CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bakal Doktor Mengaku Tak Salah Simpan 740 Gambar Lucah, Arah Video Pornografi Kanak-kanak

23-9-2022 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 787| Komen: 5

Description: Perbuatan jijik bakal doktor menyimpan 740 gambar lucah dan mengarah video pornografi kanak-kanak mengundang padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban semalam.
Perbuatan jijik bakal doktor menyimpan 740 gambar lucah dan mengarah video pornografi kanak-kanak mengundang padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban semalam.


Lelaki Bangladesh, Zobaidul Amin, 24, pelajar sebuah universiti swasta itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas 12 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Zobaidul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dibacakan dalam bahasa Inggeris.


Zobaidul didakwa di atas 12 pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Seremban semalam.


Zobaidul didakwa dengan lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan suatu pembuatan pronografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan aplikasi Snapchat.

Dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa mempunyai suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu sebanyak 740 imej digital di dalam telefon bimbit, pemacu USB dan cakera keras.

Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Bukit Rasah di sini antara 26 ­Oktober 2021 sehingga 19 September lalu.

Ketika prosiding, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memohon tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

Zahida berkata, sekiranya ikat jamin diberikan, dibimbangi tertuduh akan meneruskan aktiviti mengarahkan penghasilan pornografi kanak-kanak dan mengganggu mangsa kanak-kanak secara online.

Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh, Harvindar Singh pula memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya itu kerana kesalahan dilakukan boleh diberikan ikat jamin.

Mahkamah kemudian mene­tapkan jaminan diberikan kepada tertuduh sebanyak RM96,000 selain mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang lain. Dia kemudian dibawa ke Penjara Seremban selepas gagal membayar wang ikat jamin.

Kes disebut semula pada 30 November depan.

Terdahulu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam satu kenya­taan memaklumkan, polis telah menahan tertuduh di sebuah rumah di Seremban pada Isnin lalu kerana disyaki memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Katanya, dalam serbuan itu polis telah menemui sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer riba dan telefon bimbit milik suspek.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek telah menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan meme­rangkap mangsa serta melakukan ugutan bagi mendapatkan bahan berunsur seksual daripada ­mangsa yang terdiri dari kanak-kanak luar negara.

Penahanan suspek yang me­nuntut di sebuah pusat pengajian tinggi itu merupakan hasil kerjasama polis dengan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 23-9-2022 10:41 AM
pedo macam  ni elok sula & hantar berambus balik
Quote azimodin 23-9-2022 10:49 AM
Elok bunuh je la pedo canmm dia ni, x guna simpan dalam penjara.
Quote Raline 23-9-2022 11:03 AM
Post time 22-9-2022 08:07 PM
[Tempatan] Mahasiswa didakwa miliki 740 bahan lucah kanak-kanak
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5065956&extra=

dah ada

Quote Dalcott 23-9-2022 11:10 AM
adoiii nak jd doktor tu
Quote rogayahtop 23-9-2022 07:06 PM
selalu tgk pompuan melayu ni kalau dgn lelaki bangladesh dekat kedai2 bangla jaga ni sampai bertepok tampar punyala mesra. tak percaya pegi la kedai2 yg ramai abangla ni cashier.

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.067020 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top