CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

KJ Risau Belum Ada Kawasan Untuk Bertanding

24-9-2022 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1177| Komen: 14

Description: Khairy Jamaluddin (KJ) mengakui bimbang masih belum ada kawasan yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Khairy Jamaluddin (KJ) mengakui bimbang masih belum ada kawasan yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kerisauan mengenai kelangsungan kerjaya politiknya melebihi kebimbangan Jemaah Menteri mengenai sama ada PRU15 akan diadakan pada tahun ini atau sebaliknya.


FB KJ

“Kebimbangan saya sekarang ini adalah tiada lagi kawasan untuk bertanding (pada PRU15),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perubatan Dermatologi dan Estetik Asia di Kuala Lumpur, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kebimbangan yang dikatakan dibangkitkan Jemaah Menteri pada mesyuarat Rabu lalu berhubung PRU15.


Antara kebimbangan yang dibangkitkan termasuk musim banjir, selain mempertimbangkan keputusan enam negeri yang tidak setuju untuk membubarkan DUN jika Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Awal bulan ini, Khairy mengesahkan beliau tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Rembau selepas diarah mengosongkannya oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di kerusi itu.

Mohamad yang juga timbalan presiden Umno dan pengarah pilihan raya BN kemudiannya mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada PRU15, namun tidak menyatakan sama ada di Rembau atau di lokasi lain.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, kedudukan calon dan kerusi bagi BN mahupun Umno belum dimuktamadkan dan kenyataannya berkaitan Rembau sebelum ini hanya mengenai soal kesiapsiagaan jentera parti.

Membalas kenyataan itu, Khairy menegaskan pendedahannya benar dan beliau akan menyelesaikan isu itu secara tertutup.


Sumber: Suara Merdeka/FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 24-9-2022 07:23 PM
umno sendiri cuba menguburkan karier politik KJ
Quote Voyagers 24-9-2022 07:32 PM
rasanya lawan lah dekat tampin

Quote Perawankota 24-9-2022 07:39 PM
Memang kena bertanding kt n9 jugak ke
Quote white_musk 24-9-2022 07:56 PM
Perawankota replied at 24-9-2022 07:39 PM
Memang kena bertanding kt n9 jugak ke

Cuba suruh dia tanding di Parlimen Tereasa kok
Quote Perawankota 24-9-2022 07:59 PM
white_musk replied at 24-9-2022 07:56 PM
Cuba suruh dia tanding di Parlimen Tereasa kok

Nanti Sendiri maluuuu
Quote stingerbumpy 24-9-2022 08:24 PM
Question....will kawasan Bera  ditandingi oleh the incumbent Pak Mael? Will BE ENd calonkheun dia?
Quote Suchi 24-9-2022 09:41 PM
nikaido replied at 24-9-2022 07:23 PM
umno sendiri cuba menguburkan karier politik KJ

Begitulah dunia politik, hanya utk yg licik dan keji je

Quote mojarean_X 24-9-2022 09:48 PM
Ramai lg pelapis2 baru dlm umno yg lagi bijak dan hebat dari ko KJ. Cuma mereka x de peluang nk naik
Quote bakingsoda 24-9-2022 09:49 PM
cuba kat marang kawasan mp kaki ponteng aku rasa boleh menang, org ganu suka tukar2 gomen
Quote Orenn1 25-9-2022 03:56 AM
Lawanlah tokmat tu
Quote Rogue98 25-9-2022 04:23 AM
Kalau arahan presiden umno pun taknak dengar jangan haraplah presiden nak bagi kau bertanding atas tiket umno.
Quote Flake123 25-9-2022 07:18 AM
Rogue98 replied at 25-9-2022 04:23 AM
Kalau arahan presiden umno pun taknak dengar jangan haraplah presiden nak bagi kau bertanding atas t ...

dalam umno ni presiden serupa dewa ke apa takleh bantah langsung?
Quote stingerbumpy 25-9-2022 10:12 AM
Rogue98 replied at 25-9-2022 04:23 AM
Kalau arahan presiden umno pun taknak dengar jangan haraplah presiden nak bagi kau bertanding atas t ...

His days are numbered...dia perlu act fast...because if he waits till parlimen dibubarkheunz likely he will either say goodbye to his polical career or he may choose to join other party...sebab aku yakin selagi zahid komedi masih presiden humngok...he will unlikely be fielded as BN candidate anywhere...anymore
Quote Firenzza 3-10-2022 08:27 PM
Apa kata kj tanding kt pekan plk

Lihat semua komen(14)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.084896 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top