CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Demi Mak, Isteri Dan Anak-anak, Aliff Syukri Tak Main Laman Sosial Dah

14-8-2022 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4626| Komen: 66

Description: Selepas membuat hantaran ingin berundur dari media sosial, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pula video dia menangis teresak-esak meminta maaf semalam.
Selepas membuat hantaran ingin berundur dari media sosial, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pula video dia menangis teresak-esak meminta maaf semalam.


Permohonan maaf itu ditujukan kepada ibunya, Rozita Ibrahim, isteri dan pengikutnya di media sosial.



"Pada semua saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan saya selama saya di media sosial ini. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama kepada mak saya, isteri saya. Saya memohon maaf banyak-banyak.

"Demi mak saya, isteri dan anak-anak saya, saya tak main laman sosial dah tapi kalau jumpa dekat luar kita tegur-tegur ya. Saya minta maaf. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Lama dah saya buat media sosial saya, Facebook, Myspace.


"Terima kasih atas sokongan anda semua, terima kasih kepada semua pengikut saya. Ini adalah dugaan paling berat untuk saya. Doakan terbaik untuk perniagaan saya," katanya.

Sejak beberapa hari lalu, Aliff menjadi bualan ramai sehingga menjadi bahan kecaman selepas tular video kontroversinya menari dengan penyanyi Baby Shima.

Sebelum itu Aliff dia juga sudah terkena tempias makian netizen disebabkan hantaran lagu terbaru membabitkan individu kontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva.

Dalam sedutan terbabit, dua individu itu terkinja-kinja di sebuah majlis kenduri di kampung.

Disebabkan kontroversi demi kontroversi itu, ibunya tampil membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.

Bagaimanapun, aksi itu masih jadi bahan usikan netizen yang menyifatkan penyesalan itu cuma sementara.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Alif bagi mendapatkan komennya tidak berjaya kerana dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 14-8-2022 04:47 PM
BACA boleh percaya JANGAN!.
Quote gekkou 14-8-2022 04:49 PM
propa sungguh dari laki ke bini ke mak
Quote totokreturn. 14-8-2022 04:59 PM
kalo dia tak main media sosial lagi aka prmote barang business dia, mcm mana dia nak sustain income diaa?
Quote eyansss 14-8-2022 05:02 PM
berapa kali dah cakap camni…
Quote royaldanish 14-8-2022 05:07 PM
Ni menipu sakit bipolar ke apa?
Quote Piramida 14-8-2022 05:09 PM
Kesian dia ni 1 family. Hamba soc med. Dah tak tahu apa dia nak tunjuk dah. Itu yg lagu ni.
Quote emera 14-8-2022 05:14 PM
Strategi lapuk oiiii. Buat laa strategi lain.
Quote Buritan 14-8-2022 05:23 PM
Pd alip sokri kalo ko bacelaaa.. kalo dah takde idea dah.. ape kate ko korek jubo pas tu cium tunjuk kat sosial media.. tak punn ko korek taik idung ke.. korek taik tingeke.. mesti laku barang ko..
Quote CariMalay 14-8-2022 05:29 PM
Buritan: Pd alip sokri kalo ko bacelaaa ...
yg ni publisiti tahap dewa dah ni hahaahaha
Quote adeqbun 14-8-2022 05:35 PM
Mohon mampos cpt
Quote mrsbale 14-8-2022 05:44 PM
Dah 434627 kali renovate/cucuk muka pun still udoh.
Anak branak/laki bini ni pi doc sama bini bijan ka
Quote sleepandream 14-8-2022 05:54 PM
iols berani kerat jari heshe propahhhhhhhh....
harap2 penghujung idop heshe bukan kanser yach
Quote samshik 14-8-2022 05:55 PM
I olls nk tgk brp lama belut letrik ni tahan x pgg hp n post bnder merepek kat soc med..  If berani delete arr akaun ig tu...  Sembang punya kencang.. Skali pinjam gambo pil org lain..  Gile punya propa
Quote nazurah 14-8-2022 06:18 PM
samshik replied at 14-8-2022 05:55 PM
I olls nk tgk brp lama belut letrik ni tahan x pgg hp n post bnder merepek kat soc med..  If berani  ...

Samalah… nak tengok berapa lama dia tahan tak ngepos kat sosmed.
Quote hzln 14-8-2022 06:23 PM
Kata2 si sutung ni setarap dgn kata2 pendadih tegar je, dengar bulih, percaya sekali2 jangan. Menipu aje ghejanya
Quote kaseh80 14-8-2022 06:24 PM
Masok tanjung rambutan lagi bagus
Quote cicicumel 14-8-2022 07:05 PM
Lagu baru dia dgn babsima akan release next week.. Kita tggu tgk  dia muncul x
Quote Mary_jane 14-8-2022 07:10 PM
Makin berkembang teknologi, makin menguncup sel2 dalam otak sesetengah manusia.
Quote per706 14-8-2022 07:15 PM
royaldanish replied at 14-8-2022 05:07 PM
Ni menipu sakit bipolar ke apa?

Dia ni bukan bipolar disorder,BOPLEY disorder. da bertahun, x pham kalu still ade yg percaya goreng hanget dia ni.

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.226867 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top