CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

'Dia Orang Biasa-biasa Je, Pilihan Ibu Saya' - Shuib Tengah Mengenali Seseorang

16-8-2022 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14848| Komen: 154

Description: Setahun bergelar bapa tunggal, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang.
Setahun bergelar bapa tunggal, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Namun, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 38, berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan soal jodoh dan perkahwinan memandangkan masih lagi dalam proses berkenalan.


IG Shuib

“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati budi seseorang, InsyaAllah.

“Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan.

“Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.

“Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya memetik kenyataannya dalam program Melodi yang disiarkan baru-baru ini.

Pernah dikaitkan dengan rakan artis seperti Zara Zya dan Wan Sharmila, Shuib berkata wanita yang kini rapat dengannya itu bukanlah daripada kalangan orang industri.

“Dia orang biasa-biasa sahaja, dia pilihan ibu saya,” kongsi Shuib lagi.


IG Shuib

Shuib kehilangan isteri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 1 tahun.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kitmal 16-8-2022 11:44 PM
semakin menjadi upkan diri
Quote IbuSinga 17-8-2022 12:51 AM
Terigt dia buat live ptg selepas kebumi arwah. Sedih Betol nampak masa tu. Pantas ya berganti ????
Quote Carcosa 17-8-2022 12:52 AM
Eh diamlah!!! Muka tak seberapa, perasan jantan hot.
Quote Perawankota 17-8-2022 04:42 AM
So mmg si iamwatie tu lah eh
Quote cikperiukkera 17-8-2022 06:44 AM
Sekejap ada sekejap xda sekejap nak sekejap x nak… bertukar1 statement setiap hari demi hadap sesudu publisiti
Quote uori 17-8-2022 06:57 AM
Perawankota replied at 17-8-2022 04:42 AM
So mmg si iamwatie tu lah eh

Kalau betul, agak selamatlah dari cercaan sebab dah petik nama mak
Quote neo_5050 17-8-2022 07:01 AM
Wahhh... lagi berita on duda terlaris yang jadi dambaan wanita seantero alam. Merembes... sure banyak ovari yang pecah ni.


Quote asfaz 17-8-2022 07:13 AM
Perawankota replied at 17-8-2022 04:42 AM
So mmg si iamwatie tu lah eh

Ye la kot tapi omak jugak kena petik nama .pilihan katanya
Quote 3chanceno 17-8-2022 07:17 AM
Cakap dengan reporters atau update ig, , 'saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.", tapi hari2 cerita bab berkaitan kawin  apoo je perah santan duda hot nie
Quote 3chanceno 17-8-2022 07:21 AM
cikperiukkera replied at 17-8-2022 06:44 AM
Sekejap ada sekejap xda sekejap nak sekejap x nak… bertukar1 statement setiap hari demi hadap sesud ...

Betul lah tu komen uols nie sibuk up kena gosip dengan pompuan je buat orang berteka teki macam dia tu duda hot sangat tapi meols lihat macam perasan konon playboya jadi dambaan wanita2
Quote encikWawad 17-8-2022 07:34 AM
bila kau berduit moka tki kontrek pun bisa didambakan wanita
cuba setakat retis sendu je. helok macam mana pun tak terkutip dek sapa2
Quote sayurmayur88 17-8-2022 07:37 AM
dia pon nak bahagia jua.
semoga dpermudah
Quote manehnya 17-8-2022 08:31 AM
aku ingat dia chentamati SS
Quote gekkou 17-8-2022 08:43 AM
cepat kahwin
cepat hilang cerita nak berbini
Quote LadyCarefree 17-8-2022 08:51 AM
Orang biasa2? Belum apa2 dah dongred bakal binik.  Macamlah retis tu kasta tinggi.
Quote arffa 17-8-2022 09:08 AM
manehnya replied at 17-8-2022 08:31 AM
aku ingat dia chentamati SS

walaupun ada bini baru tak sama la. kena fikir jugak dia ada thalita which is mummy figure tu perlu. karang time period sapa lak nak guide syuib setakat mampu beli pad je lah itu pun kalau reti nak beli. Bagi aku tak jadi satu kesalahan, bila masa tiba dan puas meratap hiba life must go on. Tapi pengalaman aku ada kawan - kawan yang remarried dan hsban/wife meninggal still bergenang air mata bila cerita pasal arwah kasih sayang pun tak sama lagi la kalau hidup bersama lama dari yang baru dikahwini.
Quote rbmy 17-8-2022 09:50 AM
Carcosa replied at 17-8-2022 12:52 AM
Eh diamlah!!! Muka tak seberapa, perasan jantan hot.

duit dia HOT ...
terpaksa rela redha..
bumble bee dia meletup2 semua nak jadi isteri,
Quote eetodee 17-8-2022 10:45 AM
yeke pilihan mak tuu shoibbb
Quote asfaz 17-8-2022 10:48 AM
eetodee replied at 17-8-2022 10:45 AM
yeke pilihan mak tuu shoibbb

Kalau betul si wati tu,sanggup dia pergunakan nama mak dia kan? Bayangkan hencapan yg bakal mak dia hadap andai gambar sebelum bertudung tu tersebar.

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-2-2023 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.105427 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top