CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Bawah RM10 Ribu, Harga Kelisa Makin 'Keras'

21-9-2022 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3318| Komen: 50

Description: Ramai kalangan peminat kereta mendakwa harga kereta Perodua Kelisa semakin ‘keras’ dan tidak banyak dijual di kedai kereta terpakai ‘used car’.
Ramai kalangan peminat kereta mendakwa harga kereta Perodua Kelisa semakin ‘keras’ dan tidak banyak dijual di kedai kereta terpakai ‘used car’.

Harga Perodua Kelisa semakin ‘mencanak’ naik dan sukar untuk mendapatkan kereta tersebut di bawah harga RM10,000 ketika ini.

Jika pun ada harga di bawah RM10,000, kondisinya agak teruk dan perlu dibaiki atau dicat semula.

Menjengah ke ruangan komen peminat kereta tersebut, mereka mendakwa harga kereta itu kini semakin mahal kerana ia sangat efisyen untuk pemanduan sama ada di bandar mahupun di kampung-kampung.


Foto: Kosmo


Menurut mereka, kereta terbabit jimat minyak, senang ‘parking’, alat ganti murah, serta binaan ‘badan’ kereta yang kelihatan lebih tegap dan kukuh berbanding model gantiannya sama ada Perodua Viva mahupun Perodua Axia.

Dakwa pengguna lagi, bagi alat ganti pula, kebanyakan alat gantinya senang diperolehi, murah dan banyak kedai potong (halfcut) menjualnya.

Maka kata pengguna, tidak hairanlah kenderaan yang menjadi jolokan ‘Mini Cooper’ Malaysia ini kini semakin laku di pasaran ketika ini.

Berkongsi pengalaman menggunakan kenderaan itu, seorang pengguna dikenali sebagai Abu K-car berkata, dia telah menggunakan kereta tersebut hampir 10 tahun.

Katanya, kereta ini tidak pernah mendatangkan banyak masalah kepadanya dan hanya perlu selenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

“Macam alat ganti pula senang dapat, harganya pun murah, ‘halfcut’ pun banyak jual. Bagi saya kereta ini paling senang ‘jaga’ dan tidak banyak ‘ragam’.

“Sebab itu kereta ini cepat laku kalau jual sampai kedai ‘used car’ pun jarang jumpa model ini,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 21-9-2022 12:11 PM
Lagi bangang orang yang namakan Proton Iswara
Quote Themilo 21-9-2022 12:27 PM
iols beli tahun 2007 (last batch), harga dlm RM35ribu.. lepas 7 tahun (2014) jual dengan harga RM17ribu.. ni dah tahun 2022, masih sekitar RM15ribu lagi weii.. menyesal jual dulu.. huhuhu..
Quote cmf_acura 21-9-2022 12:45 PM
aku jual 5K je, prob air cond.. malas pening kepala...jual ambil ct...
Quote JunkMail 21-9-2022 12:50 PM
Fuhhh 5k je kau jual. Berebut lah orang beli. Kalau letak harga ni kat FB tak done 5 minit berdesup org mesej.
Quote Highflyer19 21-9-2022 12:51 PM
Mngkin lps ni proton juara pulak naik harga...
Quote shernazz 21-9-2022 12:53 PM
Mmg.keras
Masa iols.memula masuk keje dolu..igt nak beli .
Masa tu harga rm17k
Kaler imago tu...
Quote batmana 21-9-2022 12:55 PM
Ikut musim je..smua model turun naik harga..penulis ni mcm budak bru beli kete plak..
Quote johan-adx 21-9-2022 01:01 PM
kelisa,kenari hrga dh naik...mayb org lbh suka kete jimat minyak dan cc kecil
Quote Orix 21-9-2022 01:03 PM
kenapa perodua discontinued eh kelisa.... parents iols pn pkai kelisa dlu, tp dh jual sbb accident
Quote ulamalu 21-9-2022 01:06 PM
Proton Savvy manual pun ok pe.  Proton Savvy AMT yg dgr cerita byk problem.
Quote Suchi 21-9-2022 01:12 PM
Orix replied at 21-9-2022 01:03 PM
kenapa perodua discontinued eh kelisa.... parents iols pn pkai kelisa dlu, tp dh jual sbb accident

Keta paling kecik axia skrg ni tp tak berapa kecik sgt pun.
Iols pun tertanya2 napa la discontinued kelisa tu,jiran iols ada pakai lawo keta dia. Dah rupa ala2 mini cooper.

Ajak shiro tu pun ada keta kelisa yg rupa gitu masih simpan rasanya.
Patut kuarkan jelaa keta ni lg sesuai utk org baru dapat lesen bawak takpun budak2 17 tahun yg baru dapat lesen boleh bawak g sekolah.
Quote epal_putih 21-9-2022 01:15 PM
Comel jer kelisa ni.. kecik molek jimat
Quote Potpouri 21-9-2022 01:28 PM
AKu pun minat kelisa ni. Suka design dia comel.. tengokla nanti beli satu make up lawa2 tapi aku harap selepas ni ada lah model baru yang rupa lebih kurang mcm dia
Quote vespa_oren 21-9-2022 01:29 PM
aku punya kelisa tersadai kat kampung, nk jual sayang sbb ada sentimental value, tapi memg ada org tnya nk beli kereta tu, kereta masih sedap bawa cuma owner xboleh drive manual dlm jarak jauh
Quote Gomea 21-9-2022 01:32 PM
@vespaoren tersenyum sinis
Quote itik_magic 21-9-2022 01:42 PM
kelisa terpakai harga mmg lama dh mati kat belas ribu. kalu beli 5 tahun lps harga RM17k skrg pun senang2 boleh jual harga sama terutama yg auto. kalau manual murah lah lagi. hanya mampu pakai kancilisa shj
Quote akies 21-9-2022 01:46 PM
Dulu zaman belajar tgk org bawa kelisa syok je.
Roomate iols sorang bawa kelisa.
Mahal gak dulu2 kete ni
Quote VespaSilbe 21-9-2022 01:46 PM
dah minat 4 tahun lepas ..dok nampak pagi2 kat depan sekolah..  tapi 2 pintu.. mencikk la.. asben kata hat tu Japan spec.. tahun ni ramai dok mekap kereta kelisa.. lawa2 lahai ... Sabtu baru ni makan kat House of Kambing ada apa ntah penuh myvi ngan kelisa kaler candy kat upm .. mencikkk..
Quote mdhelmi 21-9-2022 01:47 PM
ada je aku search bwh 10K
condition pun nampak OK je

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-10-2023 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.102190 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top