CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Dipukul Orang Ramai Curi Rak Restoran Pecel Lele Untuk Belanja Sekolah Anak

23-9-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 297| Komen: 0

Description: Tular video lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat dicekup orang ramai kerana mencuri rak hadapan sebuah restoran bagi mendapatkan wang untuk membiayai persekolahan anaknya, lapor laman berita Detik.Mene ...
Tular video lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat dicekup orang ramai kerana mencuri rak hadapan sebuah restoran bagi mendapatkan wang untuk membiayai persekolahan anaknya, lapor laman berita Detik.


Menerusi video itu, lelaki yang hanya dikenali sebagai AAL, 42, ditangkap orang ramai yang sesekali memukulnya kerana mencuri.


Gambar hiasan

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Bogor, Iptu Desi Triana, kejadian itu berlaku pada malam Selasa lalu dan suspek diberkas polis  pagi semalam.

“Menurut maklumat, suspek mencuri kerana faktor ekonomi. Dia tidak mempunyai wang untuk diberikan sebagai belanja sekolah anaknya,” katanya.


Tambah Iptu, suspek mencuri rak hadapan sebuah restoran yang menjual menu pecel lele (ikan keli).

“Harga rak itu hanya 500,000 rupiah (RM152), jadi motif pencurian adalah keadaan ekonomi yang susah.

“Disebabkan nilai barangan yang diambil hanya 500,000 (RM152), pihak restoran tidak membuat apa-apa tuntutan kerana suspek benar-benar orang susah,” jelasnya.

Iptu berkata, suspek dan pemilik restoran akan berbincang mengenai kes tersebut di Balai Polis Cibungbulang untuk menyelesaikannya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.061809 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top