CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Kekasih Dah Sedia, Raysha Rizrose Dah Ada Perancangan Nak Kahwin

29-9-2022 09:36 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2826| Komen: 22|Original author: LilRose

Description: Pernah putus cinta dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, 29, Raysha Rizrose mendedahkan sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.
Pernah putus cinta dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, 29, Raysha Rizrose mendedahkan sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.


Kredit foto: IG

Berkongsi perjalanan kisah percintaannya kepada Harian Metro, Raysha, 26, sepanjang 10 tahun percintaan mereka sejak sekolah menengah, mereka pernah pernah putus hubungan selama empat bulan, sebelum hatinya cair ditawan semula oleh Nabil.

"Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun. Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.



Kredit foto: IG

"Tapi, semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan. Cuma, saya yang perlukan masa lagi dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, mereka menjalin hubungan jarak jauh (LDR) kerana tuntutan karier Nabil yang memerlukannya lebih banyak berada di luar negara.


Kredit foto: IG

"Sepanjang tempoh 10 tahun ini, kami saling memahami tuntutan karier masing-masing. Malah, kalau ada masalah pun, kami segera berbincang dan selesaikannya. Tapi, tipulah kalau kami tak pernah bergaduh dan merajuk.

"Apapun, pada umur sekarang kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi," katanya mengakui belum dirisik buah hatinya itu.


Kredit foto: IG

Raysha akui mahu merasa detik dirisik dan bertunang sebelum menjalani proses berkahwin seperti kebanyakan wanita lain.

Pun begitu, Raysha berkata, dia mahukan majlis yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai.


Kredit foto: IG

Bila nak merisik tu? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 29-9-2022 09:51 PM
oh dia masih dengan laki ni ya, ingatkan break dah haritu
Quote mendeluk 29-9-2022 10:24 PM
Edited by mendeluk at 29-9-2022 10:27 PM

Minta mne2 producer kalau baca comment i. Boleh tak buat satu movie gandingan
Raysha, Rita Nadira, Elvina dgn Nynaa Harizal or Zahirah.

Mcm 4 girls going out for vacation in Croatia. Then timpa trouble mcm ala2 movie the weekend away. I tengok 4 girlzz ini mcm ada same vibe. Hot and ada standard. Masing2 jaga personaliti… in term of ages pun lebih kurang.
Quote tomiko_haza 30-9-2022 12:15 PM
mendeluk replied at 29-9-2022 10:24 PM
Minta mne2 producer kalau baca comment i. Boleh tak buat satu movie gandingan
Raysha, Rita Nadira,  ...

mcm best je kalau wat movie ni.
lps tu smpai kt tmpt vacation tu dh jln2 semua, salah sorang kene culik ke etc2
then plot twist one of them yg plan benda tu sbb jeles or nak duit..
haa abest kan2
Quote mendeluk 10-10-2022 09:44 PM
Edited by mendeluk at 10-10-2022 09:45 PM
tomiko_haza replied at 30-9-2022 12:15 PM
mcm best je kalau wat movie ni.
lps tu smpai kt tmpt vacation tu dh jln2 semua, salah sorang kene ...


Meols baru perasan komen u. Dh lama tak buka forum

Takde sape lagi yang buat cerita ala2 the weekend away. Rasanya kalau Raysha, Rita Nadira, Elvina, Nynaa Harizal and Zahirah berlakon together memang meletop. Mcm girls trip movieezz.. Lima2 pelakon ini pun ada strong personality..
Quote iena_jr 10-10-2022 09:46 PM
Meols ingat dah kawen
Quote she 10-10-2022 09:47 PM
mendeluk replied at 29-9-2022 10:24 PM
Minta mne2 producer kalau baca comment i. Boleh tak buat satu movie gandingan
Raysha, Rita Nadira,  ...

Setuju
Macik suka juga deme ni
Kita tengok click deme ni macam ada something istimewa
Sampaikan pasangan memasing cinta mati kat deme
Quote mendeluk 10-10-2022 09:49 PM
she replied at 10-10-2022 09:47 PM
Setuju
Macik suka juga deme ni
Kita tengok click deme ni macam ada something istimewa

Yg suka buat moviee ala2 matsalleh mcm ini bernard chauly je kan.

bernard chauly Plis notice our comments
Quote Acikgomen 10-10-2022 10:28 PM
Helehhhhh belum buat keputusan kununnnnn
Padahal baju nikah dah siap
Quote bedahmenjuyah 10-10-2022 11:27 PM
Baiklah tahniah
Quote Nham22 10-10-2022 11:50 PM
Bf die ade connection ke dgn laki nina harizal tu.. Muka lebih kurang ja... Muka king contorol
Quote DeLuna85 11-10-2022 12:27 AM
Dan pada aku dia ni Lebih cantik dari kakak2nya
Quote adelea 11-10-2022 12:39 AM
mendeluk replied at 29-9-2022 10:24 PM
Minta mne2 producer kalau baca comment i. Boleh tak buat satu movie gandingan
Raysha, Rita Nadira,  ...

Wahhh macam best je…
Quote she 11-10-2022 03:44 AM
mendeluk replied at 10-10-2022 09:49 PM
Yg suka buat moviee ala2 matsalleh mcm ini bernard chauly je kan.

bernard chauly Plis notice our ...

Haah
Tak pun yang macam Istanbul Aku Datang tu
Comel
Quote mzsnam 11-10-2022 04:42 AM
Suara dia nyanyi lagu aina abdul best.jujur i ckp suara dia lg sedap dari aina abdul
Quote heythere123 11-10-2022 09:25 PM
DeLuna85 replied at 11-10-2022 12:27 AM
Dan pada aku dia ni Lebih cantik dari kakak2nya

setuju tapi raysha ni dia takleh mekap tebal nanti nampak tua
Quote F685 11-10-2022 10:16 PM
Bakal mak mertua/ibu NJ ni dulu antara boss di TV3 masa zaman Jom Heboh tgh rancak.
Now jadi Penasihat Media DS Reezal Merican.

NJ ni pun dok rancak main forex.
Quote carlalily 11-10-2022 11:23 PM
DeLuna85 replied at 11-10-2022 12:27 AM
Dan pada aku dia ni Lebih cantik dari kakak2nya

Iols tgok dpn2 dua tiga hari lps… biasa2 je..Kulit pun mcm x flawless gitu..
Quote Lily_Elizabeth_ 11-10-2022 11:52 PM
carlalily replied at 11-10-2022 11:23 PM
Iols tgok dpn2 dua tiga hari lps… biasa2 je..Kulit pun mcm x flawless gitu..

You tgk kat mana ?. I tgk deme in person kat depan Zara kat OU ( one utama shopping mall ). Masing masing tak tinggi mana tapi badan runcing petite tapi nampak lah lawa deme deme ni dari kapel lain.

I bagi 8 per 10 hihi
Quote carlalily 12-10-2022 12:02 AM
Lily_Elizabeth_ replied at 11-10-2022 11:52 PM
You tgk kat mana ?. I tgk deme in person kat depan Zara kat OU ( one utama shopping mall ). Masing ...

Kt kedai mkn…mmg kurus n cerah. Iols perasan bf dia dulu baru perasan dia . Tu pun x ingat nama lpstu baru mcm dok pikir mana aku penah tgok minah ni. Dulu2 selalu terjumpa hakak2 dia kt belah DP so kalau compare nely kot bagi iols paling manis mukanya.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-2-2023 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.091562 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top