CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Badan Seperti Dibakar Api, Remaja Alahan Terhadap Air

22-9-2022 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 634| Komen: 3

Description: Seorang remaja perempuan mengalami sejenis sindrom yang jarang berlaku apabila dia mempunyai alahan terhadap air yang menghasilkan kesan seperti dibakar ke atas badannya, lapor portal berita MailOnlin ...
Seorang remaja perempuan mengalami sejenis sindrom yang jarang berlaku apabila dia mempunyai alahan terhadap air yang menghasilkan kesan seperti dibakar ke atas badannya, lapor portal berita MailOnline.


Remaja dari negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS), Sadie Tessmer berkata, alahan yang digelar ‘aquagenic urticaria’ mula menyerangnya pada akhir tahun lalu.


Daily Mail

“Keadaan ini menghalang saya untuk keluar berenang di pantai, bermain kayak di tengah tasik atau berpeluh semasa berlatih bola sepak.

“Air membuatkan badan saya kelihatan seperti dibakar api dan ruam-ruam merah akan muncul. Sepanjang musim panas lalu, saya hanya tinggal di rumah dan mengelak semua aktiviti luar yang menyebabkan saya berpeluh,” jelasnya.


Tessmer masih boleh meminum air tetapi mesti menggunakan penyedut minuman bagi mengelakkan cecair itu menyentuh bibirnya.

Alahan kepada air sangat jarang berlaku, dengan hanya kira-kira 100 orang atau kurang daripada satu dalam 230 juta dianggap terjejas di seluruh dunia. 

Tiada penawar yang boleh ditawarkan kepada penghidap sindrom itu dan pakar memberi amaran bahawa serangan ruam boleh membawa maut jika ia menjadi terlalu teruk.

Tessmer sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan air dan suka berenang, bermain bola sepak atau pergi ke pantai sehingga akhir 2019.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 22-9-2022 08:48 PM
bukan kah manusia di cipta daripada air mani? ni ujian dia moga dia sembuh dan mendapat pertunjuk hidayah.
Quote Tinot7 22-9-2022 10:17 PM
semoga sembuh..
Quote matchstick 22-9-2022 11:02 PM
Seksa nya tak boleh mandi..kalau duduk Malaysia yg panas ni mesti serupa Bangla dh bau badan

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.065208 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top