CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Untung Ribu-Ribu, Mampu Pakai Velfire Tapi Langsung Tak Isytihar Cukai

22-9-2022 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6246| Komen: 99

Description: Isu komuniti peniaga cuba bersikap tidak jujur serta mengelak daripada mengisytiharkan cukai pendapatan mereka bukan perkara baharu.
Isu komuniti peniaga cuba bersikap tidak jujur serta mengelak daripada mengisytiharkan cukai pendapatan mereka bukan perkara baharu.

Lebih tidak bertanggungjawab apabila golongan berkenaan mahu masyarakat luar mengiktiraf kononnya mereka berada dalam kategori berpendapatan rendah sedangkan ia bertentangan dengan situasi sebenar.

Seorang pengguna Facebook berkongsi kekecewaannya apabila mendakwa bahawa dia menyedari kini peniaga nasi lemak tepi jalan juga mampu memiliki sebuah Toyota Vellfire.

Gambar Hiasan

“Ni kereta B40 zaman sekarang. Masa nak beli, bank cukup (mesti) tolak (permohonan pinjaman). Tiada rekod daftar cukai. Bayar cukai apatah lagi.


“Jadi, macam mana bank nak yakin kemampuan kewangan kau? Dia punya mengamuk sakan dengan pegawai bank sampai habis dirakam dan viralkan semuanya. Kalau boleh celah lubang hidung pegawai bank pun dirakamnya.

“Dia kata walaupun berniaga nasi lemak tepi jalan, kerja 7 pagi sampai 11 pagi saja tapi pendapatan bulanan dia cecah RM11,000.

"Sudah dua kali belanja mak pi umrah. Setakat gaji pegawai bank tu katanya, banyak lagi pendapatan bulanan dia. Tapi tak nak declare income tax,” ujarnya.

Kata lelaki itu, keangkuhan peniaga nasi lemak yang menjana pendapatan bulanan berjumlah puluhan ribu lebih terserlah apabila mereka mampu membuat pembelian kereta Perodua Myvi secara tunai.


Foto: via mStar

Namun segalanya mula berubah apabila mereka menerima surat penalti daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) gara-gara tidak membayar cukai sekitar lima tahun berniaga.

Pada ketika itu, dakwa lelaki ini, peniaga mula bersikap ‘zuhud’ dengan menyatakan kepayahan mereka dalam mencari rezeki berniaga tepi jalan.

“(Kali ini) dia kata apalah sangat berniaga nasi lemak tepi jalan. Kais pagi makan pagi je. Kalau hujan, tak habis jualan kami buang saja.

“Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok orang makan free padahal kami nak start masak tu kena bangun 3 pagi. Pukul 11 pagi habis berniaga.

“Tapi nak mengemasnya dah setengah jam. Sampai rumah bukan boleh terus rehat. Nak mengangkut daripada kereta ke dapur lagi. Nak membasuh lagi. Bawang-bawang rempah semua bukan boleh baru nak sedia esok.

“Balik tulah kena terkocoh-kocoh sediakan. Mau (mahu) 12 jam juga menghadapnya. Tapi pendapatan apalah sangat sampai kena penalti RM132,000. Tolong lah encik katanya,” jelas lelaki itu lagi dalam hantarannya mengajuk sikap segelintir peniaga.

Bukan itu sahaja, dakwa lelaki ini lagi, mereka juga merupakan golongan yang menerima bantuan BR1M, zakat, bantuan peniaga malah bantuan kerajaan negeri yang kemudiannya menunjuk-nunjuk bantuan tersebut di Facebook.

Katanya lagi, jika dihitung semula pendapatan peniaga golongan B40, mereka sebenarnya boleh dinaik taraf kepada kategori T20 tanpa perlu berada dalam kelompok M40.

“Kerja makan gaji, tapi dekat luar join MLM, jual jamu, jual produk timbang kilo, jual kek, sampai pendapatan bulanan cecah kategori T20 Lembah Klang.

“Apabila tak declare, data dan status perangkaan akan kekal dengan bilangan B40 yang ramai. Sampai bila tak nak upgrade? Sebab ada perangai B40 macam ni la, sampai bila-bila pun kerajaan sukar nak kurangkan rakyat berpendapatan B40,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, perkongsian lelaki tersebut meraih lebih 1,900 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 340 kali.

Rata-rata warga maya bersetuju dengan luahan dibuat melalui hantaran tersebut dalam sebuah grup di Facebook.

“Sangat tepat, takut nak declare (T20) sebab nanti banyak bantuan tak dapat. Mereka tak ada slip gaji. Masa untung besar diam, masa rugi habis cerita disiarkan untuk simpati.

“Untung tak declare. Seumur hidup tak bayar cukai, bayar zakat saja cukup. Tapak berniaga atas tanah orang.

"Apabila majlis bandaran datang sita, mengamuk, lepas tu viral buat menangis minta simpati. Itulah dia T20 undercover B40.

“Berniaga rancak tapi tak declare income tax. Terlalu banyak. Itulah golongan T20 dalam B40. Macam mana angka B40 tu nak berganjak,” komen beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-9-2022 11:55 PM
Ramai begini.

Sebab tu weols kat sekolah kena selidik betul2 pendapatan mak bapak. Sebab tu juga jangan merempan bila weols minta uols slip gaji, declare pendapatan, etc. Bukan weols nak menyibuk pon berapa korang make sebulan. Just huntok pastikan bantuan tu dapat kat orang yang betul, bukan anak kontraktor bapak kengkunun pendapatan 500 hengget sebulan pehtu mak kengkunun surirumah (tapi bisnes Tapauware kencang).
Quote green~tea 21-9-2022 11:56 PM
Shadow economy....


Benda ni akan selesai bila ada GST..
Quote eizarz 22-9-2022 08:47 AM
semua golongan ni semua di bakar kt neraka nanti...
Quote Kitty_catz 22-9-2022 08:48 AM
laaa baru tau ke.. duk gua mana tu?
Quote Afie13 22-9-2022 08:54 AM
Yg mcm ni mmg ramai. Kwn i buat bisnes drp rumah bulan2 income boleh dapat sampai 4-5k tapi x declare tax untung la kita yg makan gaji ni x sampai 4k pun dah kena potong tax lepas tu bantuan mcm BKM tu pun dapat sikit je
Quote beautifulorchid 22-9-2022 09:02 AM
masaalahnye Velfire 2nd hand dah murah bai.....B40 pun mampu beli velfire 2nd hand
Quote epullipan 22-9-2022 09:04 AM
ramai mcm ni..tak declare..bila buat live bagai dok citer bangga tayang duit...yang mkn gaji cam aku je lhdn ni tolak byk2..sepatah bantuan tak dapat...nasib M40...
Quote TomyamPuteh 22-9-2022 09:06 AM
Acik nsk lemak dpn Petronas dkt umah aku naik BMW. Ahakkss.
Quote greantea 22-9-2022 09:26 AM
tak habis jualan kami buang saja. “Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok  free padahal kami nak start masak tu kena bangun 3 pagi - ada jugak org mcm ni. islam pulak tu.
Quote F685 22-9-2022 09:33 AM
Golongan macam ini memang kumpulan sasaran kami.
Quote CARI-MRO 22-9-2022 09:39 AM
Isu komuniti peniaga cuba bersikap tidak jujur serta mengelak daripada mengisytiharkan cukai pendapatan mereka bukan perkara baharu.


Lebih tidak bertanggungjawab apabila golongan berkenaan mahu masyarakat luar mengiktiraf kononnya mereka berada dalam kategori berpendapatan rendah sedangkan ia bertentangan dengan situasi sebenar.


Seorang pengguna Facebook berkongsi kekecewaannya apabila mendakwa bahawa dia menyedari kini peniaga nasi lemak tepi jalan juga mampu memiliki sebuah Toyota Vellfire.


Gambar Hiasan




“Ni kereta B40 zaman sekarang. Masa nak beli, bank cukup (mesti) tolak (permohonan pinjaman). Tiada rekod daftar cukai. Bayar cukai apatah lagi.


“Jadi, macam mana bank nak yakin kemampuan kewangan kau? Dia punya mengamuk sakan dengan pegawai bank sampai habis dirakam dan viralkan semuanya. Kalau boleh celah lubang hidung pegawai bank pun dirakamnya.


“Dia kata walaupun berniaga nasi lemak tepi jalan, kerja 7 pagi sampai 11 pagi saja tapi pendapatan bulanan dia cecah RM11,000.


"Sudah dua kali belanja mak pi umrah. Setakat gaji pegawai bank tu katanya, banyak lagi pendapatan bulanan dia. Tapi tak nak declare income tax,” ujarnya.


Kata lelaki itu, keangkuhan peniaga nasi lemak yang menjana pendapatan bulanan berjumlah puluhan ribu lebih terserlah apabila mereka mampu membuat pembelian kereta Perodua Myvi secara tunai.




Foto: via mStar




Namun segalanya mula berubah apabila mereka menerima surat penalti daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) gara-gara tidak membayar cukai sekitar lima tahun berniaga.


Pada ketika itu, dakwa lelaki ini, peniaga mula bersikap ‘zuhud’ dengan menyatakan kepayahan mereka dalam mencari rezeki berniaga tepi jalan.


“(Kali ini) dia kata apalah sangat berniaga nasi lemak tepi jalan. Kais pagi makan pagi je. Kalau hujan, tak habis jualan kami buang saja.


“Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok orang makan free padahal kami nak start masak tu kena bangun 3 pagi. Pukul 11 pagi habis berniaga.


“Tapi nak mengemasnya dah setengah jam. Sampai rumah bukan boleh terus rehat. Nak mengangkut daripada kereta ke dapur lagi. Nak membasuh lagi. Bawang-bawang rempah semua bukan boleh baru nak sedia esok.


“Balik tulah kena terkocoh-kocoh sediakan. Mau (mahu) 12 jam juga menghadapnya. Tapi pendapatan apalah sangat sampai kena penalti RM132,000. Tolong lah encik katanya,” jelas lelaki itu lagi dalam hantarannya mengajuk sikap segelintir peniaga.


Bukan itu sahaja, dakwa lelaki ini lagi, mereka juga merupakan golongan yang menerima bantuan BR1M, zakat, bantuan peniaga malah bantuan kerajaan negeri yang kemudiannya menunjuk-nunjuk bantuan tersebut di Facebook.


Katanya lagi, jika dihitung semula pendapatan peniaga golongan B40, mereka sebenarnya boleh dinaik taraf kepada kategori T20 tanpa perlu berada dalam kelompok M40.


“Kerja makan gaji, tapi dekat luar join MLM, jual jamu, jual produk timbang kilo, jual kek, sampai pendapatan bulanan cecah kategori T20 Lembah Klang.


“Apabila tak declare, data dan status perangkaan akan kekal dengan bilangan B40 yang ramai. Sampai bila tak nak upgrade? Sebab ada perangai B40 macam ni la, sampai bila-bila pun kerajaan sukar nak kurangkan rakyat berpendapatan B40,” ujarnya lagi.


Untuk rekod, perkongsian lelaki tersebut meraih lebih 1,900 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 340 kali.


Rata-rata warga maya bersetuju dengan luahan dibuat melalui hantaran tersebut dalam sebuah grup di Facebook.


“Sangat tepat, takut nak declare (T20) sebab nanti banyak bantuan tak dapat. Mereka tak ada slip gaji. Masa untung besar diam, masa rugi habis cerita disiarkan untuk simpati.


“Untung tak declare. Seumur hidup tak bayar cukai, bayar zakat saja cukup. Tapak berniaga atas tanah orang.


"Apabila majlis bandaran datang sita, mengamuk, lepas tu viral buat menangis minta simpati. Itulah dia T20 undercover B40.


“Berniaga rancak tapi tak declare income tax. Terlalu banyak. Itulah golongan T20 dalam B40. Macam mana angka B40 tu nak berganjak,” komen beberapa netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Quote Simunggu 22-9-2022 09:41 AM
yg kesian T20 yg makan gaji....income tax mak ai banyaknya...org berniaga dapat bantuan itu ini tapi income tax tak bayar pendapatan banyak sisip bawah bantal
Quote noor2 22-9-2022 09:42 AM
T20 yg gaji sama taraf dgn penjual nasi lemak ni cara kerja sgtla lain....ko ingat senang ke dari awal nk dpt income 11k tu....

Bukan tetap pun gaji depa mcm kerja professional..

Dengki aje hidup manusia ni....cubala jd penjual nasi lemak
Quote F685 22-9-2022 09:44 AM
Thread dah ada. Kejar view & commission ke ?
Quote cutieslilies 22-9-2022 09:46 AM
kakakakka..

ada depan mata.. mmg duit cash byk..tapi nak beli umah..kereta semua x lepas..sbb xder payslip ngan takde rekod..

pastu nak pinjam nama..eh..eh..mmg idaklaaa

bila tanya bayar cukai tak ni..jwbnya..eh..kita bayar zakat laaa...yerlaaaaa..yerlaaaa
Quote selipar_hijau 22-9-2022 09:48 AM
M40 juga yg makin lama makin tersepit dgn kehidupan. M40 pun dh ramai jadi B40 hakikatnya
Quote cutieslilies 22-9-2022 09:59 AM
greantea replied at 22-9-2022 09:26 AM
tak habis jualan kami buang saja. “Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok  free padaha ...

kannnn...

busuknya hati..eloklaaaa harapnya bisness melingkup... dia sakit hati yer..dia x kire lagi org lain punya sakit hati...



Quote copy_paste 22-9-2022 10:02 AM
greantea replied at 22-9-2022 09:26 AM
tak habis jualan kami buang saja. “Nak derma dengan orang, sakit pula hati kami tengok  free padaha ...

hati dah hitam tu,sampaikan sanggup buang dari bagi kat org,sakit hati nengok org lain senang dpt free
Quote Suchi 22-9-2022 10:03 AM
F685 replied at 22-9-2022 09:33 AM
Golongan macam ini memang kumpulan sasaran kami.

Sis/bro staff lembaga ke? Cemana nak jumpa dorang nk borak2 sikit nak tanya itu ini?
Kena g sana ke or leh sembang2 kt tepon?

Lihat semua komen(99)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.084130 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top