CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Dikritik Penonton Di Malaysia, Tapi Minah Saleh Ni Tonton Filem Mat Kilau Sampai Mengalir Air Mata

23-9-2022 07:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1195| Komen: 18

Description: Sejak filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan secara eksklusif di Netflix sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu, banyak kritikan dan komen-komen negatif dari penonton yang pertam ...



Sejak filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan secara eksklusif di Netflix sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu, banyak kritikan dan komen-komen negatif dari penonton yang pertama kali menonton filem itu di Netflix tular di media sosial.

Rata-rata penonton yang tidak menonton di pawagam memberi respons negatif terhadap filem tersebut terutamanya dari segi bunyi, skrip dan kualiti sinematografi.

Menariknya, lain pula reaksi yang ditunjukkan oleh seorang wanita dari Amerika Syarikat ini yang dilihat begitu menghayati filem Mat Kilau.

Menurut suami wanita itu, pada mulanya isterinya kelihatan agak bosan dan mengantuk untuk terus menonton filem itu namun kembali teruja tatkala filem terbabit memaparkan beberapa adegan tempur. Mungkin tidak mampu menahan sebak dengan adegan menyentuh hati, isterinya itu kemudian mengalirkan air mata.


Difahamkan wanita tersebut merupakan isteri kepada seorang lelaki Melayu kelahiran Malaysia yang menetap di luar negara.


Malah dalam video terbaru yang dimuat naik oleh suami wanita terbabit di akaun @jaibhrdn turut menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa nama filem Mat Kilau telah ditukar kepada Shinning Man untuk tayangan di luar negara.


Menurutnya, nama filem Mat Kilau yang disiarkan dalam Netflix US masih kekal sama dan dan audio juga masih dalam bahasa Melayu serta tiada pilihan alih bahasa disediakan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 23-9-2022 01:57 AM
Decaf pun confessed heols nangis katanya. Selera masing2.

Aiol tengok 10 minit ja. Promising filem ni tapi sebab pengarahnya si Samsol, banyak la loopholes. Tengok, rhyme.
Quote VespaSilbe 23-9-2022 02:13 AM
dah tgk kat Netflix.. patutla kena kutuk
awat omputih cam tepung gomak
riak muka macam tak in character... lembik
Baik lakonan zahiril adzim kat scammer 2
Quote imanjannah 23-9-2022 02:46 AM
Jai & Sam..
Quote dudaberhias 23-9-2022 02:53 AM
Dia menangis sebab nak keluar panggung la kot, dah tak tahan dan hanya mampu berserah kepada ilahi. Kaka memang dah trauma terus lepas tengok filem ni. Rasa macam last lah tengok filem si sol ni.
Quote sharlenetexas 23-9-2022 02:53 AM
Demi content.


Quote anony-mous 23-9-2022 03:34 AM
Clout chaser. Demi viral. Ingat netijen buduh ka?
Quote sukacactus 23-9-2022 05:45 AM
Alaaa...Jai & Sam ni pun ada youtube channel diorang
Skit lg ramai la subs
Quote Suchi 23-9-2022 05:56 AM
Lerr bini org melayu ke yg nangis2 tu? Ohh influencer…
Hurmm utk content khen?
Org kita suka laaa bila mat saleh bleh ckp BM, suka pilem melayu, suka mkn mknn melayu blablaaa
Quote chandrahusin 23-9-2022 07:28 AM
Smlm ada terbaca MK top ten kat Netflix Arab Saudi
Katanya filem Indo pun belum penah top ten sana
Masih dok berahi aiols nak tengok MK
Quote makton 23-9-2022 07:32 AM
dia nangis sedih tgk bangsa dia kalah kena tikam dgn geng2 MK kot
Quote buragazz 23-9-2022 07:58 AM
makton replied at 23-9-2022 07:32 AM
dia nangis sedih tgk bangsa dia kalah kena tikam dgn geng2 MK kot

Aku nak cakap bend yang sama... ko dah cakap dulu..
Quote makton 23-9-2022 08:03 AM
buragazz replied at 23-9-2022 07:58 AM
Aku nak cakap bend yang sama... ko dah cakap dulu..

kena plak timing queen eli mangkat. tambah syahdu la deme tgk MK tu
Quote azimodin 23-9-2022 08:05 AM
I nangis part bini mengandung kena stab je
Quote helicornia 23-9-2022 09:01 AM
dia baca subtitle
kita dengar dialog geli rasa
Quote prince_marhaen 23-9-2022 09:31 AM
....dia nangis sebab orang putih tu tepung gomak sangat kot...dengan rambut bulu2 semua bleach orange nak bagi nampak perang... yihh..
Quote buragazz 23-9-2022 12:05 PM
makton replied at 23-9-2022 08:03 AM
kena plak timing queen eli mangkat. tambah syahdu la deme tgk MK tu

Kan...
Quote Artemesiaa 23-9-2022 02:26 PM
Lantak ler dia nak macam mana masing2 punya minat
Quote rogayahtop 23-9-2022 07:55 PM
tgk mubi ni ada skill. kalau tgk mubi m night siangmalam contohnya kena la prepare awal2 citer tamil, cite bollywood, black n white european films

dah kalau tgk citer melayu, ready je lah dgn segala trope filem melayu.  yg kat twitter dok kutuk2 tu ingat taste dia yg paling amazing, padahal bila tgk list fave movie dia pun alahai takda la impressive sgt pun.

Lihat semua komen(18)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.064467 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top