CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Of Course My Girlfriend", Edika Yusof Suap Siapa Tu?

24-9-2022 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10100| Komen: 100

Description: Mungkin ada kebenaran dengan telahan netizen bahawa lelaki yang kacak itu selalunya seorang yang setia dengan pasangan.
Mungkin ada kebenaran dengan telahan netizen bahawa lelaki yang kacak itu selalunya seorang yang setia dengan pasangan.

Istilah ‘yang kacak itu setia’ ini juga mungkin boleh dibuktikan dengan kewujudan figura terkenal paling digilai ramai wanita di era 90-an, Edika Yusof.

Bukan sahaja memiliki wajah tampan malah romantisnya perwatakan pelakon yang berusia 55 tahun itu jelas dapat dilihat melalui perkongsian video di Instagram miliknya baru-baru ini.



“Dinner time (masa makan malam) teka saya suap siapa? Anak? Wife? No laa… of course my girlfriend (tidak…tentunya teman wanita saya),” tulisnya pada kapsyen di hantaran video tersebut.


Dalam video itu dapat dilihat Edika bergilir suapan dengan seseorang di sebelah dipercayai isterinya Norhidayah Yusri, 44, yang lumpuh sejak 17 tahun lalu.



Perkongsian tersebut mendapat respon positif daripada netizen yang turut teruja dengan sikap romantis Edika dalam melayari bahtera perkahwinan yang telah menjangkau usia 19 tahun itu.



“Handsome, segak dan paling penting setia. Itu yang membuatkan kamu limited edition (edisi terhad),” puji mr_achoii.

“Bertuahnya isteri Edika Yusof,” komen Rohayahyaakob.





“Beruntung isteri punya suami jujur dan penyayang. Semoga rumah tangga kekal hingga akhir hayat,” ujar seorang lagi pengguna. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 24-9-2022 03:39 PM
Bini dia sakit-sakit pun sentiasa nampak wangi dan presentable.
Quote opie5662 24-9-2022 03:51 PM
Takde pon sebok2 carik yang manjahhhhhh walaupon bini lumpuh...
Quote jihyomelly 24-9-2022 03:53 PM
antara contoh suami yg bagus..susah senang dgn isteri..elok wife seelok suami
Quote Tembikaigoreng 24-9-2022 05:19 PM
Muka xhensem je suka test power.... Pastu pompuan pulak nak sebab ingatkan dpt laki xhensem hidup aman² xde nak sondol... Tau² laki jenis sundel....
Quote krustykrab 24-9-2022 05:21 PM
Tembikaigoreng replied at 24-9-2022 05:19 PM
Muka xhensem je suka test power.... Pastu pompuan pulak nak sebab ingatkan dpt laki xhensem hidup am ...

Mcm ddnf kan
Quote Tembikaigoreng 24-9-2022 05:30 PM
krustykrab replied at 24-9-2022 05:21 PM
Mcm ddnf kan

LOLLLL HAHAAHHA
Quote mrsLucky 24-9-2022 07:25 PM
Handsome betul Edika waktu muda..jumpa 2 kali. 2 kali he kenalkan diri.
Quote asamfish 24-9-2022 07:36 PM
mrsLucky replied at 24-9-2022 07:25 PM
Handsome betul Edika waktu muda..jumpa 2 kali. 2 kali he kenalkan diri.

dan sangat baik....

Quote telracs 24-9-2022 07:43 PM
KBW2 replied at 24-9-2022 07:39 AM
Bini dia sakit-sakit pun sentiasa nampak wangi dan presentable.

Setuju.
Suami pun mainkan peranan di sini.
Of kos la suami yang bantu siapkan isterinya cantik-cantik gitu, kan.
Alhamdulillah.
Quote KBW2 24-9-2022 07:47 PM
telracs replied at 24-9-2022 07:43 PM
Setuju.
Suami pun mainkan peranan di sini.
Of kos la suami yang bantu siapkan isterinya cantik-can ...

Ya, rasanya mesti dibantu serba sedikit. Tapi iols rasa bini dia mmg jenis begini sebelum nipun dah biasa.

Celak on point tu tak rasa edika mampu buat.
Quote JunkMail 24-9-2022 08:07 PM
Ekceli kenapa bini dia lumpuh?
Quote anakkerengga 24-9-2022 08:13 PM
Edika ni elok lg kalau berlakon drama…
Quote nakkomenjugak 24-9-2022 08:25 PM
wahhhh big daddy energy sangat yachhhh!
bertuah bini heol
Quote makadek 24-9-2022 08:28 PM
JunkMail replied at 24-9-2022 08:07 PM
Ekceli kenapa bini dia lumpuh?

Rasa lps dia lahir anak tak sihat astu lumpuh
Quote makadek 24-9-2022 08:29 PM
Igt dia ni liberal rupanya tak ...
Quote pocongkiutss 24-9-2022 08:30 PM
JunkMail replied at 24-9-2022 08:07 PM
Ekceli kenapa bini dia lumpuh?


5 hari selepas bersalin Nor diserang demam panas. Doktor yang merawat mencadangkan saya membawa Nor ke hospital kerana itu bukan demam biasa.

Semasa dalam perjalanan ke hospital, dia sudah menunjukkan tanda sakit yang amat sangat. Setibanya saya di labour room pula, saya terdengar suara wanita menjerit-jerit kesakitan. Setelah dijengah, rupa-rupanya itu suara isteri saya.

Dari kejauhan, saya melihat dia sudah nyawa-nyawa ikan kerana jangkitan kuman sudah sampai ke kepala. Tiada apa yang boleh dilakukan ketika itu, saya terduduk sambil mengadu kesedihan pada Yang Maha Esa.

Setelah dibawa pulang, keadaan isteri ketika itu berubah 360 darjah. Dari seorang yang aktif dan periang, sudah bertukar lumpuh terbaring di atas katil.
Quote johnantak 24-9-2022 08:34 PM
JunkMail replied at 24-9-2022 08:07 PM
Ekceli kenapa bini dia lumpuh?

https://www.mstar.com.my/spotlig ... erana-isteri-lumpuh

ikutkan artikel ni sebab lepas lahirkan anak no 2
Quote sayawifenikmie 24-9-2022 10:36 PM
pelik rupa rambut tanam ni ...
Quote JunkMail 24-9-2022 10:38 PM
pocongkiutss replied at 24-9-2022 08:30 PM
5 hari selepas bersalin Nor diserang demam panas. Doktor yang merawat mencadangkan saya membawa N ...

Ohhhhh patutlah setia pakcik tu..

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.285333 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top