CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Zul Ariffin Bakal Berhijrah Ke Makkah Mulakan Perniagaan, Tak Perlahankan Karier Seni

23-9-2022 10:00 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2798| Komen: 45|Original author: Tatod

Description: Pelakon, Zul Ariffin mendedahkan dia bakal berhijrah dan menetap di Makkah pada hujung tahun ini bagi memulakan perniagaan di sana.
Sumber IG


Pelakon, Zul Ariffin mendedahkan dia bakal berhijrah dan menetap di Makkah pada hujung tahun ini bagi memulakan perniagaan di sana.

Menerusi laporan mStar, aktor itu berkata, perniagaan tersebut sudah lama dirancang dan sekarang adalah masa terbaik untuk meneruskan impian berkenaan.

"Sekarang ini dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan. Memang menetap di sana, tapi pastinya akan sering kembali ke Malaysia.



"Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya ia terjadi. Justeru itu ia memerlukan saya untuk tinggal di sana. Bukan hanya di Makkah, saya juga akan travel banyak negara selepas ini," katanya.

Walaupun bakal memulakan kehidupan baru di negara lain, Zul bagaimanapun berkata itu bukanlah bermakna dia memperlahankan kerjaya seni di Malaysia.

Mengakui teruja untuk menjalani fasa baharu dalam kerjaya, Zul berkata dia sudah bersedia dengan segala cabaran sebagai seorang anak seni bergelar ahli perniagaan.

"Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon. Malah sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan.


"Sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemil. Sambutan terhadap filem di pawagam juga semakin bertambah baik. Rugilah kalau saya perlahankan kerjaya seni.

"Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus kerana masih produktif walaupun penat," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zul tampil dengan filem baharu lakonannya berjudul Talbis Iblis arahan Khabir Bhatia. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sr10 23-9-2022 10:17 AM
Tahniah, tak perlu gebang awai2, tup2 dah sampai. Moga menjadi insan lebih baik. Yang gebang 10 tahun dulu pun x sampai lagi
Quote lasagna 23-9-2022 10:20 AM
selamat maju jaya buzz lightyear di tanah Areb!
Quote rosannazmia 23-9-2022 10:22 AM
Alhamdulillah duduk di Mekah, syukur bkn Las Vegas
Quote anakkerengga 23-9-2022 10:22 AM
Ramai betul retis nak pindah ke mekah…rezki msg2..
Quote supernaturalee 23-9-2022 10:28 AM
"Dalam perkembangan lain, Zul tampil dengan filem baharu lakonannya berjudul Talbis Iblis arahan Khabir Bhatia"

KB dh keluar filem baru
nasha aziz lg uols
klu baca sinopsis mcm cliche je
psl bidan yg guna ilmu hitam

Quote 3chanceno 23-9-2022 10:38 AM
Huntong lah ada biz n menetap di ereb, walaupun belum dikhabar biz apa

Yang duk awal2 gebang nak sambung belajar, nak belajar bahasa ereb & nak anak terpaling pandai dlm bahasa ereb, bila pulak nak pindah?
Quote missbigrockstar 23-9-2022 10:49 AM
Niaga minyak attar dan buah kurma kah sheikh zul? Selamat berjaya dalam business. Yalah yalah
Quote Aneem 23-9-2022 10:51 AM
Niaga makanan malaysia.







Ke jadi anak hekan?
Quote prince_marhaen 23-9-2022 10:52 AM
kat tanah arab sana jangan dok dukung maid pinoy pulak ye jullipin....ke jadi sugar bottom pak arab? ehhh!
Quote samshik 23-9-2022 10:57 AM
Buleh berjiran ngan lopa
Quote sora13 23-9-2022 11:00 AM
Sejak Arab Saudi dah liberalisasikan sosial dan ekonomi dia orang, ramai betul nak duduk sana. Hujung2 minggu boleh pi Jeddah, sejam sampai. Berpuluh2 concert ada di hujung minggu. K-pop concert pun ada, F1GP pun ada. Jeddah is Dubai in the making.
Quote shailyvelera 23-9-2022 11:00 AM
selamat maju jaya jela, pakai baju arab tu nmpk nau tuanya .
Quote acikbajuhijau 23-9-2022 11:46 AM
apa pun, acik nak cakap good luck jul. gitulah hidup ni mesti diteruskan.
Quote ayukpingu 23-9-2022 12:04 PM
anakkerengga replied at 23-9-2022 02:22 AM
Ramai betul retis nak pindah ke mekah…rezki msg2..

ye ke? siapa lagi?
Quote epal_putih 23-9-2022 12:07 PM
Wahhh
Bila nk gi?
Quote kessah 23-9-2022 12:12 PM
bawak ruhainis skli tak ?
Quote AbukRokok 23-9-2022 12:31 PM
masing2 mgkin tgh bersiap2 nak sambut emam mehdivikia
Quote kru_mania 23-9-2022 01:08 PM
Welcome to KSA...
#saudinationalday
Quote JunkMail 23-9-2022 01:22 PM
sora13 replied at 23-9-2022 11:00 AM
Sejak Arab Saudi dah liberalisasikan sosial dan ekonomi dia orang, ramai betul nak duduk sana. Hujun ...

Bukan Jeddah kot.. Neom is Dubai in the making

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.066991 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top