CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Ada Duit Dan Handphone, Lelaki Nekad Jalan Kaki 1,350 KM Pulang Ke Kampung Selepas Hilang Kerja

24-9-2022 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 800| Komen: 7

Description: BANGKOK – Seorang lelaki dari Thailand nekad berjalan kaki pulang ke kampungnya di Buriram dari Songkhla sejauh 1,350 kilometer selepas hilang pekerjaan di ladang getah, lapor laman Thaiger.
BANGKOK – Seorang lelaki dari Thailand nekad berjalan kaki pulang ke kampungnya di Buriram dari Songkhla sejauh 1,350 kilometer selepas hilang pekerjaan di ladang getah, lapor laman Thaiger.


Lelaki itu, Choi, berpindah ke Songkhla kira-kira tujuh bulan lalu untuk bekerja di sebuah ladang getah dan menerima bayaran 300 baht (RM36.73) sehari bagi tugas menebang pokok.

Bagaimanapun,  dia hilang pekerjaan selepas pokok yang perlu ditebang semakin terhad lalu memutuskan untuk pulang semula ke kampung.

Choi (duduk di lantai) bercerita kisah hidupnya kepada salah seorang askar di berek tentera di Patthalung. Foto: Khaosood

Disebabkan tidak memiliki wang atau telefon bimbit, Choi memulakan perjalanan yang mengambil masa 18 jam jika berkereta, dengan berjalan kaki.

Choi sempat berjalan sejauh 300 kilometer (km) dalam masa 12 hari dengan tidur di kuil-kuil serta memakan makanan yang diberi oleh sami di situ.

Nasibnya berubah apabila bertemu sebuah  berek tentera di wilayah Patthalung dan Choi berhenti di sana untuk meminta sedikit bekalan air minuman.

Pada mulanya, askar di situ menyangka Choi penjenayah dan menahannya untuk sesi soal siasat sebelum mengetahui cerita sebenar.

Pihak askar bersetuju untuk membiayai baki perjalanan Choi dengan memberikan wang sebanyak 1,000 baht (RM122) untuk tiket kereta api.

Choi meneruskan perjalanan selama 13 jam dari Phatthalung ke Stesen Kereta Api Hua Lamphong di Bangkok. Dari sana, dia menaiki kereta api selama lapan jam dari Bangkok ke Buriram dan tiba di kampung halaman dengan selamat. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 24-9-2022 12:14 PM
Itulah secebis kisah kehidupan
Akak paham sbb ms akak tgk Orphan in Cambodia kat Channelnewsasia CNA, mmg itulah realiti hidup
Ada yg x dapat balik kampung utk tgk anak2
sbb gaji terlalu sikit walau bekerja di bandar.
Quote Artemesiaa 24-9-2022 12:16 PM
Mujur ada yang sudi membantu
Quote white_musk 24-9-2022 12:17 PM
cmf_premierleag replied at 24-9-2022 12:14 PM
Itulah secebis kisah kehidupan
Akak paham sbb ms akak tgk Orphan in Cambodia kat Channelnewsasia CNA ...

mungkinsalah  satu cara akak boleh cadangkan untuk mengubah kehidupan, beranak satu atau dua sahaja, kemudian all out lah...
beri pendidikan terbaik untuk anak itu
keluar dari kehidupan yang miskin
contohnya, kalau bapa kerja ikat bata, janganlah disuruh anak itu ikat bata juga
cuba galakkan dia jadi yang lebih baik...

Quote makneng 24-9-2022 03:05 PM
Sadisnya 1000bht=122myr lbh sadis dari citer Choi ni [em:9:]
Quote batmana 24-9-2022 03:24 PM
sadis tu mksudnye lain ler..

moga brother ni dpt kemuliaan, jauh dia berjalan, tk curi duit bagai
Quote Decaffeinated 24-9-2022 06:11 PM
makneng replied at 24-9-2022 03:05 PM
Sadisnya 1000bht=122myr lbh sadis dari citer Choi ni [em:9:]

Dulu SGD1=MYR1 but now it's >MYR3

not too long ago THB10=MYR1 but now it's MYR1.22 ngeri kan


Quote gekkou 24-9-2022 07:57 PM
sedihnya kisah hidup dia
tapi dia sangat kuat tidak mencuri
atau melakukan jenayah demi duit

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.078288 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top