CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Van ‘Ditelan’ Lubang Besar Di Jalan Kepong

24-9-2022 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1805| Komen: 13

Description: Sebuah van terjatuh ke dalam lubang besar (sinkhole) di Jalan Kepong, Kuala Lumpur, mengakibatkan sebahagian kenderaan tersebut terperosok.
Sebuah van terjatuh ke dalam lubang besar (sinkhole) di Jalan Kepong, Kuala Lumpur, mengakibatkan sebahagian kenderaan tersebut terperosok.


Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi Jumaat.


Sebuah van 'ditelan' oleh lubang jalan di Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Pemandu van yang hanya mahu dikenali sebagai Kuah berkata, dia memandu ke arah Sungai Buloh apabila menyedari bahagian belakang kenderaan dipandunya terperosok ke dalam lubang.

“Saya keluar dari van untuk selamatkan diri. Terdapat takungan air di jalan raya,” katanya.


Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata polis menutup kawasan itu serta-merta dan melencongkan lalu lintas.

“Punca lubang tersebut belum dapat dipastikan tetapi terdapat banyak air yang keluar dari dalamnya.

“Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Air Selangor segera bertindak balas dan pegawai mereka berada di lokasi untuk melihat keadaan.

“DBKL berjaya menarik keluar van tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi,” katanya. 


Sumber: THE STAR/mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 24-9-2022 06:27 PM
Dekat tu laluan LRT / MRT kan..bahaya gila kalau tiang LRT tu jatuh dlm lubang ...mau jatuh landasan atas tu ke bawah
Quote sharlenetexas 24-9-2022 06:32 PM
Paip pecah ke?


Quote Perawankota 24-9-2022 07:42 PM
Gila lubang besar mcmtu..
Quote gekkou 24-9-2022 07:47 PM
wow..kalau tiang yang besar tu runtuh
sbb tanah mendap?
Quote cikmouse 24-9-2022 07:48 PM
gekkou replied at 24-9-2022 07:47 PM
wow..kalau tiang yang besar tu runtuh
sbb tanah mendap?

Gilerrrrrrrrrr seram tuuuu...
Quote anony-mous 24-9-2022 07:56 PM
noor2 replied at 24-9-2022 06:27 PM
Dekat tu laluan LRT / MRT kan..bahaya gila kalau tiang LRT tu jatuh dlm lubang ...mau jatuh landasan ...

Seram pulak komen ni
Quote TeropongThaico 24-9-2022 08:15 PM
Kesiannya. Harus terperanjat sakan.. tengah syok layan lagu tiba2 bontot van jatuh ke bawah
Quote Kancilkering 24-9-2022 08:25 PM
gleh ah tanah mendap terus ada sink hole sebesar alam……

x confident je tiang mrt tu i tgk….harap x ganggu foundation tiang tu…..
Quote Mamijarum06 24-9-2022 09:30 PM
Ghisauu. Selalu lalu jln ipoh. Mana2 pun mcm dah selamat rasa. Dgn banjir, hujan kerap. Kalau boleh scan tgk mcm mana la ghupe structure dalam tanah skrg ni.
Quote matchstick 25-9-2022 12:03 AM
noor2 replied at 24-9-2022 06:27 PM
Dekat tu laluan LRT / MRT kan..bahaya gila kalau tiang LRT tu jatuh dlm lubang ...mau jatuh landasan ...

Pier tu ada pile dalam lagi kot..rasanya not affected kalau setakat sinkhole sbb paip pecah at 3-4m depth.
Quote stingerbumpy 25-9-2022 12:09 AM
Mamijarum06 replied at 24-9-2022 09:30 PM
Ghisauu. Selalu lalu jln ipoh. Mana2 pun mcm dah selamat rasa. Dgn banjir, hujan kerap. Kalau boleh  ...

Nasib baik van....kalo penunggang motor yg lalu sedang permukaan mendap?....dah boleh jadi kubur penunggangbya tak payah cari tanah perkuburan lagi...bak pepatah dimana tanah ko dimendapkhen...disitu ko dikebumikheun...

I

Quote cheezel 25-9-2022 01:14 AM
Selalu baca kes cmni kat luar negara je
Quote Mamijarum06 25-9-2022 12:58 PM
stingerbumpy replied at 25-9-2022 12:09 AM
Nasib baik van....kalo penunggang motor yg lalu sedang permukaan mendap?....dah boleh jadi kubur p ...

Kan...nak imagine pun seram

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2022 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.078067 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top