CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Satu Rumah Busuk! Kawan Rumah Sewa Kencing Dalam Sinki Dan Botol, Tahi Merata-Rata, Bilik Penuh Sampah

24-9-2022 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3281| Komen: 42

Description: Bau busuk macam tapak pelupusan sampah menggemparkan sebuah rumah sewa! Rupa-rupanya bau itu datang dari bilik salah seorang penyewa.
Bau busuk macam tapak pelupusan sampah menggemparkan sebuah rumah sewa! Rupa-rupanya bau itu datang dari bilik salah seorang penyewa.

Bukan setakat biliknya saja berbau busuk, malah bilik mandi yang dikongsi bersama penghuni lain juga dicemari dengan air kencingnya dan akhirnya berbau hancing.

Kisah penyewa yang menjijikkan itu diceritakan oleh seorang pemuda yang menyewa di rumah yang sama, di sebuah apartment di Puchong, Selangor.

Foto: Tiktok/mstar


Menurut Mohd Firdaus Ismail, dia telah menyewa di salah sebuah bilik di unit apartment itu sejak dua tahun lalu, dan tinggal bersama seorang lagi penyewa lain.


Lebih mesra disapa Fred, katanya, bilik ketiga rumah itu masih kosong sebelum disewakan kepada seorang lelaki, kira-kira tiga minggu lalu.

"Masa dia mula masuk, saya tak ada di rumah kerana outstation. Hal sewa diuruskan oleh seorang lagi rakan yang menyewa bilik utama (master bedroom) yang ada bilik air sendiri.

"Tapi saya yang mula perasan sikap dia yang pengotor sebab kami berkongsi bilik air. Pagi-pagi saya masuk je bilik air berbau hancing, singki ada air kuning, sah dia kencing kat singki," katanya yang berusia 30 tahun kepada mStar.

Menurut Fred, tiada masalah tandas tersumbat sehingga memaksa penyewa baharu berusia awal 30-an itu terpaksa membuang air kecil di singki.

"Bilik air tak ada tersumbat. Bukan sekali dia kencing di singki, tapi beberapa kali. Saya geram sebab air kuning tu masih ada dan saya kena basuh sebab dia tiada di rumah.

"Sampaikan saya kena letak notis amaran supaya jangan kencing di singki, barulah dia tak kencing. Selepas hal kencing, ada pula kes berak 'bersepah'.

"Saya nampak serpihan tahi di lantai bilik air selain lubang tandas tidak dibersihkan sepenuhnya. Saya tak tahu apa masalah dia, kalau terberak sekali pun, kenalah bertanggungjawab bersihkan," ujarnya dengan nada kesal.



Selain najis, pemuda yang berasal dari Kuantan, Pahang itu turut menjelaskan bahawa dia menemui abu rokok di lantai bilik air beberapa kali.

"Tak kisahlah dia perokok atau tidak, tapi jagalah kebersihan. Selepas tu, rumah sewa kami berbau busuk dan datangnya dari bilik dia.

"Terkejut tengok bilik tidur dia macam tong sampah dengan sisa makanan yang dah basi dibiarkan dan puntung rokok bersepah. Ada beberapa botol minuman diisi dengan air kencing. Semua tempat dia nak kencing," tambahnya.

Bukan sekadar pengotor, Fred yang merupakan jurutera turut mendedahkan penyewa baharu itu sering mengambil makanan dan minuman yang dibeli mereka tanpa kebenaran.

"Saya beli susu, satu botol yang belum buka sudah dibukanya dan minum. Mi cawan segera housemate saya beli pun selamba diambilnya," ujarnya lagi.

Fred bagaimanapun memberitahu, penyewa pengotor itu telah pun diarahkan keluar dari rumah pada minggu ini selepas beberapa amaran dan nasihat tidak diendahkan.

"Kami tak tahan dengan sikap pengotor dia. Kami dapat tahu dia baru berhenti kerja dan sekarang menganggur. Tapi janganlah jadi pengotor.

"Kalau kita menyewa tempat orang, kongsi fasiliti kena bertimbang rasa. Kalau barang tu bukan kita punya seperti makanan dan minuman, kena minta izin... hidup menyewa ni kena bertanggungjawab dan jangan pentingkan diri sendiri," katanya.

Video mengenai penyewa baharu pengotor yang dikongsikan oleh Fred di aplikasi TikTok meraih sejuta tontonan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 24-9-2022 12:06 PM
This is so disgusting..bangsa apa ni penyewa lahnat..
Quote renko 24-9-2022 12:08 PM
dasar babi pengotor
Quote cmf_premierleag 24-9-2022 12:11 PM
Org2 yg pengotor ni kan sebenarnya apa ada dlm kepala hotak diorg eh???
Diorg berhalusinasi byk sgt ke hapa?
Quote Artemesiaa 24-9-2022 12:12 PM
Euwww pengotornya elok ler diarah keluar.  Lain kali interview serba sikit dulu baru benarkan dia menyewa.
Quote kucingitam 24-9-2022 12:26 PM
caner dia kencing dlm singki eh..sinki kan tinggi..ke dia suka tgk air pancut kot..dia pancut ke atas
Quote batmana 24-9-2022 02:54 PM
skrg nk cari org menyewa kene siasat dlu, cm org nk  kawin

cari d kalangan kenalan dlu, klu xde pstu lngsung tk knal, suh dia details ahli keluarga yg keje tetap,  yg snggup jadi penjamin dia, kene sign agreement lawyer bagai

mmg nyusahkan, tapi nk elak dri jdi cmni la...haha
Quote evlinne 24-9-2022 02:59 PM
Mcm mana orang pengotor ni dibesarkan ya
Xleh brain betul keturunan cmni
Mintak jauh la jumpa perangai gini kat mana2


Quote JunkMail 24-9-2022 03:00 PM
Sapa jadi bini kau ni memang takziah lah diucapkan. Cara hidup level haiwan ni..
Quote evlinne 24-9-2022 03:01 PM
Bila baca kes2 penyewa pengotor ni
Bila orang yg buka citer bagitau, kebanyakan mesti datang dri sskjp
Kt rumah tahap pengotornya camnelah
Quote JunkMail 24-9-2022 03:01 PM
kucingitam replied at 24-9-2022 12:26 PM
caner dia kencing dlm singki eh..sinki kan tinggi..ke dia suka tgk air pancut kot..dia pancut ke ata ...

Kencing berdiri lah apa yg susah nya
Quote matchstick 24-9-2022 03:16 PM
Another level betul dia punya tahap pengotor..kencing berak bersepah mmg tak layap hidup Di kalangan manusia la..tak payah susah2 menyewa rumah. Pegi je tumpang hidup kt mana2 kandang babi
Quote syamzana 24-9-2022 03:17 PM
pengotor dan pemalas mmg complete package of useless human being
giler pemalas nak ke toilet sampai kencing dlm botol di bilik. dok apartment tu 2langkah je kot ke toilet. layak dibenamkan ke sg klang
Quote ezacbee 24-9-2022 03:28 PM
evlinne replied at 24-9-2022 03:01 PM
Bila baca kes2 penyewa pengotor ni
Bila orang yg buka citer bagitau, kebanyakan mesti datang dri ssk ...

Tak gak ada kalangan sskjp ni rasa dirinya terpaling bersih.. pada dia laa..
Layankan jelah.

Quote chandrahusin 24-9-2022 03:40 PM
Kalau muslim solat mcm mana wehh
Kena ajar kebersihan sebahagian dr iman
Quote matchstick 24-9-2022 03:46 PM
Baca WhatsApp dia tu bangsa ape tulis mcm tu ye..kelevar, tapolei la..cina ke yenna. Aneh2 je.
Quote sharlenetexas 24-9-2022 04:31 PM
Orang ke babi ni?


Quote me12345 24-9-2022 04:40 PM
Mental disorder ..
Quote shernazz 24-9-2022 05:04 PM
Hanat nya
Pengotor sungguh..
Entah2.jamban pung jijik.dgn dia..
Quote naina 24-9-2022 06:39 PM
Hahaha. Cmne buleh terfikir kencing kat sinki eh? Aku rasa dia sakit. Aneh weh cara pengotor dia. Sejenis asal lepas je merata macam binatang.

Lihat semua komen(42)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.107108 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top