CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Zamarul Hisham Kekal Relevan, Dah Tua Tapi Tetap Dapat Watak Hero

22-9-2022 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5986| Komen: 80

Description: Masih ditawarkan peluang membawa watak hero dalam drama, pelakon Zamarul Hisham berkongsi tip kepada bakat baharu yang mahu kekal relevan dalam industri lakonan.
Masih ditawarkan peluang membawa watak hero dalam drama, pelakon Zamarul Hisham berkongsi tip kepada bakat baharu yang mahu kekal relevan dalam industri lakonan.


Kata Zamarul atau nama sebenarnya Zamarul Hisham Mohamed, 51, pelakon baharu ini haruslah mempunyai kesungguhan menjayakan watak diberi dan melakukan pekerjaan itu sebaik mungkin.

Foto: IG

"Kalau boleh saya kongsikan kepada pelakon muda, setiap tanggungjawab yang diberi saya akan galas dengan penuh ketekunan dan kesungguhan.

"Mungkin itu yang saya amalkan daripada dulu, buat sebaik mungkin.

"Saya bukan orang yang bekerja sambil lewa. Bila dapat skrip, saya akan cuba jadikan skrip itu lebih baik," katanya kepada mStar.



Zamarul ditemui dalam sidang media secara virtual drama Aku Tanpa Cintamu (TV3) yang diadakan baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon ini juga turut menjelaskan tiada beza antara pelakon baharu dan pelakon lama melainkan pengalaman.



"Kehadiran pelakon baharu ini sangat dialu-alukan kerana ia dapat memajukan industri hiburan tanah air.

"Mungkin kalau nak bezakan pelakon lama dan baharu, kami dilatih supaya menghargai tanggungjawab daripada bidang yang kita pilih," katanya.

Dalam pada itu, Zamarul juga menasihati pendatang baharu agar tidak hanya sekadar mengejar populariti dan nama serta jangan sesekali melupakan asal usul.



"Sebagai anak seni kita kena bekerja dengan ikhlas dan bukannya hanya untuk mengejar nama dan popular.

"Nasihat saya ringkas sahaja, ingat niat kita berlakon untuk apa... andai kata kita berjaya masuk bidang ini, itu satu peluang untuk tunjukkan bakat.

"Bila orang suka lakonan kita, jangan lupa asal usul kita," ujarnya.



Drama lakonan Zamarul berjudul Aku Tanpa Cintamu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Selain Zamarul, ia turut dibintangi oleh Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan dan Dato’ Sri Eizlan Yusof.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 20-9-2022 10:57 PM
Heran betul acik kapel2 pelakon skang ni
Personally korang laki bini kemahen tayang dah berhijrah, bini2 korang tak sangga yislamik kat socmed
Setad setajah selebriti pun beriye laaaaahhh puji puja korang, karat2 memasing pun kemahen worshipping korangnye lifestyle yg dah berhijrah tu
Tapi acik dok nampak bini2 saja yg terpaling yislamik, yg lakinye relaks2 begesel dgn pompuan lain
Contohnye yusry, amar bahrin, laki dayah pakinson, laki zizi kirana pun selamba jekkkk buat scene begesel dgn pompuan
Lain machiammmm betul korang punya hijrah neh
Quote slyfynx 20-9-2022 11:11 PM
Acikgomen replied at 20-9-2022 10:57 PM
Heran betul acik kapel2 pelakon skang ni
Personally korang laki bini kemahen tayang dah berhijrah, b ...

Tp Bella pulak terbalik.
Laki konon2 insof. Bini still menahik jugak
Quote AWEKSAMURAI 20-9-2022 11:14 PM
Aku suka gak zamarul ni berlakon tp utk drama ni sorry lah xnk tgok sbb x suka bella katik
Quote Acikgomen 20-9-2022 11:16 PM
slyfynx replied at 20-9-2022 11:11 PM
Tp Bella pulak terbalik.
Laki konon2 insof. Bini still menahik jugak

Si alep timun tu pun tah betul insop ke tidakkkkkk
Bukan leh caya sgt
Quote Minami2013 20-9-2022 11:16 PM
I byk je tgk cerita2 yg berkualiti tk perlu pun pelakon hensem, cantik dan muda. Yg penting story line yg menarik dan ada jiwa dlm lakonan. Mcm cerita aisah 50 sen tu. Terkesan betul tgk. Tu realiti hidup.
Quote makadek 20-9-2022 11:29 PM
Acikgomen replied at 20-9-2022 10:57 PM
Heran betul acik kapel2 pelakon skang ni
Personally korang laki bini kemahen tayang dah berhijrah, b ...

Bini2 yitu semua nk terpaling pemes pasal muslimotttt.. ade ke adegan baru laki si zizik ni...
Quote makadek 20-9-2022 11:30 PM
Minami2013 replied at 20-9-2022 11:16 PM
I byk je tgk cerita2 yg berkualiti tk perlu pun pelakon hensem, cantik dan muda. Yg penting story li ...

Nk tgk drama berkualiti tgk kt rtm ...mmg best2
Kisah masyarakatttt
Quote Lampuled 20-9-2022 11:33 PM
Ok je zamarul ni berlakon tak kayu.
Ok dia jd hero pun sbb dia berlakon tak nmpak poyo. Klau yg sorng lg abg RN tu i tak leh tgk mck perasan je.
Quote Minami2013 20-9-2022 11:34 PM
makadek replied at 20-9-2022 03:30 PM
Nk tgk drama berkualiti tgk kt rtm ...mmg best2
Kisah masyarakatttt

Dah lama tk tgk drama melayu sis.. suap i sikit slot pkul berapa dan channel 1 ke 2?
Quote pearl.silver 20-9-2022 11:37 PM
Drama yg ni iols skip betul. Sbb bella tu nmpk mcm budak lembam jek..
Btw ni first time iols tgk dia berlakon.
Mmg mcm tu ke?
Quote makadek 20-9-2022 11:42 PM
Minami2013 replied at 20-9-2022 11:34 PM
Dah lama tk tgk drama melayu sis.. suap i sikit slot pkul berapa dan channel 1 ke 2?

Tv 2
Selasa dn rabu 9mlm
Tv1 jumaat 9mlm
Mmg best2 drama kt rtm
Last week jabat erat2 ...tv2 pasal khdpn kanak2 tahun 80an mengamit sungguh
Quote exclusive_vvip 20-9-2022 11:43 PM
zamarul,namron..iols geli la tgk mulut diorg..kepam..so x minat nak tgk diorg berlakon..camna orang bleh suka ek?
Quote makadek 20-9-2022 11:43 PM
pearl.silver replied at 20-9-2022 11:37 PM
Drama yg ni iols skip betul. Sbb bella tu nmpk mcm budak lembam jek..
Btw ni first time iols tgk dia ...

Tk suka gak tgk bela
Lawa celah mana mcm kucing parsi je pesek
Quote pearl.silver 20-9-2022 11:45 PM
makadek replied at 20-9-2022 11:43 PM
Tk suka gak tgk bela
Lawa celah mana mcm kucing parsi je pesek

Sgt tak lawa.. tiberr lak masuk drama tv3. Selalu dia kn muka asterok
Quote makadek 20-9-2022 11:46 PM
exclusive_vvip replied at 20-9-2022 11:43 PM
zamarul,namron..iols geli la tgk mulut diorg..kepam..so x minat nak tgk diorg berlakon..camna orang  ...

Zamarul tu muka manis laa suka jr tgk dia
Quote mosti 20-9-2022 11:47 PM
Dah tengok drama ni..saja la terklik...citer die menarik..character masing2 menjadi...try la tengok...ingat kan memula x best...
Quote Lampuled 21-9-2022 12:26 AM
makadek replied at 20-9-2022 11:30 PM
Nk tgk drama berkualiti tgk kt rtm ...mmg best2
Kisah masyarakatttt

Setuju. cerita RTM jln cerita menarik. Tak stereotype.
Lg satu i suka cerita arahan sabri yunus.
Quote dua_chzy 21-9-2022 02:54 AM
Acikgomen replied at 20-9-2022 02:57 PM
Heran betul acik kapel2 pelakon skang ni
Personally korang laki bini kemahen tayang dah berhijrah, b ...

Macam Noh Nina ye acik.
Quote Perawankota 21-9-2022 04:25 AM
Zamarul ni berlakon memang best. Tapi klu dah jadik hero tu, at least rambut tu rapikanlah..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.096579 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top