CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Berlatih Memanah Dengan Serang Anjing Liar Di Setapak

24-9-2022 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3422| Komen: 70

Description: Kejam. Itu perkataan tepat bagi menggambarkan tindakan seorang lelaki apabila tergamak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan anak panah.Kejadian yang dikatakan berlaku di satu kawasan di S ...
Kejam. Itu perkataan tepat bagi menggambarkan tindakan seorang lelaki apabila tergamak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan anak panah.

Kejadian yang dikatakan berlaku di satu kawasan di Setapak, Wangsa Maju di sini, pada Rabu itu dirakam seorang individu dan turut dikongsi oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) di media sosial.


FB SAFM

Menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu, kelihatan seorang lelaki memegang panah sebelum beberapa kali melepaskan anak panah ke arah anjing.

SAFM dalam kenyataan bersama video yang dikongsi di Facebook memaklumkan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu.


"Menurut video yang dihantar, suspek kelihatan mengambil busur dan anak panah sambil mengekori seekor anjing terbiar.



"Suspek tanpa membuang masa menembak anjing malang itu apabila dia mempunyai peluang. Anjing ini didapati mati dengan anak panah masih tertanam dalam mukanya," kata SAFM.

SAFM meminta saksi kejadian untuk tampil supaya pesalah yang melakukan perbuatan zalim itu boleh ditangkap dan didakwa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, tiada laporan polis diterima setakat ini.


Video: Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia - SAFM

Bagaimanapun, beliau berkata, polis kini sedang berusaha mengesan suspek.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 24-9-2022 06:32 PM
Sewel?


Quote 7doors 24-9-2022 07:02 PM
Yang rakam tu x p tegur ka? Cer ak latih panah kaki kau pulak..anjing tu xda kacau org pun kn..gila
Quote orangbiasaje 24-9-2022 07:30 PM
7doors: Yang rakam tu x p tegur ka? Ce ...


Nak tegur, silap2 tetiba anak panah terbenam kat dada sendiri...
Quote imanjannah 24-9-2022 07:34 PM
gila ke apa ni?
Quote Perawankota 24-9-2022 07:39 PM
Mental ke?
Quote Nokiaman 24-9-2022 08:06 PM
Ummah Melayu Isle.....katanya anjin tu najis...
Lebih baik dibunuh .....itulah suara yg bisik ditelinganya tu....
Quote blue_blur 24-9-2022 08:15 PM
bangsat... anjing liar bukan ertinya anjing yang jenis asal jumpa orang dia kekah...hampir dah tak jumpa yang jenis serang manusia... takat acah2 nyalak nak kejar tu biasa la...
mostly anjing liar kat kawasan banyak manusia, kalau tenung mata dia, sayu je...
dia cuma nak makan minum tidur aja.. yang baby pulak, masih happy belum kenal manusia durjana masih boleh main2 happy tepi jalan.. sian..
Quote jejaka_hensem 24-9-2022 08:41 PM
Semoga laki sial ni kena panah dgn petir time dia panah anjing tu
Quote La_Quica07 24-9-2022 09:00 PM
Nasib baik la forumers sini masih faham kesakitan anjing tu, kalo komen kat fb silap2 depa suruh ambik bawak balik bela pulak
Quote kemaruk 24-9-2022 09:00 PM
dari segi pakaian macam indon jah
Quote she 24-9-2022 09:05 PM
Bodoh!

Legolas dan Robin Hood pun berlatih manah tak guna haiwan
Quote akies 24-9-2022 09:09 PM
Yang memanah ni geng2 kelab memanah ke?
Quote Mamijarum06 24-9-2022 09:26 PM
Byk club memanah skrg. Harap2 kes terpencil dia terlepas kandang lepas gian kat luar padang. Jgn breeding extremist sudah. Tiba2 pakat keluar manah anjing pulak.
Quote bakingsoda 24-9-2022 09:45 PM
mula2 bunuh anjing, lama2 bunuh manusia. jauhi la makhluk yg suka dera haiwan. mmg spesis berhati syaitan
Quote seripahzeripah 24-9-2022 09:47 PM
ni berangan nak jadi hawk eye la ni...
Quote Radzor 24-9-2022 09:50 PM
Time anjing liar berkeliaran persatuan haiwan diam je. Time kne panah boleh pulak sebok nak cari orang tu. Cuba la sebok cari haiwan liar sblm kne panah
Quote bakingsoda 24-9-2022 10:01 PM
Radzor replied at 24-9-2022 09:50 PM
Time anjing liar berkeliaran persatuan haiwan diam je. Time kne panah boleh pulak sebok nak cari ora ...

mana ko tau diam? ramai dah usaha buat rescue, foster, buat shelter tapi yg laju menyumbangnya haiwan yg nak dibuang je, tak nak terima dia datang buang senyap2. asal rescuer, shelter je jd port penternak laknat amik kesempatan transfer dosa. kos pon laju bertambah, ngo yg run shelter kena ada sumbangan, kalau takde sumbangan kena kerja, kalau kerja takde masa nak handle haiwan2 dlm shelter, kena hire penjaga lain, kena bayar gaji la. aku cadangkan spesis cam ko je yg berambos dr bumi! bila masa Tuhan bagi ko geran jd pemilik bumi, dibenarkan halau haiwan2 yg mata syaitan dan hati iblis ko tak suka tengok?
Quote midori888 24-9-2022 10:07 PM
bakingsoda replied at 24-9-2022 10:01 PM
mana ko tau diam? ramai dah usaha buat rescue, foster, buat shelter tapi yg laju menyumbangnya hai ...



ada kenal org yg dulu hobinyer tangkap anjing liar. Lepas tu dia bawa gi vet, inject apa semua. Bela kasi elok cantik, lps tu carik org utk adopt. Dulu lah skrg taktau dia rajin buat lagi ker tak.
Quote Mamijarum06 24-9-2022 10:11 PM
bakingsoda replied at 24-9-2022 10:01 PM
mana ko tau diam? ramai dah usaha buat rescue, foster, buat shelter tapi yg laju menyumbangnya hai ...

Setuju. Mane ade diam. So many badan putting efforts. Tak baik tau ckp diorg diam. Nonsuch thing lah

Lihat semua komen(70)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.104326 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top