CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kahwin Umur 17 Tahun, Dua Hari Jadi Isteri Dah Bercerai- Wanita Enggan Digelar Janda

24-9-2022 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3810| Komen: 50

Description: Video perkongsian seorang gadis dengan kapsyen 'kenapa sudah jadi janda, baru 17 tahun' pastinya mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.
Video perkongsian seorang gadis dengan kapsyen 'kenapa sudah jadi janda, baru 17 tahun' pastinya mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, di usia belasan tahun, dia bukan sahaja sudah mendirikan rumah tangga malah turut mendedahkan telah bercerai.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, remaja berkenaan menyatakan jodoh dan maut semuanya Allah yang tentukan.


Foto: mStar

"Jangan paksa seseorang untuk mencintai kamu. Tapi biarkanlah dia datang dengan hati yang ikhlas dan kejujuran hatinya," tulisnya ringkas.


Berkongsi perjalanan hidupnya dengan mStar, Noranah Roni mengakui keputusan berpisah itu dibuat olehnya dan pasangan.

Malah katanya, sepanjang tempoh perkahwinan, dia dan bekas suami tidak pernah tinggal bersama.

"Penceraian adalah jalan terbaik untuk saya dan bekas suami," ujar remaja yang berasal dari Semporna, Sabah, ini.

Meskipun perit untuk membawa gelaran 'janda' di usia remaja, namun baginya ia adalah hakikat yang perlu diterima.



Bagaimanapun, anak bongsu daripada enam beradik ini juga berharap dia tidak digelar janda kerana dirinya belum sempat menjalani bahtera rumah tangga seperti pasangan berkahwin yang lain.

"Kalau dikatakan janda, sebenarnya bukan juga sebab belum sempat menjalani kehidupan berumahtangga.

"Pada masa yang sangat singkat, dua hari terus saya bercerai... saya pun tak faham kenapa perlu label janda," luahnya.

Mendedahkan situasi yang dialami, ujar gadis jelita itu lagi, perkahwinan yang berlangsung pada 6 Jun lalu adalah atas kemahuan keluarga dan bukan didirikan atas dasar cinta.

Tambahnya, walaupun berat hati untuk bersetuju, tapi dia terpaksa akur demi menjaga hati ibu dan bapanya.

"Saya bernikah atas sebab kemahuan keluarga. Jadi dengan tidak rela saya akur saja pada keadaan semasa ketika itu.

"Bagi saya keluarga adalah keutamaan dalam hidup, oleh itu tidak mahu mengecewakan mereka," jelasnya.

Bagaimanapun, selepas segala urusan berkaitan perkahwinan selesai, dia dan bekas suami sependapat untuk berpisah.

"Kami bercerai sebab itu pilihan kami berdua... kehendak keluarga juga sudah diikuti.

"Selepas berbincang dengan kedua belah pihak, maka keputusan untuk berpisah dipersetujui dengan cara baik.

"Alhamdulillah semua bersetuju dan kami menganggap setiap yang berlaku adalah sebuah takdir," imbaunya kembali.

Seperti pasangan bercerai yang lain, Noranah juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa makian dan kejian masyarakat.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui kisahnya pasti menyangka perkara tidak baik telah berlaku tambahan pula usianya baru belasan tahun.

Namun bagi wanita muda ini, dia enggan mengambil pusing setiap kata-kata nista tersebut sebaliknya mahu meningkatkan kualiti hidupnya di masa hadapan.

"Kata-kata negatif memang didengari tapi saya bersyukur sebab ada juga yang sudi memberi semangat.

"Bayangkan mereka menyatakan saya memalukan keluarga kerana bercerai di usia muda dan menjalani tempoh perkahwinan yang singkat. Tidak kurang juga yang menganggap saya membantah kata-kata orang tua.

"Ada juga yang mempersoalkan kenapa saya nikah kerana terlalu muda... apa pun, saya enggan mengambil pusing setiap kata-kata tersebut," katanya sambil menambah setiap yang berlaku adalah pengalaman hidup untuknya.

Bercerita mengenai perancangan masa hadapannya pula, ujar Noranah, jika diberi peluang dan kepercayaan dia ingin mencari pekerjaan.

Katanya, pada masa ini dia hanya menjaga kedai yang diusahakan ibunya di Semporna.

"Saya mahu cari pekerjaan sendiri sebab sekarang hanya menjaga kedai mak di kampung," katanya.

Terdahulu, video yang dikongsikan tular di aplikasi TikTok sehingga ditonton lebih 355,900 pelayar.

Meskipun ada yang memberi kata-kata kecaman, namun tidak kurang juga yang memberi sokongan selain menyifatkan setiap individu berhak untuk bahagia.

"Sabar... satu hari nanti kamu akan ditemukan kebahagiaan dengan orang yang tepat.

"Semoga bertemu pasangan suami yang soleh yang menjadikanmu taqwa kepada Allah.

"Semangat! Semoga mendapat yang lebih baik.

"Bersabarlah dengan dugaan Allah. InsyaAllah ada jodoh yang baik untuk awak," ujar beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 24-9-2022 04:53 PM
Kau mcm jd bangga jd janda dik..
Org lain senyap2 je cerai.. ni kau upload tiktok sampai viral..
Quote Belibis 24-9-2022 04:55 PM
Janda lah sebab dah kena cerai..janda berhias sebab belum kena jimak.
Quote Zack8hunter 24-9-2022 04:56 PM
"jgn gelar saya janda!" ujar Noranah sambil upload kisahnya yg berkahwin hanya 2 hari di TikTok demi secebis likes
Quote jazaa100 24-9-2022 04:58 PM
Kau pedajal mak pak kau.....

Dah hbis ribu riban, dua hari pastu kau bercerai.....padan muka mak pak aku....nk aku kawin sgt kannnn.....
Quote namr 24-9-2022 05:00 PM
budak ni lembam ke
Quote krustykrab 24-9-2022 05:03 PM
So, kitaorg nk kena buat apa ni?
Quote aechae 24-9-2022 05:08 PM
Umur2 gini belajar jelah biar x pndai tp belajar okeh?
Quote JDT 24-9-2022 05:15 PM
Kenapa tak duk senyap2 je, dari orang tak tahu dah tersebar merata.....janganlah femes sebab benda tak elok ni.
Quote Tembikaigoreng 24-9-2022 05:34 PM
Kalau belum ehem² makna nya tu kau janda berhias lah.... Gitu istilahnya
Quote Lily_Elizabeth_ 24-9-2022 06:03 PM
Kejadian dimana.
Indon ke malasia?
Quote kakikuDibibirmu 24-9-2022 06:12 PM
Lain janda lain rasa tu yang tak menahan tu
Quote kakikuDibibirmu 24-9-2022 06:13 PM
Tembikaigoreng replied at 24-9-2022 05:34 PM
Kalau belum ehem² makna nya tu kau janda berhias lah.... Gitu istilahnya

Bekas bini Nazim Rogayah Othman tersenyum sinis
Quote matchstick 24-9-2022 06:17 PM
Saje promote diri ke dekk
Quote matchstick 24-9-2022 06:19 PM
Buat penat dan buang masa je org pegi Majlis kawen ko..
Quote batmana 24-9-2022 06:40 PM
pempuan ni pelik2
jadi janda pun post video

tgk org lelaki, jadi duda pn rileks je
Quote Perawankota 24-9-2022 08:33 PM
Mcm2 hal...
Quote Nokiaman 24-9-2022 09:26 PM
aechae replied at 24-9-2022 05:08 PM
Umur2 gini belajar jelah biar x pndai tp belajar okeh?

Belajo memantat je laa....mesti tahap PHD.....kalah minah porn Sunny leone tu...

Quote sharlenetexas 24-9-2022 09:41 PM
Umur 17 kena apply kebenaran kahwin dgn pejabat agama.
Quote eyansss 24-9-2022 10:46 PM
bangga betul menyusahkan makbapak, menghabiskan masa, wang, keringat etc makpak keluarga sedaramara…  bangga sangat la mempermainkan institusi rumahtangga dan kekeluargaan…

Lihat semua komen(50)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.112009 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top