CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Saja Cari Pasal! Suka-suka Palsu Nombor Plat, Elak Bayar Hutang

24-9-2022 06:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 595| Komen: 0

Description: Padahmemalsukan nombor pendaftaran motosikal, dua remajaditahan dalam OP Motosikal awal pagi ini.Salah seorang remaja terbabit memberi alasan sekadar untuk suka-suka menggunakan nombor pendaftaran 4Y1 ...
Padah memalsukan nombor pendaftaran motosikal, dua remaja ditahan dalam OP Motosikal awal pagi ini.


Salah seorang remaja terbabit memberi alasan sekadar untuk suka-suka menggunakan nombor pendaftaran 4Y1E (Ayie), namun perbuatannya itu menyalahi undang-undang.


Antara motorsikal yang disita. FOTO Ihsan Polis

Manakala seorang lagi yang ditahan memalsukan nombor pendaftaran kenderaannya bagi mengelak membayar hutang motosikal.

Menurut Facebook Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, operasi dijalankan bermula jam 2 pagi hingga 4 pagi di sekitar pusat bandar menahan remaja terbabit berusia 18 dan 19 tahun.

"Mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan akan dituduh mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

"Selain itu enam remaja lelaki berusia 16 hingga 21 tahun ditahan selepas terbabit dalam samseng jalanan," katanya.

Katanya, mereka dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

"Tiga motosikal turut disita dan 106 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2022 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.068382 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top