CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Bertatu Tunjuk Zakar Di Depan Pelajar Perempuan Sedang Ambil Wuduk

24-9-2022 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 759| Komen: 2

Description: Seorang lelaki bertatu ditahan polis kerana menunjukkan kemaluannya di hadapan sekumpulan pelajar perempuan.
Seorang lelaki bertatu ditahan polis kerana menunjukkan kemaluannya di hadapan sekumpulan pelajar perempuan.

Perbuatan tidak senonoh itu berlaku dalam kawasan sekolah ketika pelajar hendak mengambil wuduk di tandas.


Kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah agama (SMA) di Lampung Utara di Sumatera, Indonesia.


Foto: Kompas

Ketua Polis Lampung Utara, AKP Eko Rendi Oktama berkata, kejadian berlaku pada pukul 2 petang Rabu lalu di sebuah SMA di Kotabumi.

Suspek berusia 33 tahun menetap di Kotabumi Selatan dan merupakan penganggur.


Menurut keterangan pihak sekolah, suspek beberapa kali melakukan perbuatan lucah kepada sekumpulan pelajar perempuan sebelum ini.

Suspek dikatakan menceroboh masuk ke kawasan sekolah secara senyap-senyap.

Eko berkata, polis menemui bahan bukti berupa seluar dalam dan kondom di lokasi kejadian.

Katanya, seluar dalam tersebut merupakan milik suspek yang tertinggal sewaktu dikejar oleh penjaga sekolah sebelum ditahan polis.

"Pelaku berdepan dengan hukuman penjara lima tahun," kata Eko. - CARI

Sumber: mStar/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-9-2022 05:06 PM
Astaga
Sependa boleh.tertinggal
Punya la sangap..
Hanat sungguh
Nnt.dalam.jail.tunjuk lah lagi..berani ke.idak
Quote cmf_premierleag 24-9-2022 05:13 PM
Patutnya bdk2 pompuan tu jgn le takut..hangpa ramai kan...patut korang amik je baldi ke apa2 pi baling kt kepala dia
Or kalo ada penyapu or mop lantai ke,hempuk skali

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2022 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.085582 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top