CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Macam Itulah Baiknya Insan Yang Bernama Fazura Dengan Fattah" Bodyguard Dedah Pahit Manis Jaga Pasangan Ini

5-10-2022 04:56 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 14552| Komen: 183

Description: Sebelum ni kecoh mengenai video jam tangan mewah berharga jutaan Ringgit yang dipakai oleh pelakon dan usahawan jelita, Fazura semasa sambutan hari lahir suaminya, Fattah Amin.



Sebelum ni kecoh mengenai video jam tangan mewah berharga jutaan Ringgit yang dipakai oleh pelakon dan usahawan jelita, Fazura semasa sambutan hari lahir suaminya, Fattah Amin.


Walaupun ramai yang cakap Fazura sememangnya layak pakai barangan mewah atas usaha gigihnya sendiri malah memuji sikapnya yang merendah diri dan tak suka tayang kemewahan namun ada juga segelintir netizen yang beranggapan jam tangan mewah tersebut adalah sekadar pinjaman. 

Malah ada yang mendakwa bodyguard pada majlis tersebut juga bukan bodyguard yang dibayar gaji oleh Fazura dan Fattah tetapi diambil sehari saja untuk tujuan tersebut?

 
Memetik daripada portal hiburan NONA yang telah menghubungi Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin atau mesra digelar Shah selaku pengawal peribadi Fazura dan Fattah, bagi menjawab teka-teki dan bertanyakan tentang isu tersebut.

Jom kita ikuti temubual bodyguard Fazura bersama wartawan NONA yang turut berkongsi kisah pahit manis serta pengalaman sepanjang bergelar ‘bodyguard’ power-couple ini.


NONA: Boleh Shah kongsikan serba sedikit tentang diri Shah?

Shah: Baik, nama penuh saya Shahaszrin Bin Mohd Sabiruddin, anak kedua dari empat adik beradik. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang comel.



NONA: Bagaimana Shah boleh menjadi ‘bodyguard’ kepada Fazura dan Fattah?

SHAH: Awal dahulu, saya ditawarkan untuk menjadi pengawal peribadi dari Fattah saja. Waktu itu Fattah di bawah satu pengurusan. Mereka meminta saya untuk menjaga Fattah untuk tempoh satu hari. Tidak lama selepas itu, mereka meminta saya untuk menjaga kedua Fattah dan Fazura untuk acara ABP pada tahun 2017. Itulah kali pertama saya menjaga Fazura. Sehingga kini, dah 5 tahun saya menjaga keselamatan dan privasi pasangan selebriti kesayangan ramai ini.



Baru-baru ini terbaca juga di media sosial mengatakan saya dibayar oleh satu syarikat untuk menjaga keselamatan Fazura ketika beliau memakai aksesori mahal sehinggakan perlu memulangkannya dengan segera. Perkara ini tidak betul dan sangat kelakar bagi saya.

NONA: Apakah tugas hakiki Shah sepanjang bergelar pengawal peribadi Fazura dan Fattah?

SHAH: Saya dibayar untuk menjaga keselamatan mereka. Sudah tentu tugas pertama saya adalah untuk memastikan kedua-dua mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. ‘Selamat’ ini bukan hanya merujuk keselamatan diri secara fizikal luaran tetapi saya juga kena pastikan mereka selamat dari sebarang atau setidak tidaknya mengurangkan risiko dari penyakit wabak yang melanda satu dunia sekarang ini.

Pernah dalam satu event, saya dikecam teruk di laman sosial saya, hanya disebabkan satu video yang menunjukkan saya menghalang beberapa peminat menyerbu Fazura untuk bergambar. Tujuan utama saya pada waktu itu adalah atas dasar keselamatan Fazura, untuk mengurang risiko penyakit yang berjangkit. Tapi itulah. Tak semua orang faham dan tak semua orang boleh terima tuntutan kerjaya saya. Saya ok saja, janji bos (Fazura) saya happy!



NONA: Boleh Shah kongsikan momen manis sepanjang mengawal keselamatan Fazura dan Fattah?

SHAH: Wow momen manis ini banyak sebenarnya. Tapi kalau diminta satu, momen paling manis pastinya ketika event di Johor. Habis dari event itu Faz ajak kami semua ke JPO sementara nak menunggu ketibaan flight sebelah malam.

Sampai saja dekat JPO tu Faz ajak semua team masuk satu butik ini. Selepas itu, Faz cakap… “You all pilih satu barang. Ambil saja apa apa..” Semua terkejut. Ada juga yang mengalirkan air mata ketika itu, tapi bukan saya lah..nak control macho punya pasal. Tapi saya cukup bersyukur.


NONA: Bagaimana agaknya pula layanan Fazura dan Fattah ketika berurusan dengan Shah?

SHAH: Layanan mereka pada saya sangat baik. Kalau tidak, takkanlah dah masuk 5 tahun saya bersama dengan mereka. Mereka cukup baik bukan dengan saya saja, tapi dengan semua orang yang berkerja dengan mereka. Mereka punya baik hati sampaikan isteri dan anak saya pun mereka berdua tak pernah lupa.

Jika mereka pergi shopping, mesti Faz akan tanya “Isteri Shah suka warna apa ya, anak Shah suka toys apa ye”. Jadi setiap kali mereka bertanya soal itu, saya cuba untuk mengelak, maklumlah saya berkerja dan dibayar. Malu juga dibuatnya. Jadi sekarang ini kalau mereka nak belikan apa apa untuk isteri atau anak saya, mereka dah tak tanya. Mereka terus beli saja dan berikan kepada saya.


Macam itulah baiknya insan yang bernama Fazura dengan Fattah ini. Saya bersyukur dapat bekerja dan mengenali pasangan ini. Padanlah mereka berdua disayangi ramai.

Jadi diharapkan dengan perkongsian temubual bersama bodyguard Fazura dan Fattah ini dapat menjawab segala tuduhan tidak berasas sebelum ini. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 5-10-2022 05:59 PM
Helok kekar bodyguard kak faz
Quote immaryjane 5-10-2022 06:05 PM
The heck. Sanggup ye nona interview bodyguard dah habis dh ke gosip kt msia nk? Yg kene nye retis tuuu. Nth ape la si pak gad kutil tu ratib jap lg
Quote Diamondmoney 5-10-2022 06:10 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/CjUTgdWp6-d/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]

Jom layan fatima

Kecik2 dah mendonia dik tima
Quote cmf_shya 5-10-2022 06:11 PM
Ish..wlpun ku peminat fattzura...tp ku mohon..biar la diaorg trus hidup mcm dlu..ada benda simpan..ada benda share..jgn terlalu share..jgn la terlalu dikorek kehidupan mereka
Quote GegarVaganja 5-10-2022 06:14 PM
Calling for @Kurex

Quote aduh2sayang 5-10-2022 06:19 PM
Ok lah tu bodyguard dia tlg jawab tohmahan nerakazen mulut puaka.. suka hati je pitnah faz jam pinjam.. bkn bodyguard dia
Quote rainbowrainz 5-10-2022 06:25 PM
Alhamdulillah..rezeki...
Quote virgocircus 5-10-2022 06:33 PM
Alolo comelnya fatima celeb bday dia. Very happening yach..huntong ko dik.
Quote BungaTepiMeja 5-10-2022 06:37 PM
Memang setiap artis ada bodyguard ke..ingatkan bodyguard event mngnt sediakan sebab biasa artis ada PA je kan
Quote Gugucat 5-10-2022 06:43 PM
BungaTepiMeja replied at 5-10-2022 06:37 PM
Memang setiap artis ada bodyguard ke..ingatkan bodyguard event mngnt sediakan sebab biasa artis ada  ...

Tak semua ada bodyguard. Faz ni mmg bodyguard slalu ada. Masa event atau personal pun mmg ada bodyguard.
Quote Gugucat 5-10-2022 06:44 PM
Diamondmoney replied at 5-10-2022 06:10 PM
Jom layan fatima

Kecik2 dah mendonia dik tima

Omey nyaaa fatima. Bijak budak ni
Quote Gugucat 5-10-2022 06:46 PM
cmf_shya replied at 5-10-2022 06:11 PM
Ish..wlpun ku peminat fattzura...tp ku mohon..biar la diaorg trus hidup mcm dlu..ada benda simpan..a ...

Tkpe, bukan org tatau faz mmg slalu dgn bodyguard, cuma nya ada mulut puaka main ckp je ni bodyguard pinjam utk jaga jam pinjam. Bgs jgk bodyguard dia bersuara.
Quote Kurex 5-10-2022 06:48 PM
GegarVaganja replied at 5-10-2022 06:14 PM
Calling for @Kurex

Dha kawen ke? Tapi boleh je merasa, lagi dap yg dah kawen. Tu anak dia ke? Mungkin anak dia atuk nenek belah isteri dia
Quote Masukkeluar 5-10-2022 06:49 PM
Diamondmoney replied at 5-10-2022 06:10 PM
Jom layan fatima

Kecik2 dah mendonia dik tima

happy nya timoh..siap lompat2 tepuk tgn flying kiss lagi. sejenis friendly mcm mommy nye.
Quote Gugucat 5-10-2022 06:59 PM
Masukkeluar replied at 5-10-2022 06:49 PM
happy nya timoh..siap lompat2 tepuk tgn flying kiss lagi. sejenis friendly mcm mommy nye.

Friendly kann.. happy je dia. Slalu budak2 ni restless kalau ramai2 org. Dia rilek je gelak happy2. Geram tgk
Quote Hoola 5-10-2022 07:02 PM
musim semua kena hbaq kt rkyt jelata ke..laki baik, majikan baik
#netijen ygsllu buat baikdalamdiam tersenyummanjah
Quote casper2022 5-10-2022 07:29 PM
dia mampu pakai bodyguard ok la. untuk keselamatan keluarga dia. Bkn semua artis mampoo.. huuhu
Quote DianaSaksen 5-10-2022 07:35 PM
Sado Dan handsome abang ni
Tapi pengiring agong masa kemerdekaan tu lagi sado Dan tinggi
Quote ashcroft86 5-10-2022 07:35 PM
Weols pon memerlukan bodigad.

Lihat semua komen(183)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.099283 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top