CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Isteri Bengang Aizat Amdan Dikutuk Gemuk, Dituduh Bapa Tak Ajar Solat

16-8-2022 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6176| Komen: 55

Description: Isteri penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia Ilias tidak kisah dikritik namun menolak tohmahan berkaitan ejekan tubuh (body shaming) yang menyentuh nama ibu bapanya.
Isteri penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia Ilias tidak kisah dikritik namun menolak tohmahan berkaitan ejekan tubuh (body shaming) yang menyentuh nama ibu bapanya.


Kata Elyssa, 34, dia berlapang dada menerima segala teguran namun mengingatkan khalayak janganlah bersikap kejam menghakimi apa yang tidak sepatutnya.

Foto: IG

“Saya tak kisah orang tegur pasal perangai atau rupa saya tapi jangan sentuh tentang tubuh badan saya.

“Bagi saya, anda tak patut menghakimi seseorang berdasarkan apa yang mereka pakai namun, saya tak kisah andai dihakimi disebabkan perangai.

“Saya berharap sesiapa selepas ini, apabila jumpa Aizat, jangan tegur dia ‘eh kau dah berisilah’. Tiada siapa suka dengan perkara begitu,” katanya kepada Kosmo! Online.



Elyssa yang juga merupakan pengurus Aizat sejak dua tahun lalu memaklumkan, kalau khalayak tidak menyukai apa yang digayakannya dalam media sosial, usahlah terlalu melulu mengkritik.

“Kalau tak suka apa saya pakai, saya tak paksa pun kalian tengok. Tapi, jangan sampai cakap benda-benda yang menyakitkan hati sehingga melibatkan ibu bapa saya.


“Kononnya, bapa tak ajar saya sembahyang sebab saya cakap Aizat jadi imam tapi, orang tak tahu betul-betul apa saya maksudkan dengan semua itu.

“Saya okey tapi ibu bapa saya tak okey. Pantang betul, orang kacau keluarga saya. Nak cakap saya bodoh ke bangang, saya tak kisah tapi tolong jangan sentuh keluarga atau tubuh saya.

“Saya tahu cara berpakaian saya sekarang tak elok. Tak cukup kain orang cakap. Saya mengaku tapi sedang mencuba untuk jadi yang lebih baik,” ujarnya.



Elyssa menegaskan, apa yang penting adalah dalaman seseorang berbanding luaran yang sering meraih perhatian khalayak.

“Saya percaya benda dalam hati dahulu barulah luaran. Kalau saya pakai tudung, tak sembahyang atau hisap rokok, melepak ke atau bersikap biadab, saya bukanlah nak sibuk menghakimi, saya rasa itu lagi teruk,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 16-8-2022 01:07 PM
Kawen dgn retis bukan takat glamer je tapi kena kalis kutukan dll.

Jangan stress, laki ko gemuk pun pedulikkan. Janji duit banyak.

Quote bbalik 16-8-2022 01:07 PM
kuat sentap
br sari jd binik
Quote nipskacang 16-8-2022 01:11 PM
bbalik replied at 16-8-2022 01:07 PM
kuat sentap
br sari jd binik

Anyone in her position pun akan merempan kalau dh libat kan parents. Thats just downright rude
Quote HelgaPataki 16-8-2022 01:15 PM
Apa yg netz komen yg psl terkait parents and tak ajar solat tu? Peninglah baca statement haha
Quote fizamn 16-8-2022 01:22 PM
jgn ada sosial media kalo x kalis kejian!!! ikut la seperti abg annuar zain...
Quote kikilalapooh 16-8-2022 01:25 PM
deactivate je ig.. tak payah kisah pasal netz
Quote kikilalapooh 16-8-2022 01:26 PM
tapi aizat mmg nampak berisi time wedding dia ni. terkejut iols tengok gamba wedding2 beliau. maybe happy kot nak kawin eh aizat. congrats aizat & wife! <3
Quote matbad 16-8-2022 01:38 PM
mmg asal aizat berisi kan. so biasa la tu. sblm kurus pn tersentap ka kalau org tegur bdan besar hihi
Quote makadek 16-8-2022 01:40 PM
Laaa dah gundu balik
Quote virgo19 16-8-2022 01:41 PM
Amboi.. baru kawin dgn retis dah meroyan dgn netizen. Ada thread kat forum pulak tu..
Quote KirazMevsimi 16-8-2022 01:46 PM

sedikit iras fify azmi + awin nurin isteri izzue. tahniah, moga terus bahagia, terus kental jiwa
Quote helicornia 16-8-2022 02:05 PM
Gambar yg atas sekali tu dh kenapa?
Quote uori 16-8-2022 02:07 PM
eh kau dah berisilah

#caripasai
Quote Rogue98 16-8-2022 02:08 PM
Aizat dulu lagi gemukkkk.....dgn rambut kerinting..muka berpeluh....
So better diam2 jer lah dah kahwin tu...start fresh....Tugas isteri lah nak baiki penampilan suami....ni kau pun makan dua kali ganda dari Aizat mmg lah jadi camtu....
Quote lotionmilo 16-8-2022 02:14 PM
Rudenyaaa sampai ke mak bapak.lawan balik siss.jangan bagi muka!
Quote MadameOnion 16-8-2022 03:17 PM
dah merentan rentan pulak
Quote stingergrumpy 16-8-2022 03:28 PM
makadek replied at 16-8-2022 01:40 PM
Laaa dah gundu balik

Coming from the Gundumaster

Kahkahkahkahkah
Quote Suchi 16-8-2022 03:29 PM
Lawa2 gambar kawen, rupanya photog tu iols kenal heheheh sama2 pakai gear yg sama so kenal kat group laa.
Quote mamajawie 16-8-2022 03:33 PM

haah jauh beza time dia dalam MV sungai lui time tu kurus kemain..diet la balik ejat oii ksian bini tak tahan sentapan netizen tu..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.090373 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top