CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tahniah Ainul Aishah! Dah Jadi Isteri Ahli Perniagaan

21-9-2022 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9145| Komen: 78

Description: Tahniah diucapkan kepada Ainul Aishah yang kini sah milik ahli perniagaan Khalid Redzuan.

Tahniah diucapkan kepada Ainul Aishah yang kini sah milik ahli perniagaan Khalid Redzuan.

Selepas setahun mengikat tali pertunangan, pelakon itu akhirnya menamatkan zaman bujang pada usia 37 tahun dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur.


IG Ainul

Pelakon drama Semerah Cinta Humairah turut memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kelancaran majlis dan kebahagian dikurniakan Tuhan seorang suami penyayang.

“Saya bersyukur atas segalanya. Akhirnya saya menjadi isteri kepada seorang lelaki yang penyayang. Saya bertuah sebab dikelilingi keluarga dan rakan-rakan pada hari bahagia. 


“Memori ini akan sentiasa ada dalam hati saya. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjadikan perkahwinan saya sangat bermakna,” tulisnya. 


IG Ainul

Dalam beberapa entri berasingan, Ainul turut memuat naik foto-foto menarik sepanjang berlangsungnya majlis perkahwinan dia dan Khalid yang merupakan seorang ahli perniagaan. 

Sebelum sah diijabkabul bergelar isteri orang, Ainul turut mengakui gementar dan cukup beremosi.

“Momen sebelum kami bergelar suami dan isteri. Momen yang sangat beremosi buat saya sebab sangat gementar sejak hari sebelumnya. 

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami kini suami isteri,” tulisnya lagi. 






Ainul mengikat tali pertunangan dengan Khalid pada Mac 2021 dan pasangan itu merancang untuk bernikah menjelang hujung tahun sama namun hanya menjadi kenyataan ada Ahad lalu.

Pasangan itu mula menjalin hubungan cinta sejak April 2017 selepas menerima mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram pelakon Nana Tanjung itu. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 21-9-2022 06:09 PM
Tahniah!
Menikah jua akhirnya
Quote lattehazelnut 21-9-2022 06:11 PM
Tahniah lah..
Walaupun laki dia i ada bad feelings..
Quote kiahbosan 21-9-2022 06:15 PM
Percintaan paling lama....finally!!!
Quote umbut 21-9-2022 06:17 PM
Ingatkan dah kahwin... Kemain lama couple sampai dah andartu
Quote Fly_over 21-9-2022 06:31 PM
tunang pn dah lama kn? btw tahniah..
Quote Aneem 21-9-2022 06:32 PM
Gaydar berdentam dentum.
Asal kawin sajakah?
Quote surih07 21-9-2022 06:39 PM
Taniahhh
Cantik baju sheols buat dkt dpl
Quote Mummy_Shark 21-9-2022 06:43 PM
Tahniah 5 tahun eh couple akhirnya menikah jugak
Quote hyie 21-9-2022 06:51 PM
acik2 porem pasti berasa lega iya
Quote missyL 21-9-2022 10:55 PM
Lawanye mekap die. Compliment her skintone
Congratulations
Quote kaedahnya 21-9-2022 11:31 PM
tahniah. rupa paras dia macam anak mami. tapi jarang tengok lakonan dia dalam drama.
Quote imanjannah 21-9-2022 11:46 PM
alhamdulillah.. tahniah
Quote DeLuna85 22-9-2022 02:50 AM
Tahniah. Berjodohan juga akhirnya
Quote imanjannah 22-9-2022 08:21 AM
alhamdulillah.. tahniah
Quote syamzana 22-9-2022 08:36 AM
tahniah pengantin baru
Quote miamiot 22-9-2022 08:37 AM
Tahniah, Selamat pengantin baru
Quote Kepot 22-9-2022 08:54 AM
la baru kawen ke?
ingat dah la dah menikah.
Quote manehnya 22-9-2022 09:04 AM
tak sia2 kawan lama kan
Quote cattiecute 22-9-2022 09:08 AM
aku sampai lupa deni wujud.
memang sejuk beku terus
lani dia buat cookies kan?
tah betul dia buat or cookies timbang kilo.

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-2-2023 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.093445 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top