CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Suami Ada Perempuan Simpanan, Hubungan Krisdayanti Dan Raul Lemos Berantakan

5-10-2022 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6831| Komen: 55

Description: Selain tumpuan terhadap isu curang Rizky Billar dan Lesti Kejora, mahligai perkahwinan pasangan terkenal Krisdayanti dan juga suaminya, Raul Lemos turut mencuri perhatian netizen, khususnya di Indones ...
Selain tumpuan terhadap isu curang Rizky Billar dan Lesti Kejora, mahligai perkahwinan pasangan terkenal Krisdayanti dan juga suaminya, Raul Lemos turut mencuri perhatian netizen, khususnya di Indonesia ketika ini.


Umum mengetahui bahawa Krisdayanti atau mesra disapa KD menjalani kehidupan rumah tangga secara jarak jauh bersama Raul. Diva terkenal Indonesia itu bersama anak-anaknya menetap di Jakarta, manakala Raul pula di Timor Leste.

Menurut khabar angin yang beredar, dikatakan rumah tangga Krisdayanti dan Raul kini sedang ‘bergelora’ disebabkan kehadiran insan ketiga dalam hubungan mereka sebagai suami isteri.


Foto: IG


Sebuah stesen televisyen swasta tempatan memberitakan bahawa Raul dikhabarkan memiliki seorang wanita simpanan di Timor Leste.

Bahkan laporan tersebut turut memberitahu bahawa pelantun lagu Mencintaimu itu bakal dimadukan oleh suaminya.

Bagaimanapun, gosip mengenai kecurangan Raul terhadap Krisdayanti turut mendapat komen negatif daripada netizen apabila menyebut bahawa penyanyi berusia 47 tahun itu sedang menerima ‘karma’ atas perbuatan silamnya.


Foto: IG
Netizen mula mengungkit kisah lalu apabila mengingatkan perjalanan cinta antara Krisdayanti dan Raul apabila mereka menjalinkan hubungan sulit ketika masih bergelar suami isteri kepada pasangan masing-masing.

Lantas Krisdayanti akhirnya memutuskan untuk berpisah dengan suaminya iaitu penyanyi juga komposer terkenal, Anang Hermansyah untuk menikahi Raul.

“Krisdayanti sebelumnya juga pernah berlaku curang terhadap Anang (bekas suami). Kini dia sedang melalui karma,” ujar seorang netizen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juliesha 5-10-2022 02:21 PM
baru nak cakap pasal karma tu dulu mencurang
Quote hareeeesah 5-10-2022 02:33 PM
Mcm mana rupa kd ni without makeup? Mcm x penah tgk dia xmakeup.. mesti basic typical indo kan
Quote ayukpingu 5-10-2022 02:35 PM
karma hits you so bad
Quote MistrezHermanaz 5-10-2022 02:43 PM
adan ukeeeeee
Quote margo20 5-10-2022 02:46 PM
Ah sudah [em:1:][em:1:]
Quote Pak.dolla 5-10-2022 03:03 PM
Pernah tgk video lama kat yt...masa anak² dia dgn ex husband cerita pd reporter psl kecurangan dia....

Dlm yt tengku wisnu ada interv dgn anang...anak² dia ms kecil tu depa sendiri yg pilih nk tggl dgn anang, wpun ms tu anang mmg dlm keadaan susah xda duit....ms anang keluar rumah anang x tuntut langsung harta sepencarian...dia keluar rumah sehelai sepinggang....best dgr interv tu...
Quote Thunderclouds 5-10-2022 03:10 PM
Well...What goes around comes around..
Quote mehmet 5-10-2022 03:10 PM
Mak ameena nampak Dua ini beromen.

Waktu itu pun si Timor Leste suami orang.
Quote mehmet 5-10-2022 03:12 PM
Anang kawan dgn Incess, cintan cintun. Masuk Ashanty, terus Anang cintan betul². Itu kasihan dgn Incess, macam buat rebound.
Quote mehmet 5-10-2022 03:13 PM
Mungkin Ashanty wife material. Ashanty yang Jaga anak² mereka. Ada 1 Masa, Kris gaduh dgn her girl pasal Timor Leste itu.
Quote Pak.dolla 5-10-2022 03:21 PM
mehmet replied at 5-10-2022 07:12 AM
Anang kawan dgn Incess, cintan cintun. Masuk Ashanty, terus Anang cintan betul². Itu kasihan dgn In ...

Anak anang yg lelaki nama azriel tu yg suka anang dgn ashanty tu...aku dgr interv anang dkt yt tengku wisnu tu...

Anang kata mcm mana dia nk bgtau ashanty ms tu...sbb ashanty muda sgt...tp anak dia dah syg sgt kat ashanty sbb ashanty layan dia baik...
Anang ckp kalau ashanty tolak nanti takut anak dia akan terluka kali kedua...kali pertama anak dia terluka psl ibu kandung tgglkan bapak depa...
Quote beatgirlX 5-10-2022 03:21 PM
Abih tu bila si Raul nak kena karma pulak??
Quote zuriey 5-10-2022 03:22 PM
Tokti dah tak bff dgn kd ke [em:22:]
Quote Pak.dolla 5-10-2022 03:23 PM
mehmet replied at 5-10-2022 07:10 AM
Mak ameena nampak Dua ini beromen.

Waktu itu pun si Timor Leste suami orang.

Dlm yt tu anak pompuan dia ckp...mommy tarik tgn itu om...masa tu dia dgn adik dia tgh mandi dlm kolam renang...
Quote helicornia 5-10-2022 03:29 PM
Siap ada anak edisi calculator dgn Raul lemos ni kan
Quote cmf_PariS 5-10-2022 03:51 PM
dh tua kau mesti la laki cari lain kekekekeke laki byk duit
Quote ketambangkang 5-10-2022 03:52 PM
hareeeesah replied at 5-10-2022 02:33 PM
Mcm mana rupa kd ni without makeup? Mcm x penah tgk dia xmakeup.. mesti basic typical indo kan

ade je u..u google je kris dayanti without make up..berkerak jugak u
Quote hareeeesah 5-10-2022 04:13 PM
ketambangkang replied at 5-10-2022 03:52 PM
ade je u..u google je kris dayanti without make up..berkerak jugak u

Kira mmg dia xpenah appear in public without makeup la kan? Eh lain btul… ingatkan indo jamu tiptop glowing hehe
Quote azimodin 5-10-2022 04:14 PM
Edisi cash la ni kan.. bukan takat dia mencurangi anang, siap menyakitkan hati anak2.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-12-2022 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.086853 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top