CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Macam Duduk Dalam Akuarium, 14 Tahun Bapa Derita Sihir Cucuk Mata Ikan

23-9-2022 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2299| Komen: 12

Description: Perkongsian seorang wanita menghantar bapanya hilang penglihatan sejak 2008 untuk menunaikan solat Jumaat di TikTok baru-baru ini menarik perhatian ramai.Selain dihujani doa agar bapanya diberikan kes ...
Perkongsian seorang wanita menghantar bapanya hilang penglihatan sejak 2008 untuk menunaikan solat Jumaat di TikTok baru-baru ini menarik perhatian ramai.


Selain dihujani doa agar bapanya diberikan kesihatan yang baik, ada juga dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya tentang punca lelaki berkenaan diuji sedemikian rupa.


TikTok

Ketika dihubungi mStar, wanita bernama Huzaifah Zolkepli itu berkata ada kisah hitam yang menimpa keluarganya berlaku kira-kira 14 tahun lalu.

Imbas Huzaifah, ketika usia bapanya menginjak 46 tahun, dia dirujuk ke hospital selepas mengadu sakit kepala luar biasa.





Namun, doktor hanya merawat bapanya yang dikenali sebagai Zolkepli berkaitan sakit kepala yang dialami kerana menyangka ia simptom kepada migrain.

"Saya ingat lagi... kejadian pada hari Ahad. Pagi tu ayah cakap hanya sebelah mata sahaja kabur, tapi masih boleh memandu ke pasar dan balik tu dia terus tidur.

"Kemudian lepas Asar ada kawan ayah datang melawat sebab dia baru keluar hospital, jadi semasa baring tu tiba-tiba ayah cakap yang kedua-dua mata tak nampak.

"Jadi kami rujuk semula ke hospital untuk membuat pemeriksaan mata. Apa yang mengejutkan adalah doktor menyatakan mata ayah sihat seperti orang normal cuma tak dapat 'tangkap' objek... tiada glukoma mahupun katarak.

"Baru-baru ini pun ada dapatkan rawatan daripada pakar mata Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, tapi keputusannya tetap sama iaitu mata ayah sihat seperti orang normal," ujar anak kelima daripada tujuh beradik itu ketika dihubungi mStar.





Tambah Huzaifah yang berasal dari Pulau Pinang, apa yang lebih menyedihkan ialah bapanya mula berubah sikap menjadi agresif sehingga perlu dirujuk ke pakar psikiatri sejak hilang deria penglihatan.

Ayahnya seolah-olah orang hilang kewarasan apabila tiba-tiba berlari dan menoleh ke kiri kanan seperti melihat sesuatu.

"Sebab bimbang kesihatan dan keadaan ayah lebih teruk, kami rujuk pada pakar psikiatri.

"Tapi diagnosis menyatakan yang mental ayah sihat serta tidak gila.

"Pernah saya bertanya apa yang ayah nampak dan dia cakap 'kiri kanan ada orang berlari'. Mungkin disebabkan itu dia berlari juga sehingga terhantuk kepala.

"Ayah juga pernah cakap yang dia seolah-olah duduk di dalam akuarium dan nampak bahagian atas berwarna kelabu," ceritanya sambil menambah keadaan teruk yang dialami itu berlarutan hampir setengah tahun.




Susulan situasi yang dialami ayahnya itu, Huzaifah dan seluruh keluarganya beranggapan bahawa ia adalah berpunca daripada sihir dan perbuatan khianat orang.

Tambahan pula, katanya, ayah bukan sahaja berubah sikap tetapi seperti berada di alam lain.

Ujar Huzaifah lagi, lebih aneh apabila bapanya yang pernah berkhidmat sebagai juru ukur tiba-tiba bercakap dalam dialek Siam selepas pulang dari hospital.

"Mungkin orang tidak akan percaya apa yang saya katakan ini, tapi itulah hakikat yang dilalui ayah. Pernah suatu hari ayah minta susu sebab nak bagi anak jin yang berada di sekeliling kaki dia minum.

"Ayah juga pernah tumbuk mata saya sehingga lebam sebab katanya nampak jin datang... ayah tumbuk jin tu, tapi dunia sebenar kena pada saya dan masa tu sedang bantu ayah mandi," imbasnya lagi.

Menurut wanita berusia 28 tahun itu lagi, rawatan perubatan Islam turut dilakukan bagi membantu memulihkan keadaan bapanya.

Pun begitu, tiada yang berjaya membantu melainkan menyuruh mereka sekeluarga berdoa supaya diberikan kesembuhan.

Mereka juga dimaklumkan bahawa bapanya terkena sihir yang menggunakan seekor ikan yang matanya dicucuk dengan duri atau jarum sebelum dilepaskan semula ke dalam air.

Namun selepas bapanya mula reda dengan apa yang berlaku, dia mula menunjukkan perubahan positif.




Bercerita lanjut, ujar anak jati Pulau Pinang itu, meskipun bapanya mengetahui siapa yang melakukan perbuatan sihir itu dan salah seorang daripanya sudah memohon maaf, namun dia tidak menyimpan dendam sebaliknya memaafkan sahaja.

Bercerita lanjut tentang rakaman yang dikongsikan di TikTok yang kini meraih lebih 106,000 tontonan, Huzaifah berkata sebenarnya dia mengambil alih rutin berkenaan daripada ibunya yang ketika itu sedang menunaikan umrah di Makkah.

"Ayah memang nak mak yang hantar. Kalau saya hantar, ayah akan bertanya 'tak malu bawa ayah pergi masjid'... mungkin sebab ada orang bercakap mengenainya.

"Kalau sebelum ini, saya hantar sampai ke dalam tapi sekarang akan ada orang yang pimpin dan bantu ayah masuk ke ruang solat," tambahnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 23-9-2022 06:32 PM
Iife. Kdg kita rasa kita betui dah x kacau org tp org nampak kita ni lawan.. apa pun semoga semua kuat menjalani kehidupan mendatang
Quote ladybugz 23-9-2022 09:28 PM
ya Allah, besar ujian terkena gangguan ni. susah nk explain pada yg belum terkena atau yg anggp perkara2 ni semua x wujud. ada yg kena paksa makan ubat anti depressant dll sedangkan mereka adalah org yg terkena gangguan. sbnrnya bila terkena gangguan kalau makan ubat2 tu semua mereka akan makin teruk. instead boleh je makan vitamin supplement utk kuatkan fizikal dan of course amalan ibadat utk kuatkan dalaman. apapun semoga pakcik ni dikurniakan hati yg tenang dan balasan yg baik dan kesembuhan dari segala gangguan.
Quote Zazama 23-9-2022 10:14 PM
Berat dugaan dan ujian pakcik ni. Mudah2an Allah rezekikan jalan keluar utk kesembuhan pakcik ini. Amin..
Quote naina 23-9-2022 10:22 PM
Jahat betol manusia yang suka main2 sihir ni
Tak redha dengan kehidupan
Suami aku pun otw balik kg mak dia panggil sebab orang yang menukang kedai mertua tu sakit 2 orang. Kedai tu memang ada yang dengki.
Quote melinda_kerr 24-9-2022 04:56 AM
Kesiannya.. same thing happened dgn anak kawan parents aku. Tkde apa one day buta. Jumpa doktor tkde masalah. Pg perubatan islam mmg ada wanita sihirkan dia sbb cinta ditolak. Tpi mangsa mmg herlok rupa. Mcmna lah hidup dia skrg
Quote doubleA 24-9-2022 08:06 AM
Semoga Allah menyembuhkan
Quote any42 24-9-2022 11:21 AM
Kesiannya pakcik ni. Jahatnya klau btul ade yg hntar sihir. semoga pnghntar hdup tseksa bkali gnda dr yg pakcik ni alami
Quote white_musk 24-9-2022 12:22 PM
Kenapa sampai sikir2kan orang?
tapi sihir itu mesti tak tembus pada yahudi lehnat kan
Quote card_reader 26-9-2022 01:17 PM
sedara aku kena sihir sampai meninggal dunia, dia kena sihir kata puru...kulit dia abes berbijik mcm katak puru, mmg xde orang boleh ubat dah masa tu....

sampai kurus kering badan waktu meninggal tu....
Quote MissVixen 27-9-2022 07:58 PM
Manusia ni memang suka dengki dan tengok kejatuhan orang. Yang suka cari tok moh sihirkan orang ni, takde takut ke? Bila2 je boleh makan diri dan anak beranak sendiri.
Quote belacan_gurl 5-10-2022 07:31 PM
Ini tak de kena mengena dgn pesakit kat atas nih tapi just nk cerita...kawan I..dia ckp dia nmpk hantu...dia pun makin kurus kering ..lembik je... tapi dia selalu ckp nmpk harimau putih kat luar rumah ..mlm2 nmpk perempuan cantik baju merah.. so kitorg kawan2 nih dah pakay gi perubatan Islam...yg merawat tu ckp xde apa2 dlm diri dia ..kitorg beria cerita apa yg terjadi...kawan I dah mcm kena sihir sbb tak lalu mkn..duduk dlm bilik je ..keluar pun sbb nk bgtau ehh aku nmpk ada sesuatu msk bilik kitorg...yg perawat tu ckp ye dik tiada apa2 dlm badan dia...so kami blk....mlm tu dia jadi lagi gangguan...boleh dia cuci rumah waktu malam sbb dia kata ada benda kotor dlm rumah nak x nak kitorg pggl polis...kebetulan ada polis ronda2 kat umah ..kitorg cerita yg kawan tu kena gangguan..minta tlg sbb masing2 takut duduk umah...polis mai umah je ..tgk muka kawan aku... pastu dorg keluar...kat luar dorg ckp kawan kamu tu bukan kena gangguan hantu tp main dadah ice...tak caya bawak gi hospital..check darah...terkejut kami dan2 la masing2 senyap...msk umah terus minta nmbr phone kuarga dia...koser nk jaga kaki dadah dlm umah ...bahaya btoi...dia punya imnaginasi sampai menganggu kehidupan kami
Quote prairehell 5-10-2022 10:31 PM
Ada org kampung aku, kena buatan orang smpai mati dibuatnya. Kesian giler. Dah la dia satu-satunya anak lelaki dlm family, anak sulung pulak tu. Family pulak bukan orang senang. Ayah dia sakit. So dia la tunjang keluarga. Dia tolak cinta orang. Smpai mati dia kena. Arwah dah la baik gila.

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-12-2022 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.076838 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top