CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ada Peminat Ajak Kahwin, Amir Masdi Akui Belum Sedia Jadi Suami

23-9-2022 10:01 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 973| Komen: 16|Original author: Tatod

Description: Penyanyi Amir Masdi mendedahkan dia pernah menerima lamaran perkahwinan daripada peminat menerusi hantaran mesej di Instagram rasmi miliknya.
Sumber IG


Penyanyi Amir Masdi mendedahkan dia pernah menerima lamaran perkahwinan daripada peminat menerusi hantaran mesej di Instagram rasmi miliknya.

Menerusi laporan Getaran, bagi Amir, perkahwinan adalah fasa penting dan dia sendiri mengakui masih belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.


"Ramai peminat yang dm saya bertanyakan soal status diri. Ada juga yang ajak kahwin. Tapi, saya tak buka mesej itu. Sekadar scroll ke bawah dan nampak perkataan kahwin.

"Saya faham, zaman media sosial membuatkan peminat mudah untuk berhubung dengan artis kesukaan mereka. Saya tak rasa lamaran itu kelakar sebab saya menghormati perasaan peminat.

"Namun sekarang saya belum di fasa mencari apalagi mempunyai calon untuk diajak berkahwin," katanya.


Dikelilingi rakan-rakan artis yang sudah berkahwin, namun pelantun lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah itu tidak tertekan sebaliknya mahu memberi fokus kepada karier nyanyiannya.

"Sekarang belum masa untuk saya berkahwin atau settle down. Melihat rakan artis yang saya rapat sudah berkahwin, mula-mula rasa terkejut tapi mungkin sebab mereka sudah bersedia dan saya bangga dengan mereka.

"Tapi, untuk saya sendiri, saya belum bersedia memikul tanggungjawab itu. Kalau suruh kahwin sekarang memang saya takut.

"Tunggulah nanti sehingga saya bersedia dan pasangan saya pun bersedia. Insya-Allah bila semua bersedia, kita dapat kurangkan masalah dalam rumahtangga," tambahnya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 23-9-2022 11:06 AM
dia take serious ke lamaran tu adoiiii
Quote supernaturalee 23-9-2022 11:22 AM
thn depan masuk gv dek


Quote gelas_pelastik 23-9-2022 11:47 AM
teringat 5 tahun lepas, iols pergi berurut  badan dengan sorang nenek ni. nenek tu cakap cucu dia masuk pertandingan nyanyi kat tv. sekali nenek tu tunjuk gambar, rupanya budak amir ni la
Quote supernaturalee 23-9-2022 12:03 PM
gelas_pelastik replied at 23-9-2022 11:47 AM
teringat 5 tahun lepas, iols pergi berurut  badan dengan sorang nenek ni. nenek tu cakap cucu dia ma ...

bangga nenek nye
cucu masuk tibi

cucu kau ade?

Quote bulalof 23-9-2022 12:05 PM
tu pun nak amik serious bgtau.

sebenarnya nak bgtau masih single.
Quote Redmyvi 23-9-2022 01:20 PM
muka dia ada iras que haidar skit
Quote cruz2 23-9-2022 01:27 PM
Bukan dh ada gf ke?
Quote DeLuna85 23-9-2022 02:36 PM
Ok Kejap lg aku nak dm dia ajak tunang
Quote Perawankota 23-9-2022 03:07 PM
Redmyvi: muka dia ada iras que haidar s ...


Betul tu.. Dah lah skang bila dia perform suka pakai style2 freddy Mercury.

Pastu mesti terbayang dia mcm que haidar dalam Filem Rock.. Hahah
Quote ezacbee 23-9-2022 03:20 PM
Adik amy mat piah
Quote shailyvelera 23-9-2022 03:35 PM
nasib sore ko sedap dik, klu lg kaw cercaan ko dpt dgn berita camni
Quote Lavender_Violet 23-9-2022 03:38 PM

Sapa Amy Mat Piah chuols?
Quote apikwaeh 23-9-2022 03:49 PM
cruz2 replied at 23-9-2022 01:27 PM
Bukan dh ada gf ke?

Tak silap gf dia org borneo. Tak sure sabah ke sarawak
Biasalah artis acah takde gf/bf hakikatnya taknak bersoal jawab dgn media
Quote ezacbee 23-9-2022 03:59 PM

Watak Amy Mat Piah lakonan Qu Haidar dalam filem Rock.
Quote anaktoyol 23-9-2022 05:13 PM
apikwaeh replied at 23-9-2022 03:49 PM
Tak silap gf dia org borneo. Tak sure sabah ke sarawak
Biasalah artis acah takde gf/bf hakikatnya  ...


mcm dah putus... ttgk dari status twitter budak pompuan tu... lg pun budak pompuan tu dah up gambar boy baru... teringat budak pompuan tu pernah up status twitter yg mcm maksudnya budak pompuan tu anggap amir mcm sesuatu yg sgt berharga tapi amir pulak buat budak pompuan tu mcm saru benda yg perlu di sembunyikan... lebih kurang mcm tu lah...
Quote apikwaeh 23-9-2022 08:46 PM
anaktoyol replied at 23-9-2022 05:13 PM
mcm dah putus... ttgk dari status twitter budak pompuan tu... lg pun budak pompuan tu dah up gamba ...

Ye ke.. Patutlah lama tak nmpk dah...
Ni kira go with the flow gamaknya
Artis tak ready lagi nak ada komitmen

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.072509 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top