CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Boleh Ke Nak Jadi Pramugari Jika Berhijab?", Ini Jawapan Zarul Umbrella

17-8-2022 01:16 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3951| Komen: 48

Description: Siapa yang tidak kenal pelantun lagu "berhantu", Ramalanku Benar Belaka iaitu Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 48.



Siapa yang tidak kenal pelantun lagu "berhantu", Ramalanku Benar Belaka iaitu Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 48.

Jika anda masih ingat, penyanyi dan pelakon kacak ini pernah berkhidmat sebagai pramugara dengan sebuah syarikat penerbangan sebelum membuat "come back" dengan menyertai Gegar Vaganza musim ketiga pada 2016.


Mungkin kerana minat yang mendalam serta kerinduan terhadap kerjaya lamanya, Zarul kini kerap muncul dengan video-video TikTok berkongsi tip dan pengalaman kerja sebagai pramugara.

Salah satu video yang menarik perhatian ramai apabila dia menjawab soalan yang sering diajukan kepadanya mengenai wanita berhijab yang ingin menjadi pramugari. 


" Ok gais, kepada wanita yang berhijab dekat luar sana sering bertanya pada saya. Bang, saya berhijab, ada tak Airlines di Malaysia yang uniformnya berhijab.

" Sebenarnya ada satu Airlines dekat Malaysia yang boleh pakai hijab dalam uniform iaitu Amal by Malaysia Airlines yang buat haji dan umrah tu. Tapi untuk jadi pramugari kat situ, korang kena ada pengalaman sebagai seorang pramugari sebelum ini dekat Airlines mana-mana lah.

" Yang tak ada pengalaman, korang kena buka tudung untuk jadi pramugari dekat Malaysia ini"

"Ok, korang boleh bertudung diluar uniform. Tapi dalam uniform korang kena buka tudung..." katanya.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen dengan memberi bermacam pandangan mengenai isu hijab tersebut.


Selain itu, banyak lagi video-video berguna mengenai kerjaya serta ilmu dunia penerbangan yang dikongsikan oleh anak kelahiran Kelantan ini.

Dalam perkongsian video yang lain pula, Zarul memberitahu tentang tiada tempat duduk penumpang bernombor 13 di dalam kapal terbang.


"Ok saudara, tahu tak korang, tidak ada seat nombor 13 dekat dalam kapal terbang. Kalau tak percaya, dekat Malaysia Airlines pun tak ada nombor 13, dekat Malindo pun tiada nombor 13 dan Air Asia.. ada ke tiada, cuba check.. beritahu saya" katanya.

Agak-agak korang sebab apa?.  - CARI


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 17-8-2022 02:33 AM
kata negara isle tapi airlines letak syarat tak boleh bertudung..pramugari brunei pun pakai tudung..  
mana lobai2 apa pasal tak berbunyi kat parlimen
Quote belacan_gurl 17-8-2022 04:36 AM
Baru lepas ulang tgk attention please teringat plak dulu2 pernah berangan nk jadi pramugari gara2 citer tu lah .. tgk citer tu terus rasa mcm hemm keja pramugari nih semua benda kena tatatertib...dari cara jalan..cara bercakap ..cara nak serve penumpang..kena ada tenaga yg kuat...kena tau serba sikit pasal CPR tapi tu lah ..mak x bagi. .so x sempat la nak merasa
Quote Perawankota 17-8-2022 04:39 AM
Tgk ex - colleague dulu pas resign dia jadik FA. Memang time keje bukak tudung. Tapi selain dari tu pakai tudung.
Tapi klu yg kena jaga jemaah Haji tu mmg dorg akan bertudung.
Quote stingergrumpy 17-8-2022 05:23 AM
[youtube]CCZR9JfcQbo[/youtube]

Dapnyeeeee...melecak pepagi ini...

Aummmmm
Quote addamnor 17-8-2022 06:02 AM
Entah lah dek, women's right and  empowerment kat negara ini masih mundur. Human right sana sini.. tapi Right for the hijabis in working sector pun belum terbela. Belum lagi discrimination bangsa dlm company yang tidak pernah reda. So fuck the system je lah.  
Quote dejure 17-8-2022 07:11 AM
belacan_gurl replied at 17-8-2022 04:36 AM
Baru lepas ulang tgk attention please  teringat plak dulu2 pernah berangan nk jadi pramugari gara2 ...

Bukan kerja pramugari/pramugara aje kena jaga manners dik oii.kau kerja kerajaan pon sama aje.mana2 kerja pon sama aje.lps dah buka uniform kerja tu lantak la kau nk buat apa ponn.
Quote stingergrumpy 17-8-2022 07:34 AM
addamnor replied at 17-8-2022 06:02 AM
Entah lah dek, women's right and  empowerment kat negara ini masih mundur. Human right sana sini.. t ...

Peks berdarah piyed cramps pun nakkheun cuti wajib...

Menuju kearah masyarakat negara maju, kata ticher chzy...

Women's empowerment pala hangguk ko...


Kahkahkahkahkahksh
Quote ketambangkang 17-8-2022 08:12 AM
zmn i cabin crew wajib pakai kuteks aka pewarna kuku ok..segala bulu roma kat tgn pon x bole
Quote laksmanabentan 17-8-2022 08:22 AM
kenapa tak malaysia takde ekkk pramugari yang boleh pakai tudung?
jiran tetangga tu.. citilink tu ada jer pramugari dia pakai tudung, boleh jer...
Quote mizruncing 17-8-2022 09:28 AM
rasa dh blh kot start guideline baru. yg brtudung blh apply pramugari
Quote yum3 17-8-2022 09:29 AM
Perawankota replied at 17-8-2022 04:39 AM
Tgk ex - colleague dulu pas resign dia jadik FA. Memang time keje bukak tudung. Tapi selain dari tu  ...

hahaha... nak buat cmna dah rules dia cam tu. Makcik aku msa jadi polis zman 90an. Ke office pakai uniform polis -skirt. Tp luar tugasan dia pakai lah tdung. Pelik jga masa2 kecik tgok cam tu. aduhaii. Laa ni Alhamdulilah..  uniform depa dah boleh pakai yg tutup aurat.
Quote ashilalat 17-8-2022 09:44 AM
Nak jugak keje yg mendatangkan kemaksiatan. Ko dah bertudung jadi setazah je lah. Gitu aku ngutuk
Quote Incanto 17-8-2022 10:27 AM
kalau dah bertudung tak payah lah jadi FA

nanti org kata kepala tutup baju ketat…dah kena tukar uniform plak

dlm flight nanti kena serve alcohol utk penumpang

lain lah kalau setiap kali turn ko nak serve alkohol ada non M yg boleh cover
Quote umbut 17-8-2022 10:56 AM
Ko dah berhijab xyah ler sibuk nak jadi fa bagai. Tak pasal airline lak kena ikut cara ko.
Quote phone_5 17-8-2022 11:33 AM
dah berhijab sibuk nak jadi Pramugari buat pe...lepas x pasal pasal nak suruh airline ikut kehendak ko..
pergi je lar kerja dengan arlines lain ,,yang berhijab..ini sibuk nak kerja dengan tempat yang undang undang kena free hair..

lepas tu nanti..nak berpurdah lar pula...semak lar ...

aku lagi suka pramugari yang free hair...bila naik fligh rasa selesa je...
Quote sleepandream 17-8-2022 11:42 AM
dolukan ada MP PAS bawak isu ni dalam parlimen....
ujong2 skrg dah jadi kerajaan pun gitu jah bangangnye.... choyyy....

btw ada lagi satu tempat kalau nak jadi pramugari boleh berhijab... TUDM...
iols dah lupa apa nama jawatan tu tapi keje mcm pramugari la....
akan bawak VVIP mcm soltan2 utk official visit...
Quote ShyDoll 17-8-2022 11:54 AM
phone_5 replied at 17-8-2022 11:33 AM
dah berhijab sibuk nak jadi Pramugari buat pe...lepas x pasal pasal nak suruh airline ikut kehendak  ...

Kami suka komen ni.Tepat sekali. Nak berhijab cari airline yg polisi dia pakai hijab. Pilihan di tangan sendiri. Dah tahu kat Msia ni mmg FA tak pakai hijab waktu bertugas, maka kenala usaha cari airline mana yg boleh  berhijab sewaktu bertugas.
Quote phone_5 17-8-2022 12:15 PM
ShyDoll replied at 17-8-2022 11:54 AM
Kami suka komen ni.Tepat sekali. Nak berhijab cari airline yg polisi dia pakai hijab. Pilihan di t ...

kan...banyak pilihan airlines lain yang berhijab...pilihan di tangan sendiri.
Quote Perawankota 17-8-2022 02:02 PM
yum3 replied at 17-8-2022 09:29 AM
hahaha... nak buat cmna dah rules dia cam tu. Makcik aku msa jadi polis zman 90an. Ke office pakai ...

Kann.. Actually hotelier pon sama jugak.. Cuma lately ni dh byk hotel yg International brand allows staff dorg pakai tudung x macam 5thn lepas

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2022 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.102200 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top