CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pusat Penyembelihan Di Batu Caves Kotor Dan Jijik, Cincai Je Proses Ayam

24-9-2022 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 613| Komen: 4

Description: Kuala Lumpur: Lawatan mengejut jam 1 pagi membongkar kegiatan dua pusat penyembelihan ayam 'cincai' yang beroperasi dalam keadaan jijik selain dikesan membuang sisa darah ayam ke longkang.
Kuala Lumpur: Lawatan mengejut jam 1 pagi membongkar kegiatan dua pusat penyembelihan ayam 'cincai' yang beroperasi dalam keadaan jijik selain dikesan membuang sisa darah ayam ke longkang.


Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kegiatan itu dibongkar hasil operasi bersepadu terhadap pusat penyembelihan ayam di sekitar kawasan Perindustrian Batu Caves di sini, kelmarin.

Menurutnya, operasi bermula jam 1 pagi itu membabitkan 21 anggota Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan, Indah Water Konsortium (IWK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).


Foto: Harian Metro


"Sebanyak dua premis memproses ayam diperiksa sebelum pihak kami mengesan pelbagai kesalahan dilakukan pemiliknya.

"Dalam pemeriksaan di premis pertama, pihak kami mendapati pusat penyembelihan itu tidak memiliki sistem penapisan sisa efluen. Sisa sembelihan termasuk darah ayam dialirkan terus ke dalam sistem pembentungan IWK.

"Susulan itu pihak kami memberi nasihat berhubung peruntukan undang-undang perlu dipatuhi selain mengambil sampel pelepasan air sisa oleh petugas Span," katanya.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, pemeriksaan di premis ke dua pula mendapati lantai dan dinding di ruang pemprosesan ayam dalam keadaan berkarat, berlumut, berdaki hitam dan kotor.

"Malah, terdapat najis tikus di ruang aktiviti memproses ayam. Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa pengendali makanan di premis itu tidak mendapatkan suntikan tifoid dan gagal mempamerkan dokumen pengenalan kerana hampir semua pekerja adalah warga asing.

"Kesalahan sama seperti premis pertama apabila pusat penyembelihan ayam kedua ini turut tidak memiliki sistem penapisan sisa efluen.

"Sisa efluen, fizikal dan darah ayam tanpa dirawat hasil aktiviti penyembelihan ayam terus dialirkan ke longkang awam," katanya.


Foto: Harian Metro

Tambah menjijikkan apabila pekerja meletakkan atau memproses ayam mentah di atas lantai. Malah, tandas pekerja di premis itu dalam keadaan kotor dan tiada kelengkapan asas.

"Petugas DBKL mendapati pemilik premis turut tiada sijil tauliah penyembelihan dan tiada sijil halal. Berikutan itu pemilik kilang dikenakan kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Perniagaan dan Perindustrian Malaysia (WPKL) 2016 selain diberikan Notis Perintah Penutupan di bawah Akta Makanan 1983 membabitkan arahan pembersihan dan penambahbaikan," katanya.


Foto: Harian Metro

Pada 13 September lalu DBKL turut menyerbu sebuah kilang penyembelihan ayam di Cheras di sini selepas didapati beroperasi dalam persekitaran kotor .

Lantai dan dinding di ruang memproses ayam berkarat, berlumut dan berdaki hitam selain semua pekerja atau pengendali makanan di premis itu tidak mendapatkan suntikan tifoid. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 24-9-2022 04:37 PM
Lagi nak naik kan harga ayam. Kebersihan teruk. Selayaknya kne kompaun. Padan muka. Very good news ak kalo citer cmni. Happy sgt. Next kilang and kedai mane lg…
Quote airfilterkotor 24-9-2022 08:15 PM
Longkang hanya untuk air hujan sahaja sebab saliran tu akan terus ke parit monsun, masuk kolam takungan atau terus ke sungai.

Sebab pendedahan kita berkaitan mende gini kurang, maka apabila renovate dapur, sinki baru piping route baru... direct masuk longkang.

Sisa makanan, minyak dan air basuhan semua akan mengalir ke sungai.

Bayangkan 40-50% umah dlm satu-satu taman perumahan renovate cara gini (cara illegal), dan dalam satu mukim ada berapa banyak pula perumahan.

Komdian, kita komplen sungai kotor, cetek, ikan tak banyak macam dulu, dan berbau.

Lagi malang, apabila premis² perniagaan buang sisa tak bersih ke longkang.

Sungai dah tak bersih, tercemar.

Dan kenapa buaya Linggi keluar sampai pantai Pengkalan Balak?
Sungai tercemar, makanan ruji dia dah kurang atau mungkin dah pupus.

Quote Mamijarum06 24-9-2022 09:38 PM
Geli ????????????
Quote Mamijarum06 24-9-2022 09:39 PM
Why bila ioll letak emoji dia kluar question mark byk2 gitu ek

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2022 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.083852 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top