CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Tak Bosan, Menarik, Sangat Bagus,"-Jay Jay Puji Filem Mat Kilau

22-9-2022 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 633| Komen: 9

Description: Saya tak peduli komen-komen negatif itu. Manusia tak akan puas hati dengan kejayaan seseorang."
Saya tak peduli komen-komen negatif itu. Manusia tak akan puas hati dengan kejayaan seseorang."

Demikian kata penyanyi terkenal Jay Jay mengenai maklum balas dan komen penonton terhadap filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) yang ditayangkan di Netflix mulai 16 September lalu.


Jay Jay berkata, dia amat meminati filem arahan Syamsul Yusof ini dan menyifatkan ia sebuah cerita yang menarik.


Foto: Harian Metro

"Filem ini sangat tajam, moden dan sangat mengujakan. Jadi saya tak perlu ambil peduli dengan komen negatif sebegini.


"Ketika filem ini mula keluar di Netflix, saya tengok seorang diri dan sangat memberi tumpuan. Saya nak tahu keistimewaan filem yang cetuskan impak dengan kutipan hampir RM100 juta ini.

"Mana ada sejarah kutipan begini. Bagi saya ini adalah pembikinan filem era moden yang terbaik di negara kita. Bukan saya pandang yang lain tak bagus tapi ini yang terbaik," katanya yang ditemui semasa rakaman program Salam Dari Maya 2.0 di Zepp, KL semalam.

Penyanyi lagu popular Cukuplah Sekali ini berkata, dia kagum dengan sistem bunyi filem ini yang bagus, selain menampilkan barisan pelakon pujaannya.

"Sebelum ini saya dengar berkenaan filem namun tidak tahu barisan pelakonnya kecuali Datuk Adi Putra. Selepas itu baru saya perasan pembabitan hero-hero ini dan rasa sangat bagus.

"Ceritanya menarik dan tidak bosan. Selalunya saya tengok cerita, pasti rasa bosan... ada kelakar seram tapi yang ini tiada dan sangat bagus.

"Saya memang teliti menonton filem terutama lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Nordin Ahmad dan Ahmad Nisfu. Filem-filem lain pun saya ikut tapi yang ini menarik perhatian saya," katanya.

Jay Jay bagaimanapun mengakui kekurangan filem ini kerana tidak menampilkan runut bunyi tersendiri agar kekal diingati peminat.

"Bagi saya filem epik mesti ada soundtrack yang dahsyat contohnya dari era filem Sanggam lagi.

"Ambil contoh filem Pontianak Harum Sundal Malam pun ada soundtrack. Lagu itu yang buat orang tertarik untuk menonton filem," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ihateyou5 22-9-2022 10:31 AM
Quote Ihateyou5 22-9-2022 10:36 AM
tengokjela
Quote Ihateyou5 22-9-2022 10:37 AM
sdsafsfsaf
Quote bulalof 22-9-2022 10:45 AM
pasni sol sol sol amik dia nyanyi lagu OST for future films
Quote eetodee 22-9-2022 11:42 AM
rambut dia tu memang rambut original eh?
Quote Perawankota 22-9-2022 06:19 PM
Maybe kena citarasa dia.. Aku tgk sekali je dah cukup
Quote msdummy.2018 22-9-2022 06:21 PM
Alah2 alah2...yanv xstuju dikatakan dengki? Eh koser nk dengki2
Quote msdummy.2018 22-9-2022 06:25 PM
Meh aku kasi cth filem yang rasa nk tgk ulang kali (tolak tepi citer p ramlee)
1. Merong mahawangsa
2. Magika
3. Polis evo
4. Tentang pria
5. Pgl (sebab suka susun bhs and costume)
6. Siri cicakman
Quote surih07 22-9-2022 06:37 PM
Goodla uols enjoy

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-12-2022 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.087653 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top