CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

“Saya Memang Teringin Lagu Saya Viral Di Tiktok", Yuna Cuba Hasilkan Lagu Yang 'Fun'

17-8-2022 02:14 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3453| Komen: 46

Description: Pengaruh besar aplikasi TikTok sebagai platform media sosial terkenal masa kini telah banyak menarik pengguna aplikasi itu untuk mencuba pelbagai cara dalam menghasilkan "content" demi mendapatkan leb ...



Pengaruh besar aplikasi TikTok sebagai platform media sosial terkenal masa kini telah banyak menarik pengguna aplikasi itu untuk mencuba pelbagai cara dalam menghasilkan "content" demi mendapatkan lebih banyak jumlah tontonan, mengumpul lebih ramai pengikut serta menjana pendapatan sampingan.

Oleh kerana lagu merupakan salah satu faktor utama yang membuatkan aplikasi TikTok ini lebih menyeronokkan, jadi ramai di kalangan selebriti antarabangsa dan tempatan turut beralih menggunakan TikTok.

Memetik Getaran, penyanyi bertaraf antarabangsa Yunalis Zarai, tidak menafikan TikTok telah banyak mempengaruhi perubahan industri muzik hari ini dan berharap lagunya juga akan menjadi viral di TikTok suatu masa nanti.

“Sekarang kita memang ke arah media sosial. Ia menjadi medium untuk orang promosi lagu. Kalau itu cara terbaik untuk berkarya, apa salahnya. 


“Saya memang teringin lagu saya viral di TikTok Cuma saya tidaklah terus fokus ke sana.  Saya sendiri ada cara saya. Mungkin tidaklah sampai menari, cuma saya suka tengok orang berasa fun. 

“Saya masih mencari cara untuk menghasilkan lagu yang berbentuk ‘fun’. Kalau lagu saya meletup, menarik juga kalau ada elemen estetika di dalamnya,” kata Yuna ketika ditemui Getaran di A-Park Puchong baru-baru ini.


Bercerita mengenai perkembangan dunia seni, artis kelahiran Alor Setar itu sedang dalam proses menghasilkan album terbaharunya yang juga sebuah naskhah eksperimentasi muzik.

“Dalam album terbaru, saya  mengeluarkan beberapa ‘EP’  berbeza. Saya nak bereksperimen sikit dengan album kali ini untuk tengok bagaimana penerimaan peminat memandangkan cara orang layan muzik sudah berbeza berbanding dulu,”katanya.

Kepulangannya ke tanah air sehingga bulan hadapan ini dipadatkan dengan aktiviti seninya.


Selepas mengadakan persembahan untuk jenama terkenal Rolex minggu lalu, kini Yuna sibuk menjalankan penggambaran untuk single terbarunya y5 selepas beberapa single yang lain iaitu Y1, Y2 dan Y3 yang diperdengarkan kepada khalayak bulan lalu.


Selain bakal kembali ke Amerika Syarikat dan bercadang mengadakan mini konsert di beberapa lokasi terpilih pada November nanti, Yuna turut meluahkan kerinduan dan berhasrat untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur suatu masa nanti sambil memperkenalkan lagu baharunya. - CARI 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 17-8-2022 02:46 AM
buat lagu dangdut lah nak viral tiktok... lagu2 mendayu indie2 ni susah sikit nak cari makan kat sana
Quote Perawankota 17-8-2022 04:36 AM
Mcmana dia pakai scarf mcmtu tak tercabut eh? Aku try berkali2 mesti terlucut..



Quote addamnor 17-8-2022 06:06 AM
'Yuna who?'
Kata Janna Nick sambil menjeling.

Acik janna jua mendunia di tiktok
Quote uori 17-8-2022 06:59 AM
retis terkenal antarabangsa pun hadap benda macam ni ke
Quote lasagna 17-8-2022 08:55 AM
ntoh ler.. rsenya vibe dia kat msia pun mkin dilupakan.. relevant lg ke kat msia? kot kat luar negara mebi ok lah lagi. market skrg genre dah berbeza.
Quote ..maksu 17-8-2022 08:57 AM
tak laku la tu kat nuyok sampai beria nak buat lagu trending tik tok mesia.

Quote cm_vungtau 17-8-2022 08:59 AM
About time la. Lagu dia mendayu2 ala depression pun ya
Quote ainonymous 17-8-2022 09:33 AM
nexttttt skrg trend budak ood. yuna dah tak releven.
Quote babelina 17-8-2022 09:39 AM
boring la ko yuna..
Quote ashilalat 17-8-2022 09:39 AM
Retis acah² internesenel ni itu jah impian dia?

Kutuk² Malaysia, ujung² hadap nak konsert kat Malaysia jgak. Malu lah
Quote printercomel 17-8-2022 09:43 AM
ashilalat: Retis acah² internesenel ni i ...


Komen yang sangat bagus. Tahniah printer bgtau.
Quote jalfa 17-8-2022 09:46 AM
Tgok yuna je teringat erykah badu.semoga lagu yuna mendonia di tik tokk..tapi tak yah balik malaysia pon x pe...
Quote KBW2 17-8-2022 09:59 AM
teringat Yuna dengan kereknya jawab reputz yang samakan sheols dengan Taylor Swift. Cara jawab macam nak kata dia lagi bagus dari Taylor Swift.
Quote per706 17-8-2022 10:11 AM
Teruk dicerca kat fb yg dia dok ckp teringin nk buat konsert di Malaysia. Rmai dok troll sembang mcam bukn org "sini" ade la 3,4 ketul "army" dia dok back up.yg laen sume "yawnnnnnn" kan aje...

Ko pon da mcam lost identity yuna...aina abdul versi internasionaleeee dgn fashiun fashiun pelik kau ni..tehtaplaaaa krikk krikk da skang...lagu baru pon xde yg syok utk di ulang dgr.




Bye bye Yuna.
Quote tipah89 17-8-2022 10:35 AM
dia ni mendonia sgt ke kek us tu? mcm xde apa jugak..lagu pun ntah apa2..
Quote Racurve 17-8-2022 10:51 AM
nak viral? senang jah. ko nyanyi jah sumbang mambang macam ning terpeleot tu konpem viral trending berhari2 kat tiktok nun. sesilap ada pulak retis intenesenel lain yang membekap
Quote .HannahMontana. 17-8-2022 11:10 AM
minta jasa baik mana mana poengarah filem berikan watak bogel

itu saja org nak tengok punnn


menyanyi ke dia ni?? menyanyi ke meruahhh kentut begitu nakahrommm sound dia

ko PEKAK badak ke dajjei

eloklah ko pergi mampussss
Quote umbut 17-8-2022 01:38 PM
Lagu dia dulu2 best gak..yg oh bulannn
Quote umbut 17-8-2022 01:40 PM
Aku kalo gi konsert yuna, mau aku tidur dgr lagunya

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2022 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.749641 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top