CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Dua Pemandu SUV Langgar Rider Sampai Mati Negatif Dadah

24-9-2022 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1943| Komen: 22

Description: KLANG – Dua pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terlibat kemalangan sehingga mengorbankan seorang penghantar barang di Jalan Haji Sirat di sini, semalam didapati negatif dadah.
KLANG – Dua pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terlibat kemalangan sehingga mengorbankan seorang penghantar barang di Jalan Haji Sirat di sini, semalam didapati negatif dadah.


Wanita dan lelaki berusia 24 serta 20 tahun yang memandu Nissan X-trail itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, dua individu itu dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan, kira-kira pukul 6 pagi tadi.


Foto: Kosmo

“Hasil saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka didapati negatif dadah. Siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya  untuk arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Kosmo! semalam melaporkan seorang penghantar barang maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah SUV dalam kemalangan yang tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Haji Sirat, di sini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 24-9-2022 03:35 PM
Dah bergesel tu
Gigih lagi tekan minyak siap libas stereng
Ekau nak ke mana gile
Dah bergesel tu pijak lah brek

Sakit hati macik tengok video tu
Quote white_musk 24-9-2022 05:24 PM
Dah dapatkah maklumat mengenai 2 orang keji itu?
Quote Decaffeinated 24-9-2022 05:38 PM
Why dua pemandu?
Quote scidbu 24-9-2022 06:03 PM
Share vid please
Quote LoveSungmin 24-9-2022 06:06 PM
Decaffeinated replied at 24-9-2022 05:38 PM
Why dua pemandu?

sebab dua kereta yang sama jenis bergesel, nissan x-trail..
Quote Decaffeinated 24-9-2022 06:15 PM
LoveSungmin replied at 24-9-2022 06:06 PM
sebab dua kereta yang sama jenis bergesel, nissan x-trail..

One can only assume ada 2 x-trail terlibat otherwise aku boleh juga assume 2 malaon ni sama2 bawa, sambil sorang duduk di riba.


Quote orangbiasaje 24-9-2022 07:56 PM
Sama tertanya. Perenggan akhir kata dilanggar sebuah SUV, perenggan pertama pula dua pemandu. Tak pernah lak dengar mana-mana kereta SUV yang ada dua stereng atau perlukan dua pemandu.
Quote Chah21 24-9-2022 08:40 PM
Sama la acik.. rasa nk pi hempuk driver2 bangang tu
Quote Chah21 24-9-2022 08:42 PM
orangbiasaje replied at 24-9-2022 07:56 PM
Sama tertanya. Perenggan akhir kata dilanggar sebuah SUV, perenggan pertama pula dua pemandu. Tak pe ...

Ada 2 kete laju bergesel ,1 ke kanan langgar sorg rider,yg lg 1 langgar rider grab yg ninggal tu
Quote orangbiasaje 24-9-2022 08:52 PM
Chah21 replied at 24-9-2022 08:42 PM
Ada 2 kete laju bergesel ,1 ke kanan langgar sorg rider,yg lg 1 langgar rider grab yg ninggal tu

Pulak...okay, maksudnya cerita tak lengkap. Kiranya mangsa dua orang rider ya, seorg terlanggar (tak pasti cedera atau selamat, tapi tak meninggal), satu lagi rider yang meninggal ya? Tenkiu jelaskan.
Quote Chah21 24-9-2022 09:51 PM
orangbiasaje replied at 24-9-2022 08:52 PM
Pulak...okay, maksudnya cerita tak lengkap. Kiranya mangsa dua orang rider ya, seorg terlanggar (t ...

Btul..tepat ... Sakit hati sgt tgok dashcam kejadian
Quote aunty_onion 24-9-2022 10:45 PM
orangbiasaje replied at 24-9-2022 08:52 PM
Pulak...okay, maksudnya cerita tak lengkap. Kiranya mangsa dua orang rider ya, seorg terlanggar (t ...

Ada video kat ig. Cuba yengok kat @kosmo_online
Quote JunkMail 24-9-2022 10:59 PM
orangbiasaje replied at 24-9-2022 08:52 PM
Pulak...okay, maksudnya cerita tak lengkap. Kiranya mangsa dua orang rider ya, seorg terlanggar (t ...

Pergi tengok video kat thread semalam. Sorang langgar rider grab sampai meninggal. Baru kahwin 2 minggu. Sorang lagi langgar rider lalamove, patah kedua-dua kaki. Bini sarat mengandung.

Pemandu lorong kanan, lelaki melayu 20 tahun. Lorong kiri, perempuan cina 24 tahun. Muda2 lagi gamaknya baru lulus lesen terbang tak alert dengan persekitaran ketika memandu.
Quote pooh~key 24-9-2022 11:29 PM
orangbiasaje replied at 24-9-2022 08:52 PM
Pulak...okay, maksudnya cerita tak lengkap. Kiranya mangsa dua orang rider ya, seorg terlanggar (t ...

Ya 2 rider sis. Sekor (lalamove) kaki hancur sis. Sekor (grab) mati ditempat kejadian sis.
Quote doubleA 25-9-2022 02:26 AM
Innalillah, kesian rider grab dan lala tu. Yg grab tu dia tengok dah tak sangka dia pun kena langgar. Semoga family tabah
Quote awanearisu 25-9-2022 07:38 AM
Dalam FB ada disebut pemandu seorang remaja lelaki. Dah 20 tahun juga usianya.
Quote Tunan 25-9-2022 07:43 AM
Geram bodoh betul keta yg lane kiri tu menonong tiba2 masuk kanan..
Laju pulak tu.. sama juta2 la weh
Quote vespa_oren 25-9-2022 07:51 AM
pernah dulu hampir kena mcm tu, aku nk terus lori treler tu nk membelok, jalan tu aku x familiar dan xthu lori tu nk membelok ambil side mcm tu
alhamdulillah aku sempat tekan brek, hampir aku kne libas dengan lori tu
Quote orangbiasaje 25-9-2022 08:24 AM
JunkMail replied at 24-9-2022 10:59 PM
Pergi tengok video kat thread semalam. Sorang langgar rider grab sampai meninggal. Baru kahwin 2 m ...

Astagha...

Lihat semua komen(22)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.116020 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top