CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengaku Makan Daging Lelaki Dibunuhnya Selalu Makan Buah Zakar Lembu

24-9-2022 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 989| Komen: 13

Description: Seorang lelaki di Michigan, Amerika Syarikat mengaku bersalah terhadap pertuduhan membunuh, memotong dan memakan daging lelaki yang dibunuhnya tiga tahun lalu, lapor The Independent.Mark David Latunsk ...
Seorang lelaki di Michigan, Amerika Syarikat mengaku bersalah terhadap pertuduhan membunuh, memotong dan memakan daging lelaki yang dibunuhnya tiga tahun lalu, lapor The Independent.


Mark David Latunski, 52, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Matthew J Stewart di Mahkamah Daerah ke-35, Michigan, pada Khamis berdasarkan laporan MLive.com.


New York Daily News

Lelaki berkenaan mengaku bersalah atas tuduhan 'membunuh secara terbuka' dan mencacatkan mayat. Terma 'membunuh secara terbuka' mengandungi kedua-dua tahap pembunuhan mengikut undang-undang negara itu, iaitu pada peringkat pertama dan kedua.


Perbicaraan pada 18 Oktober depan akan menentukan sama ada Latunski disabitkan dengan sabitan 'membunuh secara terbuka' atau pembunuhan peringkat pertama dan kedua.

Latunski dalam pertuduhan itu didakwa membunuh, memotong dan memakan bahagian tubuh mangsanya, Kevin Bacon, 25, pada 2019.

Polis menemukan mayat Bacon yang 'dicacatkan' di ruang bawah tanah kediaman Latunski beberapa hari selepas pembunuhan itu.

Menurut laporan polis, Bacon ditikam, digantung daripada pergelangan kakinya, dikelar kerongkong dan kemudian bahagian badannya dikeluarkan dan dimakan oleh Latunski.

Jika Latunski disabitkan kesalahan, dia berdepan kemungkinan hukuman penjara seumur hidup.

Peguam Latunski, Mary Chartier berkata, dia menghormati keputusan anak guamnya untuk mengaku bersalah tetapi percaya dia lebih sesuai dijaga dalam keadaan klinikal dan bukan di penjara.

Berdasarkan laporan WNEM, Bacon dan Latunski bertemu melalui aplikasi temu janji Grindr.

Latunksi dilaporkan mengaku kepada penyiasat bahawa dia memberitahu Bacon, dia boleh membantunya 'menghilang'.

Latunksi menikam lelaki itu di belakang leher, tetapi kemudian mengelar lehernya selepas menyedari dia masih hidup.

Lelaki itu mendakwa dia melakukan itu untuk memastikan Bacon tidak menderita.

Latunksi memberitahu penyiasat, dia sering memakan tiram Rocky Mountain, buah zakar lembu jantan dan memutuskan untuk melakukan perkara yang sama dengan bahagian badan Bacon.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) Bacon ditemui dalam kuali di dapur rumah Latunski dan DNA Latunski ditemui pada pemegangnya, antara bukti penting kes itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-9-2022 07:40 PM
Kanibal.. Apalah rasa daging manusia
Quote Mamijarum06 24-9-2022 09:27 PM
Ewwww. Hilang selera ioll
Quote dauswq 24-9-2022 09:32 PM
cannibal gay ni mcm jeffrey dahmer tu kan?
Quote missyL 25-9-2022 01:06 AM
Ramai i rase kanibal kt usa nie
Mesti ade dark web jual dgg manusia
Seram nye
Quote missyL 25-9-2022 01:07 AM
dauswq replied at 24-9-2022 09:32 PM
cannibal gay ni mcm jeffrey dahmer tu kan?

Baru bace Wikipedia die td
Btol gile die nie
Quote sharlenetexas 25-9-2022 01:07 AM
Sewel?


Quote matbad 25-9-2022 02:08 AM
tu pn jgn kat US ni kata Islam pengganas la bagai. rakyat depa yg ganas makan dgg sesama sndrik tak ganas plak
Quote dudaberhias 25-9-2022 02:15 AM
scarynya baca berita ni... muka laki tu pun persis psychopath..
ada la iols tengok siri netflix yang jeffrey dahmer tu katanya dia rasa sedap pegang2 daging ke organ manusia eeee sampai situ je iols tengok... sebab ngeri siri2 macamtu... terus iols kalih tengok jejan herlokkk winx saga S2...
Quote liyamariska 25-9-2022 06:07 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental dan hilang perikemanusiaan...
Quote harisbee 25-9-2022 08:35 AM
matbad replied at 25-9-2022 02:08 AM
tu pn jgn kat US ni kata Islam pengganas la bagai. rakyat depa yg ganas makan dgg sesama sndrik tak  ...

Biasala kaku non muslim..masalah mental...kalu .uslim..terorrist
Quote Supersirap 25-9-2022 09:53 AM
Baru tengok mini series kat netflix pasal pembunuh  bersiri dan makan mangsanya
Quote whimsicalmusic 26-9-2022 01:38 AM
Tgk movie ‘fresh’ psl jual daging manusia ni..die culik and bg mangsa dia makan bnda2 bagus utk keep them healthy. Lpas tu die buat procedure bedah satu2 part tp xbunuh diorg..jual kt client tp mmg mahal la.
Quote Highflyer19 26-9-2022 03:36 AM
Another cannibal...

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.091512 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top