CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Ed Sheeran Dibicara Lagi, Kali Ini Plagiat Lagu Thinking Out Loud Pula

2-10-2022 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 961| Komen: 2

Description: Penyanyi dan komposer, Ed Sheeran sekali lagi akan dibicarakan berhubung dakwaan memplagiat lagu hitnya, Thinking Out Loud daripada lagu Let's Get It On nyanyian Marvin Gaye.Hakim menafikan tuntutan S ...
Penyanyi dan komposer, Ed Sheeran sekali lagi akan dibicarakan berhubung dakwaan memplagiat lagu hitnya, Thinking Out Loud daripada lagu Let's Get It On nyanyian Marvin Gaye.


Hakim menafikan tuntutan Sheeran untuk menolak kes itu, dengan berkata juri harus memutuskan persamaan antara kedua lagu berkenaan.

Tindakan itu dibuat enam bulan selepas Sheeran dibebaskan daripada dakwaan memplagiat lagu Shape Of You dalam satu perbicaraan di London.


IG Sheeran

Tuntutan ke atas Thinking Out Loud pada asalnya dibuat pada 2018 oleh pegawai pelaburan, David Pullman dan sebuah syarikat bernama Structured Asset Sales, yang memperoleh sebahagian daripada royalti Let's Get It On bersama komposernya, Ed Townsend.


Dengan permohonan ganti rugi AS$100m, mereka mendakwa bahawa Sheeran dan seorang lagi komposer, Amy Wadge, "meniru dan mengeksploitasi, tanpa kebenaran atau kredit" lagu Gaye, "termasuk tetapi tidak terhad kepada melodi, irama, harmoni, drum, bass line, suara latar, tempo, sinkopasi dan looping".

Pada Khamis, Hakim Louis Stanton berkata, perselisihan pendapat antara kedua-dua belah pihak merupakan alasan untuk mengarahkan perbicaraan sivil dijalankan.

Prospek perbicaraan juri akan menjadi sesuatu yang sukar untuk Sheeran. Peguam hak cipta sering berhujah bahawa juri menghadapi kesukaran untuk memahami kerumitan undang-undang hak cipta, dan mengapa persamaan antara dua buah lagu tidak semestinya bukti plagiarisme.

Pada perbicaraan lagu Shape of You pada Mac lalu, penyanyi itu bersama dua komposer lain, John McDaid dan Steven McCutcheon menghadapi tuduhan memplagiat lagu Oh Why, dendangan Sami Chokri dan Ross O'Donoghue.

Bagaimanapun, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa mereka "tidak sengaja atau tidak sedar" memplagiat lagu tersebut, dan Sheeran serta dua lagi defendan menerima pampasan £900,000 dalam kos.

"[Dakwaan itu] merosakkan industri penulisan lagu. Kebetulan pasti akan berlaku jika 60,000 lagu dikeluarkan setiap hari. Ini bermakna 22 juta lagu setahun, dan hanya 12 notasi boleh digunakan," kata Sheeran selepas keputusan hakim.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 2-10-2022 09:22 PM
Tak sama pun... Ke daku pekak
Quote Page88 2-10-2022 10:52 PM
$100 Million. Damn!!!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.181993 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top