik.


Foto: Twitter

Menerusi satu video, seorang lelaki kedengaran berkata: "Seseorang meyakinkan saya bahawa ini adalah perkara biasa.

"Penyokong Jepun memutuskan untuk membersihkan stadium. Ia bukan perlawanan mereka!


"Apabila saya bertanya kepada mereka, 'Mengapa anda membersihkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan anda?' Jawapannya ialah, 'Orang Jepun tidak pernah meninggalkan sampah di belakang. Kami menghormati tempat itu'."

Pada 2018, selepas tewas pada saat akhir pertembungan kalah mati Piala Dunia menentang Belgium, penyokong Jepun kekal di stadium untuk membersihkan kawasan.

Wartawan yang berpangkalan di Jepun, Scott McIntyre memberitahu BBC: "Ia bukan hanya sebahagian daripada budaya bola sepak tetapi sebahagian daripada budaya Jepun.

"Anda sering mendengar orang berkata bahawa bola sepak adalah cerminan budaya. Satu aspek penting dalam masyarakat Jepun ialah memastikan segala-galanya benar-benar bersih.

"Dan itu berlaku dalam semua acara sukan dan pastinya juga dalam bola sepak," katanya.

Jepun akan mempamerkan aksinya dalam Piala Dunia pada Rabu, menyaksikan pasukan itu berdepan Jerman. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 22-11-2022 11:58 AM
seperti biasa namun ummah negara lain tetap berperangai seperti biasa juga, yakni buang sampah merata-rata semoga digigit anjing hendaknya
Quote True-X 22-11-2022 12:00 PM
sungguh muslim jepon..

qatar opening siap ayat2 quran bagai.. bab sampah out...
Quote stingergrumpy 22-11-2022 12:04 PM
True-X replied at 22-11-2022 12:00 PM
sungguh muslim jepon..

qatar opening siap ayat2 quran bagai.. bab sampah out...

Negara islam teladan malaysia kita ini....tandas awam ada masuk?

Aku tolong jawabkheun....kita negara majmuk....yg pengotor iteww penganut agama lain....

Gitewww..

Kahkahkahkahkahkah
Quote Myhappyending 22-11-2022 12:14 PM
Proud mama
Quote dua_chzy 22-11-2022 12:16 PM
True-X replied at 22-11-2022 04:00 AM
sungguh muslim jepon..

qatar opening siap ayat2 quran bagai.. bab sampah out...

Tapi aiols suka opening Qatar. Feberet WC opening setakat ni.
Quote cikatilia 22-11-2022 12:32 PM
stingergrumpy: Negara islam teladan malaysia kita ini....tandas awam ada masuk?Aku tolong jawabkheun....kita negara majmuk....yg pengotor iteww penganut agama lain.. ...


imagine aje dah ngeri xyah la nak masuk aih

Quote rosedemon 23-11-2022 09:33 AM
terbaik jepon
Quote pekanwoohoo 23-11-2022 09:39 AM
Orang Jepun kena belajar untuk hormat budaya tuan rumah yang memang suka buang sampah merata. Jangan nak bajet dan tunjuk bagus sangat bila melancong keluar tu. Hormat dan jaga air muka tuan rumah.

Nak buat perangai bagus tu, buat dekat Jepun sana dah lah. Ni sikit-sikit nak kutip sampah lah apa lah. Kutip sampah kau punya sendiri dah lah. Kalau bagus sangat, pergi bersihkan semua tempat sekali, janganlah selektif nak mencapub pulak. Puuuiiiiihhhhhhhhh
Quote Cassieopeia 23-11-2022 10:24 AM
ramai rakyat jepun bagus2 bab ni tp kalau g area nagoya ke ade jgk sampah tepi jln.. aku tgk serupa je mcm sini. kwn jepun siap ckp org belah sini mmg perangai gitu haha tp belah lain tiptop la

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-1-2023 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.075663 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top