CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

‘Dah Tiba Masa PAS Tinggalkan Bersatu, Itulah Harapan Yang Sebenar’ - Jamal Yunos

24-9-2022 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 341| Komen: 0

Description: Sudah sampai masanya Pas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi memperkukuh Muafakat Nasional (MN).Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, ini ...
Sudah sampai masanya Pas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi memperkukuh Muafakat Nasional (MN).

Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, ini kerana beliau yakin kedua-dua parti itu akan mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, sama seperti seperti sokongan yang diberikan sewaktu siri Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini. 

“Sudah sampai masanya untuk Pas meninggalkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) supaya boleh mudah diterima. Bergabung kembali dengan UMNO untuk membolehkan MN seiring seperti apa yang telah dirancang. Banyak mesyuarat-mesyuarat, perbincangan telah pun dilakukan di peringkat awal, tetapi akhirnya tergendala ataupun boleh dikatakan hampir musnah kerana gabungan antara Pas dan juga Bersatu. 


FB Jamal


“Jadi, saya menyarankan, sudah sampai waktunya untuk Pas membuat keputusan meninggalkan PN dan kembali ke dalam penyatuan ummah iaitu di bawah MN. Saya yakin dan percaya di atas kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Pas dan juga akar umbi daripada Pas, itulah harapan yang sebenar,” katanya kepada pemberita, semalam. 

Jelas Jamal lagi, Pas tidak memperoleh sebarang keuntungan sekiranya meneruskan kerjasama dengan Bersatu. 

“Formulanya, Pas lagi untung banyak bila bergabung dengan UMNO di bawah Muafakat Nasional berbanding PN yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin katak dan pemimpin-pemimpin yang khianat bersama sendiri,” katanya lagi. 

Dalam perkembangan berkaitan, tabung ‘Bela Jamal’ turut dilancarkan bagi membiayai kes-kes mahkamah dihadapi Jamal, dianggarkan berjumlah kira-kira RM600,000.

Menurut Badan Bukan Kerajaan (NGO) Gabungan Solidariti Anak Malaysia (GSAS), Faizal Zakaria, anggaran itu termasuk kes tuntutan pemimpin DAP, Teresa Kok terhadap Jamal kerana pendedahan kecuaian serta kelemahan pengurusan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sehingga memungkinkan berlaku penyelewengan dana awam. 

“Tabung Solidariti ini adalah penting untuk kita sama-sama memberikan isyarat yang jelas bahawa setiap perjuangan memerlukan sokongan, kesepakatan dan perpaduan semua untuk kita terus melawan dan mencapai kemenangan. 

“Pihak GSAS sangat yakin banyak pihak atau individu yang mempunyai kesedaran dalam semangat perjuangan ini sudi tampil membantu Datuk Seri Jamal kerana perjuangan yang beliau laksanakan dalam kes-kes ini adalah untuk membongkar penyelewangan, membela hak rakyat dan memastikan ketelusan dalam tadbir urus kerajaan khususnya di Negeri Selangor, “ujarnya lagi.

Setakat hari pertama pelancarannya, Faizal berkata, kutipan dana yang diperolehi setakat ini mencecah RM200,000.  


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065494 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top